Mungkin ramai yang tak perasan, di dalam Taman Agroteknologi MARDI ada Taman Arnab dan juga Taman Rama-Rama. Kedua-dua taman ini terletak bersebelahan antara satu sama lain. Ia terletak di belakang padang taman permainan yang ada dalam Taman Agroteknologi MARDI.

Kalau anda ke MARDI Cameron Highlands, jangan lupa untuk masuk ke dalam Taman Rama-Rama ini. Walaupun ia tidak seperti taman rama-rama lain di Cameron Highlands, tetapi ia cukup memadai untuk tujuan pembelajaran anak-anak kecil yang ingin tahu mengenai serangga cantik ini.

Taman Rama-Rama MARDI Agroteknologi Cameron Highlands

Lokasi Taman Rama-Rama Mardi ini memang agak terselidung sedikit. Anda perlu masuk sehingga ke kilang teh dalam MARDI untuk tahu lokasi tepat taman ini.

Sebelum ini, taman rama-rama ini memang banyak rama-rama. Mungkin disebabkan banyak yang mati, dan tidak membiak ... jadi, jumlah serangga ini jelas nampak berkurangan.

Pun begitu, ia masih lagi ada .. dan berterbangan bebas di dalam kawasan bertutup. Jika anda suka bergambar dengan serangga yang mempunyai kepak yang cantik ini, bolehlah masuk ke dalam taman rama-rama ini.
Taman Rama-Rama Agroteknologi MARDI, Cameron Highlands
Taman Rama-Rama Agroteknologi MARDI, Cameron Highlands
Ada pelbagai jenis rama-rama di dalam Taman Rama-Rama Agroteknologi MARDI ini. Setengahnya itu adalah dari spesies yang memang rare dan hanya boleh ditemui di Semenanjung Malaysia.

Tapi itulah, kalau dah masuk ke dalam Taman Agroteknologi MARDI ni, elok pergi ke semua lokasi menarik di dalamnya termasuklah Taman Rama-Rama MARDI ini... huhu .. dah bayar kot harga tiket masuk ... :)
Taman Rama-Rama Agroteknologi MARDI, Cameron Highlands
Post ini merupakan sambungan kepada kisah saya dan keluarga membawa keluarga angkat Amri dan Najmi bercuti ke Cameron Highlands. In Sha Allah, ada lagi cerita pasal Cameron Highlands ni, terutama pasal satu tempat baharu di Kea Farm yang best untuk bergambar.

Jangan lupa follow Instagram saya ye .. :) Ada banyak gambar di sana boleh anda lihat.

6 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. Tahun lepas sy pergi dalam bulan 11 sy pong ada singgah dekat sini.. dekat taman rama-rama tu mula-mula macam tak banyak rama-ramanya tapi bila goncang daun2 dekat pokok keluar semua rama-rama tu rupanya rama2 menyorok he he he

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ohh ye ke? Hmmm saya tak buat dan tak terfikir lak.
      Betul gak tu ...

      Padam
  2. wah bestnya. mama tak pernah sampai lagi ke sini

    BalasPadam
    Balasan
    1. Errr .. tak pernah? Cameron Highlands mesti pernah pergi kan? Tempat peranginan popular untuk semua .. anak2 sekolah mesti ke sini kalau ada rombongan .. :)

      Padam
  3. Cantik gambar rama-rama. Close up shot. Bagus!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Oh terima kasih tuan, guna kamera smartphone je.

      Padam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement