Ada peminat kaktus yang baca blog saya ni tak? Sebelum ini, saya ada kongsi cerita mengenai kekaguman saya mengenai pokok berduri ini. Kaktus sememangnya pokok yang hebat dan ada kelebihannnya tersendiri.

Walaupun ia pohon berduri, ramai yang menjadikan pokok atau tumbuhan kaktus sebagai tumbuhan penyeri taman dan juga hiasan dalaman rumah. Ia tumbuhan yang tahan lasak serta mudah dijaga. Bentuk fizikalnya yang unik menjadikan ia tumbuhan yang sesuai untuk memenuhi 'landskap' di dalam kediaman.

Tips Menanam dan Menjaga Kaktus Untuk Hiasan Dalaman Rumah

tips tanam dan jaga kaktus
Sejak sekian laman, kaktus telah menjadi salah satu tumbuhan hias yang cukup diminati. Selain penjagaannya yang mudah, antara sebab ia diminati adalah kerana reka bentuknya yang unik dan kesegaran rona hijau pada tumbuhan itu seringkali memikat pandangan.

Tanaman Sesuai Untuk Mereka Yang Sibuk Bekerja

Bagi mereka yang sibuk bekerja dan tiada masa untuk menyiram tanaman setiap hari, kaktus dilihat sebagai salah satu pilihan yang boleh menyelesaikan masalah tersebut. Ini kerana tumbuhan ini bisa hidup dengan kadar air yang sedikit dan tahan lasak. Selain tanah, kaktus juga sesuai ditanam dengam campuran pasir dan sedikit tanah.

Untuk pertumbuhan yang sempurna, kaktus harus mendapatkan penjagaan yang betul. Jika tidak, ia mungkin menghilangkan daya tarikan pada tumbuhan ini dan seterusnya akan mati. 

Perkara penting yang perlu diambil perhatian adalah mendapat pencahayaan yang secukupnya, kadar penyiraman yang betul dan menggunakan baja yang sesuai.

Bagi mereka yang mengusahakan homestay, ia adalah tanaman terbaik untuk menghiasi dan memberikan kehijauan di dalam rumah kerana aspek penjagaannya yang minimal dan ekonomi. Ia bukan sekadar tumbuhan yang senang dijaga tetapi cantik serta boleh menaikkan seri dalaman rumah.
tips tanam dan jaga kaktus

4 Tips Perlu Tahu Untuk Tanam dan Jaga Pokok Kaktus

Berikut merupakan tip-tip yang perlu anda tahu untuk penanaman kaktus ini.
tips tanam dan jaga kaktus
Perlu diketahui kaktus memerlukan cahaya matahari secara langsung dan mencukupi untuk proses tumbesaran yang lebih baik

  1. Kurangkan air pada tanaman atau seelok-eloknya kadar penyiraman dilakukan hanya sekali seminggu. Ia untuk pastikan berlakunya penyediakan ruang aliran air dalam tanah. Lebihan air akan menyebabkan akar kaktus cepat reput selain menyebabkan ia cepat mati.
  2. Ditanam menggunakan tanah campuran atau campuran kompos, tanah pasir dan batu kecil atau pecahan kecil batu daripada tanah liat.
  3. Baja yang sesuai untuk tanaman kaktus adalah sama ada jenis baja sebatian, baja campuran, atau baja organik, yang mengandungi unsur nitrogen rendah sebagai contoh seperti baja sebatian NPK 12:12:17:2 atau baja organik NPK 5:5:5 (rujuk dengan penjual/kedai tanaman)
  4. Semua semburan baja ini mesti dilakukan hanya sekali untuk tempoh dua minggu. Kekerapan membaja juga boleh memusnahkan kecantikan kaktus terutama daripada jenis berdaun lembut.
Okeh? Dah dapat tips penjagaan kaktus ni? Senang dan mudah je kan?
Tumbuhan berduri ni ada banyak jenis. Walaupun umum diketahui ia adalah tumbuhan berduri tanpa daun, ada je jenis yang berdaun halus dan menghasilkan bunga yang cantik.

[Dah Baca?] Atap.co - Laman web untuk mereka mencari rekaan terbaik hiasan dalaman
tips tanam dan jaga kaktus

tips tanam dan jaga kaktus
Di Malaysia, tempat paling best, senang, mudah dan boleh menjumpai pelbagai variati pokok kaktus adalah di Cameron Highlands. Di kawasan peranginan ini, ada banyak kedai tanaman dan cenderahati yang menjual pelbagai jenis kaktus.

14 Comments

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. good tips dulu mama bela kaktus mati semuanya huhu bolehlah ikut tips ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masa kat USM dulu, elok je idup .. bila dah kerja, try letak dalam bilik .. mampus lak .. haha

      Delete
  2. pernah plan juga nak jaga kaktus. tapi tak terjaga lagi hehe. nanti ada rezeki boleh try tips ni. jemput singgah ke blog saya
    https://nurulnajihah38.blogspot.com/2019/01/new-year-new-goals-i-2019.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ok... semoga berjaya ya. Nanti saya singgah ke blog. :)

      Delete
  3. Asalam HH..wah ada juga taman dalam sini ya...sesuai di rumah yang teres ..ruang sempit..merasa jga tanam2 bunga kan

    ReplyDelete
  4. Please be carefully ...duri dia agak gatal tu..hati2

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum HH😊
    Mcmana nak alihkan kuktas ni dlm pasu yg lain?
    Hakak mbeli nye di cameron highland masa raya haji, risau nk alih, risau mati, pokok masih kcik comel dlm asu kcil nye..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ubah je .. angkat dari pasu kecik tu tapi jangan sampai akar dia tercabut. ... kalau boleh, cuba gunting pasu kecik tu.

      Delete
  6. Maaf bertanya, penjual baja kaktus saya minta saya untuk sembur baja sekali seminggu, tetapi kawan saya yang belikan saya kaktus minta saya sembur baja sekali 2 minggu atau sekali sebulan. Soalannya, siapa yang patut saya ikut?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tgk jenis kaktus, kalau jenis berdaun, ia tidak boleh terlalu kerap. Biasanya, mana-mana pokok berdaun tak boleh berbaja kerap. Ia juga bergantung pada saiz pokok tersebut dan jenis baja. Keadaan tanah, persekitaran juga boleh mempengaruhi.

      Delete
  7. Kalau tanam dekat dalam rumah , perlu ke bagi dia cahaya matahari ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Apa-apa pokok perlukan cahaya matahari. Tak dapat banyak, sikit pun jadi. Macam kaktus, ia sesekali perlu diletakkan di bawah sinaran matahari.

      Delete

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Previous Post Next Post

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement