Lagipun, saya perasan masih ramai yang secara tak sengaja masuk ke blog saya untuk membaca beberapa tips berkaitan penjagaan bayi, pendidikan anak dan seumpamanya. Malah, ada beberapa artikel saya berkaitan tips belajar untuk anak-anak menjadi viral, alhamdulillah menjadi panduan kepada ibubapa sehingga kini.
Tips Rangsang Otak Bayi Agar Jadi Bijak
Mungkin ada yang tidak mengenali saya belum mengetahui bahawa saya ada seorang anak yang boleh dikategorikan bayi berumur 2 tahun. Najmi, anak keempat dan bongsu ini memang manja, malah tersangat manja dengan ibunya.Pantang kalau ibunya tiada di depan mata, mesti menangis. Tapi, Najmi takkan menangis atau meronta bila saat dihantar ke rumah pengasuh, malah redha je isteri saya pergi bekerja. Alhamdulillah, tak ada masalah kalau nak hantar ke rumah pengasuh.
Najmi seperti abang sulongnya, nampak bijak dan ada tanda-tanda mengikut jejak Alongnya yang kini sedang belajar di Sekolah Menengah Tahfiz Model Ulul Albab (TMUA).
Sebelum ini, saya pernah kongsikan mengenai tanda-tanda awal untuk ketahui anak kita itu seorang anak yang bijak. Pun begitu, tanpa rangsangan yang betul, tanpa panduan .. tanpa dorongan .. anak yang ada potensi menjadi seorang anak yang bijak takkan dapat berkembang dengan baik.
Sebagai ibubapa, kita bertanggungjawab untuk mencorakkan diri anak-anak bertuah kita. Mereka dah semestinya hebat kerana dipilih Allah S.W.T untuk lahir dan menjadi zuriat kita. Jadi, penting sekali memastikan zuriat ini akan dapat memberikan manfaat kebaikan untuk umat seluruhnya.
[Baca] 3 Petua Lahirkan Anak Bijak
Seawal bayi, ibubapa perlu merangsang perkembangan bayi dari segi sentuhan, percakapan, renungan mata, dan pelbagai lagi. Rangsangan inilah yang akan memastikan sel-sel muda mudah berkembang .. dan bertindak-balas ... hehe.
4 Tips Merangsang Otak Bayi Ketika Mandi
Untuk post kali ini, saya nak kongsikan sedikit tentang apa yang ibubapa boleh lakukan untuk merangsang otak bayi, terutama sewaktu memandikannya. Simple je ... si bapa pun boleh mencubanya ..- Pilih sabun wangian yang lembut bagi merangsang perkembangan kognitif anak. Aroma yang baik dapat menstimulasi bahagian otak anak dan mampu menguatkan ingatan mereka. Berikan juga sentuhan lembut, ajak berbual dan lakukan hubungan mata dengan bayi.
- Ketika mandi berikan perkakas mainan berwarna-warni contohnya bola kecil dan itik comel. Ia mampu merangsang kemahiran berfikir apabila anak berimaginasi.
- Mak ayah boleh berikan objek kecil yang selamat untuk anak terokai. Dengan cara ini anak akan belajar menggunakan jari dan tangan bagi melakukan sesuatu seperti menggenggam dan memegang dengan kuat.
- Bukan sekadar bilas dengan air, sebaiknya lakukan urutan dan sentalan lembut pada bayi ketika mandi, bagi memberi ketenangan emosi dan membantu bayi tidur lebih baik nanti.
4 tips yang sangat mudah untuk dipraktikkan.
Waktu memandikan bayi, saya boleh katakan antara momen intim bersamanya. Jadi, ambil peluang di waktu ini untuk bermesraan dengan si bayi. Waktu mandi adalah waktu si bayi merasa aman sama seperti berada di dalam rahim ibunya.
Selamat mencuba dan semoga anak anda menjadi anak yang bijak kelak, in Sha Allah.
Post a Comment
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.