Seingat sayalah, cuma anak perempuan saya yang tidak betul-betul minat dengan permainan tembak-tembak semasa dia masih kecil. Bila dah besar ni je ada nampak kecenderungan bermain permainan tembak-tembak, samada permainan video arked atau permainan online di smartphone contohnya PUBG dan juga Mobile Legend.

Mengapa ehh anak-anak kecil ni suka bermain permainan tembak-tembak? Tak kiralah dengan mempunyai set alat permainan macam senjata seperti senapang dan pistol, busur dan juga lastik. Saya lihat, anak-anak seawal umur setahun setengah dah minat dengan permainan tembak-tembak ini.

Kenapa Anak Kecil Suka Main Tembak-Tembak?

Kalau saya imbas kembali zaman kanak-kanak saya, tak dinafikan .. saya sendiri dah banyak set permainan yang macam ni. Ada set permainan senapang M16 yang keluarkan cahaya, ada set permainan askar-askar, ada set kereta kebal control, dan ada juga set Bedil (buluh dengan peluru biji/kertas surat khabar lama).

Lastik memang ada punya .. huhu .. anak lelaki lah katakan. Buat sendiri je guna dahan pokok jambu rose.

Main Lastik Getah Guna Peluru Kertas

Tak sampai situ sahaja, kadang kalau main kat sekolah ... main kapal terbang tembak-tembak lukis atas kertas. Kadang main lastik getah + kertas lipat tebal - uhhhhh sakit oo kalau kena bedil.

Anda? Anak anda pun begitu tak?

Mesti ada sebab kenapa semua ini berlaku - hampir kepada semua orang ye tak?

"Happiness is a warm gun. When I hold you in my arms; and I feel my finger on your trigger, I know nobody can do me no harm.."

Atas tu adalah lirik lagu dari kumpulan The Beatles. Tajuk lagu ni tak pula saya tahu .. tapi dari lirik tu anda dah boleh teka kenapa anak-anak kecil seawal umur satu setengah tahun suka dengan permainan tembak-tembak ni.
Ya .. anak-anak ini akan rasa 'tenteram' dan 'aman'. Ini bermaksud ia membawa keyakinan diri kepada mereka kerana mereka mempunyai 'senjata'.

Mereka faham dan kenal mengenai senjata, kerana dunia ini dibina (kebanyakannya) menggunakan senjata.

Siapa ada senjata, mereka akan selamat atau setidaknya merasa selamat.

Sesiapa sahaja, hatta seorang kanak-kanak akan berasa begitu.

[Dah Baca?] 6 Sebab Kenapa Seorang Ayah Perlu Rapat Dengan Anak Sejak Kecil

Kajian Berkaitan Anak-Anak Yang Suka Main Senjata

Tahukah anda, ada kajian yang cuba merungkai kelakuan anak-anak ini. Dalam kajian tersebut, ia melibatkan anak-anak yang diberikan pendidikan atau pemahaman mengenai bahaya senjata. Mereka semua faham secara interaksi bahawa senjata boleh membawa bahaya. Malah, mereka diyakinkan supaya menjauhi senjata agar tidak terlibat dengan bahaya.

Namun, apabila kumpulan anak-anak ini dibawa ke satu bilik yang ada senjata mainan, mereka tetap tertarik untuk 'menggunakannya', dan melupakan larangan mengenai bahaya senjata itu.

Kajian ini secara amnya menunjukkan bahawa kanak-kanak memang secara alami nya - atau fitrah mereka sukakan senjata yang pada awal penemuannya ialah untuk memburu dan juga keselamatan.

[Dah Baca?] 11 Tanda Awal Anak Kecil Anda Merupakan Anak Bijak

Anak-anak lelaki yang bermain dengan 'senjata' menunjukkan bahawa mereka ada kekuatan dan kekuasaan. Mereka akan simpan permainan senjata dengan baik, malah kalau ada lastik .. mereka sering membawanya hampir ke mana-mana.

Permainan tembak-tembak adalah permainan kesukaan ... boleh dikatakan hampir semua kanak-kanak di dunia. Mereka boleh bermain tembak-tembak dengan hanya ranting kayu layu sehinggalah ke permainan arked yang menunjukkan ada yang terbunuh kerana ditembak.

Bahaya?

Bahaya Anak Yang Suka Main Tembak-Tembak?

Memang ada bahaya tersendiri andai ibu bapa tidak memantau kelakuan anak-anak yang suka bermain tembak-tembak ini. Naratif bermain tembak-tembak mesti ada orang baik dan ada orang jahat serta mesti ada yang mati atau terbunuh.

Naratif permainan inilah yang patut ibu bapa kawal.

Jadikan anak-anak ini bijak dan pandai membuat keputusan. Jadikan mereka orang baik ketika bermain tembak-tembak. Fahamkan mereka bahawa ianya adalah untuk pertahankan diri dan bukan dibuat sesuka hati.

Kita tak mahu anak-anak kita menjadi seorang manusia yang ganas bukan?


1 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. senjata orang besar mestilah duit..

    akan ada tenteram dan selesa bila ada duit yang mencukupi..

    malah dengan duit juga dapat membeli senjata untuk anak-anak sebagai permainan mereka

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement