Sudah menjadi tradisi kot, kami akan sambut harijadi anak-anak di Secret's Recipe. Di situ ada pelbagai pilihan kek yang sedap dan menarik.
Sambut Birthday Dengan Kek Secret's Recipe
Kami tak buat majlis besar, sekadar beli kek dan makan-makan seisi keluarga. Lagipun, ia bukan amalan sunah ... huhu... ia sekadar nak menggembirakan hati anak-anak supaya mereka rasa dihargai dan disayangi.Kalau orang berduit, mungkin akan hadiahkan macam-macam benda, tapi kami ... majlis ringkas makan kek dan makan sedap-sedap (yang disukai) di tempat yang 'istimewa' sudah mencukupi.
Anak-anak pun suka dengan cara macam ni. Alhamdulillah.
Salah satu cara untuk mengeratkan kasih sayang sesama keluarga adalah dengan buat majlis macam ni untuk perkara-perkara penting dalam kehidupan mereka. Mungkin mereka akan ingat, mungkin juga tidak, namun ... waktu semasa itu yang penting.
[Dah Baca?] Nasi Ayam Rhonda
Anak-anak akan rasa gembira kerana ibubapa ingat akan harilahir mereka seperti mana ibubapa akan rasa gembira bila anak-anak ingat akan tarikh lahir mereka. :)
Seronok kan bila suasana gembira penuh kasih sayang menjadi sebahagian atmosfera dalam keluarga.
sanah helwah Zikri dan Maira semoga menjadi anak soleh dan solehah
ReplyDeletePost a Comment
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.