Tetapi, hutang ada banyak jenis dan kategori. Anda kena tahu mana yang perlu diberikan penekanan, terutama untuk melangsaikannya. Dari sudut agama Islam, adalah wajib untuk melunaskan dan menyelesaikan segala hutang.
Mencari Jalan Untuk Bebas Dari Hutang?
Hutang tidak boleh dibuat main, apatah lagi apabila ia melibatkan wang ringgit dan juga harta benda. Penekanan menyelesaikan hutang ini sangat dititik-beratkan dalam agama. Anda boleh lihat video yang saya sertakan sekali mengenai hutang ini. Ia merupakan satu nasihat agama yang disampaikan oleh Ustaz Syed Mohd Norhisyam, siap diberikan jalan penyelesaiannya dari segi agama.Seronoknya Bebas Hutang
Baiklah. Memang seronok kalau diri dan keluarga kita bebas dari hutang kan?Ia ibarat terkurang satu beban.
Saya dah merasainya.
Tahun lepas (2018), hutang belajar saya dengan PTPTN telah langsai sepenuhnya. Saya bukannya tak mahu lunaskan lebih awal, malah saya telah berusaha untuk menyelesaikannya sebelum kontrak kerja saya tamat hampir 10 tahun dahulu.
Tapi itulah, saya tersilap kerana mendahulukan kesenangan dunia sehingga lupa tanggungjawab besar dan wajib untuk saya melunaskan hutang yang ada.
Alhamdulillah, sebelum saya tamat kerja di USM, saya berjaya juga langsaikan beberapa hutang yang lain termasuklah hutang 2 kad kredit saya.
Nikmat bila hidup anda bebas dari bahana hutang ni. Hidup jadi lebih gembira, tekanan juga menjadi kurang. Paling istimewa, anda boleh berbuat kebajikan dan amal sedekah dengan rasa aman dan tenteram.
Kenapa Berhutang?
Ada banyak sebab kenapa ramai antara kita berhutang, antaranya:- Nak mendirikan rumahtangga
- Nak membeli rumah kediaman sendiri
- Nak mempunyai kenderaan sendiri
- Mahu memulakan bisnes sendiri
Dan macam-macam lagi ...yang saya pasti akan berbeza dan berbeda pada setiap kehendak dan kemahuan kita.
Bila kali terakhir anda mencari jalan penyelesaian atau tips untuk bebas dari hutang? Adakah anda telah mempraktikkannya? Jika belum, ia menggambarkan anda belum bersedia sepenuhnya untuk bebas dari hutang.
Saya dulu pun begitu. Sayang benar dengan duit, sayang dengan wang gaji diterima setiap bulan. Akhirnya, hutang yang patut dilangsaikan dalam tempoh jadi tertangguh. Fuhhh ... dari hutang sedikit jadi banyak dan bertambun kerana sikap ini.
Wang memang penting untuk kelangsungan hidup. Tetapi jangan sampai ia menjadi satu beban.
Tips Bebas Hutang
Biar apapun cara anda gunakan untuk melangsaikan hutang anda pastikan anda memilih jalan yang baik untuk mengelakkan anda lebih terbeban dengan masalah hutang. Jadikan tips di bawah panduan untuk anda cuba menyelesaikan hutang.Beli Secara Tunai
Elakkan menggunakan kad kredit apabila membeli barangan dapur. Lagipun, adalah lebih afdal membeli barang keperluan seperti beras, gula, garam dan seumpamanya dengan tunai. Benda makan tak elok berhutang. Ia juga akan jejaskan 'apa yang di dalam diri' seseorang.Jika sesuatu yang kita nak beli tu agak mahal dan tidak tercapai dengan bajet sedia-ada, maka berjimatlah dan menabung sedikit demi sedikit. Bila dah cukup, beli secara tunai. Ia akan elakkan beban hutang.
Berbelanja Ikut Kemampuan Kewangan
Gunakan pendapatan yang diperolehi untuk keperluan dan bukan kehendak semata-mata. Sebagai contoh sekiranya gaji anda sebulan RM 2,000. Bahagikan ia mengikut keperluan dahulu dan simpanlah sedikit untuk simpanan masa hadapan.Selepas itu barula digunakan untuk perkara-perkara yang sepatutnya. Biarlah hidup di bawah kemampuan kerana langkah ini lebih selamat berbanding hidup mengikut kemampuan atau kelebihan.
Nak rasa gembira, gunakan tips ini setiap kali anda terima gaji setiap bulan.
Menabung
Suatu tindakan yang ramai orang jarang nak buat, malah agak sukar bagi hampir kesemua dari kita. Menabung adalah satu tabiat yang sangat baik jika benar mahu jalan bebas dari hutang.Mulakan tabiat menabung seawal yang mungkin. Biar kita menyimpan untuk masa hadapan dan kecemasan yang tidak terjangka. Didik semua ahli keluarga kita untuk menabung setiap hari. Kelebihan menabung amat baik untuk keluarga.
Asingkan pendapatan yang diperolehi setiap kali mendapat gaji. Potong 20 % daripada gaji anda untuk tabungan masa depan anda. Asingkan tabungan anda daripada akaun gaji anda. Anda boleh menabung di dalam Tabung Haji atau ASB, selain menabung anda juga akan mendapat bonus dan pendapatan di atas tabungan anda itu.
Buat tabung khas samada berdasarkan keperluan, kehendak atau warna wang/duit. Simpan secara istiqamah setiap kali dapat gaji atau ada lebihan wang dari perbelanjaan harian.
[Dah Baca?] 20 Amalan Untuk Sentiasa Murah Rezeki
Cari Ruang Untuk Peroleh Pendapatan Sampingan
Pendapatan sampingan memang bagus dalam usaha untuk lari dan bebas dari hutang. Tetapi, niat kena betul kalau nak memperoleh pendapatan sampingan ini. Jangan pula kita mencari ruang untuk dapatkan pendapatan sampingan semata untuk bergaya dan penuhi nafsu kehendak.Ada orang yang boleh mendapat pendapatan sampingan dengan berniaga. Jual barang dan untung besar; tetapi ia tidak kekal lama .. malah dalam proses tersebut dia menambah hutang menjadi semakin banyak.
Peroleh pendapatan sampingan untuk bebas hutang itu bagus, ia menjadi tidak bagus bila gunakan pendapatan sampingan itu untuk tujuan sebaliknya. Jadi, kena ada misi dan visi jelas. Gunakan ia sebagai jalan untuk bebas hutang, bukan menambah hutang.
Berzakat dan Bersedekah
Samada anda percaya atau tidak, ramai mereka yang bebas hutang adalah kerana sikap murah hati mereka. Dalam agama Islam sendiri menyarankan kita untuk bersedekah dan mengeluarkan zakat. Ia satu perintah dari Allah S.W.Y yang sebenarnya membuka jalan untuk bebas daripada kesulitan dunia seperti hutang.Anda tidak akan jadi miskin kerana bersedekah, malah ia akan menambahkan lagi jalan untuk anda murah rezeki dan mendapat keberkatan daripada Tuhan.
Jemputlah rezeki dengan bersedekah. Percayalah, dengan niat kerana Allah, in Sha Allah .. anda akan nampak jalan yang tersangat luas lagi mudah untuk membebaskan diri dari hutang.
Atas segala tips yang telah diberikan di atas, ia tidak akan berhasil kalau dalam masa yang sama kita menambah hutang baharu. Berhenti berhutang, dan amalkan tips di atas, barulah menjadi ... huhu. Barulah anda nampak hasil untuk jalan bebas hutang.
Sabda Rasulullah S.A.W yang maksudnya: “Berhati-hatilah kamu dalam berhutang, sesungguhnya hutang itu mendatangkan kerisauan di malam hari dan menyebabkan kehinaan di siang hari.” - H.R al-Baihaqi.
Video Berkaitan Melunaskan Hutang dan Doa Untuk Bebas Hutang
Tonton video di bawah ini, dan lihat pada minit ke 21, bagaimana Nabi enggan sholat jenazah terhadap seseorang yang ada hutang.
Doa Untuk Amal Setiap Pagi dan Petang
"Ya Allah, aku berlindung kepada-Mu dari kegelisahan dan kesedihan, dari kelemahan dan kemalasan, dari sifat pengecut dan kikir,serta dari beban hutang dan dominasi orang lain"Doa ini ada di dalam al-Mathurat jika anda nak mencarinya untuk hafalan dan amalan.
[Baca Juga] Himpunan Doa Murah Rezeki dari Al Quran
Nasihat akhir - jangan berbelanja lebihi kemampuan. Jika terpaksa dan perlu berhutang, elakkan berhutang terhadap makan dan minum; dan bila kena berhutang niat terus untuk iltizam membayarnya sebagaimana ditetapkan.
Terim kasih atas perkongsian. Selalu baca doa tu lepas solat tapi tak berkesempatan untuk tengok maksud dia. Hari ni baru berkesematn baca maksud doa tu,
ReplyDeleteAlhamdulilah..
ReplyDeleteTerima kasih atas perkongsiannya Tuan..Moga kita semua bebeas dr berhutang ..
bagus perkongsian ini. nak bebaskan diri daripada hutang satu perjuangan juga.
ReplyDeletesekarang tengah cut belanja untuk makan sebab belanja makan paling banyak dalam sebulan. Nak try saving banyak sikit
ReplyDeletegood sharing HH tq
ReplyDeletetambahkan income ...in shaa Allah boleh lunaskan hutang dengan mudah..dengan izin Allah
ReplyDeleteThanks for the tips. ..
ReplyDeleteSuka pengsisian entri ni. takut dengan hutang, Benar..hutang pemberat hidup
ReplyDeletePost a Comment
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.