Siapa sini biasa tukar minyak enjin kereta sendiri? Jika ada, syabas dan tahniah. Memang agak rare nak jumpa seseorang sebegitu kecuali anda seorang mekanik. Saya sendiri pun tak pernah tukar minyak enjin sendiri. Namun, alhamdulillah, saya tahu kepentingan untuk menukar minyak enjin atau minyak hitam kereta secara berkala.

Menurut satu kaji selidik mengenai minyak pelincir enjin atau minyak hitam yang dijalankan oleh Bosch Automotive Aftermarket Malaysia (Bosch AA), ke atas 1,036 pemandu didapati bahawa 99 peratus menyedari kepentingan minyak enjin untuk memastikan kereta berfungsi dengan baik. Namun 60 peratus didapati gagal mengikuti jadual penyelenggaraan ditetapkan untk menukar minyak enjin.

Tips Penjagaan Kereta - Tukar Minyak Enjin Kenderaan Ikut Jadual

Tips jaga kereta panduan tukar minyak enjin kereta
Ia bukan sesuatu yang mengejutkan. Saya sendiri pernah gagal beberapa kali untuk menukar minyak enjin kereta ikut jadual atas beberapa sebab tersendiri.

Semua orang yang mempunyai kenderaan tahu akan kepentingan minyak enjin untuk kenderaan.

Fungsi Minyak Enjin

Minyak enjin adalah komponen penting dalam memastikan enjin dapat berfungsi. Ia melincinkan pergerakan bahagian dalaman enjin dan secara tidak langsung mengurangkan geseran seperti haba dan kehausan serta kerosakan pada bahagian enjin kereta yang lain.

Selain itu, minyak enjin juga melindungi enjin daripada kakisan dan karat, menyejukkan suhu operasi enjin dan membantu mengeyah bahan cemar seperti kotoran daripada bahan bakar dan jelaga yang terhasil daripada pembakaran tidak sempurna. Minyak enjin berkualiti tinggi dan sesuai akan memastikan kelancaran serta memanjangkan usia enjin.

Bila Masa Nak Tukar Minyak Enjin?

Sela masa yang standard untuk penukaran minyak hitam adalah setiap 8,000 km atau enam bulan atau mana-mana lebih dulu untuk minyak jenis sintetik penuh (fully synthetic) dan 5,000 km atau enam bulan untuk semua jenis minyak serta kenderaan lama.

Jika anda mahu kenderaan atau kereta anda berada pada keadaan tip-top, sela masa servis kenderaan dan spesifikasi minyak enjin yang ditetapkan oleh pengilang kenderaan mestilah dipatuhi. Yang penting penuhi specs yang ditetapkan .. tak kisahlah jenama minyak hitam apa yang anda gunakan.

Ok, saya nak kongsikan sedikit tips mengenai servis minyak hitam ini untuk kebaikan bersama.

4 Tips Selenggara Minyak Hitam Untuk Pemilik Kereta

  1. Periksa batang celup untuk tanda aras dan warna minyak enjin sebulan sekali
  2. Periksa tempat parkir kenderaan anda untuk sebarang tanda kebocoran di atas lantai
  3. Sentiasa ikut cadangan pengilang kenderaan untuk jenis minyak enjin yang dicadangkan sesuai dan tempoh selang servis
  4. Prihatin dengan bunyi enjin yang luar biasa, penggunaan minyak tinggi dan prestasi kereta menurun
Tips tambahan “Jika anda dapati terdapat bunyi enjin yang bising, pengunaan minyak lebih tinggi daripada biasa atau warna minyak enjin telah bertukar hitam semasa pemeriksaan batang celup meskipun aras minyak enjin masih tinggi, sila hantar kenderaan anda untuk pemeriksaan segera. Ini semua adalah tanda- tanda masalah enjin yang mungkin disebabkan beberapa faktor selain gasket bocor”, menurut Mr Pang Yoon Kong, Pengurus Bosch AA Malaysia.

Jenis Minyak Enjin/Minyak Hitam

Minyak enjin Bosch berkualiti
Terdapat tiga jenis minyak enjin – mineral, semi sintetik dan sintetik penuh.

Minyak mineral kebiasaan dihasilkan daripada minyak mentah yang ditapis, manakala minyak sintetik penuh dibuat dalam makmal; semi sentitik pula terhasil daripada gabungan kedua-dua minyak tersebut.

Setiap enjin adalah berbeza dan amat penting untuk menggunakan gred minyak enjin mengikut ketetapan spesifikasi enjin yang disyorkan oleh pengilang kenderaan.


Bosch, sebuah syarikat automotif yang mempunyai pengalaman luas lebih dari 130 tahun, menggesa semua pemandu negara ini untuk melakukan pemeriksaan minyak enjin secara berkala dan servis kenderaan mengikut jadual bagi mengelak sebarang gangguan perjalanan terutama ketika musim perayaan.

Proses ini adalah mudah, murah dan akan memanjangkan usia enjin kereta, pemanduan lebih lancar dan mengurangkan kos membaiki.

Buat anda yang prihatin mengenai jangkahayat enjin kenderaan dan juga prestasi enjin setiap masa, maka saya sangat syorkan anda gunakan panduan dan tips yang telah dikongsikan. Ia bakal menjimatkan ribuan ringgit kalau anda sedikit prihatin.

Oh ya.

Minyak Enjin Bosch Untuk Kenderaan Anda

Minyak enjin Bosch

Bosch AA menawarkan pelbagai jenis minyak enjin untuk semua kenderaan penumpang yang direka khas memberikan perlindungan optimum pada enjin untuk semua tahap suhu dan tinggi dalam kestabilan pengoksidaan yang sesuai untuk iklim seperti Malaysia.

Pilihan minyak enjin keluaran Bosch boleh didapati di Lazada di https://bit.ly/2TBTGPo

Buatlah pilihan yang bijak, dan sayangi kereta anda - tukarlah minyak enjin ikut jadual seperti apa yang telah dicatatkan dalam buku servis kenderaan anda. Tak rugi kalau ikuti nasihat ini.

3 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. Saya kebiasaannya tukar minyak enjin kereta 3 bulan sekali..

    BalasPadam
  2. tak pernah lagi tukar minyak hitam sendiri. biasa beli minyak hitam je, then bawak kereta ke bengkel. minta pomen tukarkan. hihihi.

    BalasPadam
  3. ya..memang tak rugi untuk menukar minyak hitam dalam jadual yang telah ditetapkan

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement