Buat mereka yang belum lagi ada pengetahuan berkaitan cukai pendapatan LHDN ini, gaji atau pendapatan tahunan yang dikenakan cukai buat masa ini dikenakan ke atas mereka adalah sebanyak RM34,000 setahun. Jika anda melepasi atau mempunyai gaji tahunan lebih daripada RM34,000, maka disyorkan untuk membuka akaun e-filing atau mendapatkan nombor fail cukai pendapatan.
Senarai Pelepasan Cukai LHDN 2018 Untuk E-filing 2019
Jangan risau. Anda declare pendapatan tak semestinya akan dikenakan cukai walaupun anda ada jumlah pendapatan sehingga RM80,000 setahun. Ada banyak faktor yang akan diambil kira termasuklah kategori dan senarai pelepasan cukai tertentu.Dek kerana pelepasan cukai ini, walaupun pendapatan anda cecah RM80,000 ... anda berkemungkinan tidak akan dikenakan sebarang cukai pendapatan untuk tahun tersebut.
Apa Perlu Anda Faham Tentang Cukai LHDN
Sekiranya gaji anda melebihi paras RM34,000 setahun, anda perlulah mendaftar fail cukai pendapatan di mana-mana cawangan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) seluruh negara. Ini perkara asas perlu anda tahu dan faham apabila bercakap soal cukai pendapatan LHDN ini.Okey. Jika syarat utama itu dipenuhi, apa perlu anda buat?
Untuk tujuan pendaftaran tersebut, anda perlu membawa beberapa dokumen sokongan seperti berikut:
- Satu salinan Borang Penyata Pendapatan (Borang EA/EC) terkini / Slip Gaji terkini ;
- Satu salinan kad pengenalan/kad pengenalan polis/kad pengenalan tentera/passport antarabangsa ;
- Satu salinan sijil perkahwinan (jika ada)
Bila anda sudah mempunyai nombor cukai pendapatan anda sendiri, maka langkah seterusnya ialah memaklumkan atau dengan kata lain declare pendapatan anda berserta dengan pelepasan cukai yang layak ke atas diri / keluarga anda.
Untuk makluman anda, Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) iaitu sebuah badan yang bertanggungjawab dalam menguruskan cukai telah mengeluarkan senarai pelepasan cukai tahun 2018 untuk tujuan pengisian e-Filing bagi tahun 2019.
Berikut adalah jenis-jenis pendapatan yang akan dikenakan cukai.
- Perniagaan atau profession
- Penggajian
- Dividen
- Faedah
- Diskaun
- Sewa
- Royalti
- Premium
- Pencen
- Anuiti
- Lain-lain
Senarai Pelepasan Cukai LHDN 2018 Untuk Efiling 2019
Berikut adalah senarai 21 pelepasan cukai LHDN 2018 untuk tujuan E-filing 2019 (pendapatan individu) sebagai panduan dan juga makluman buat anda.- Individu dan saudara tanggungan - pelepasan cukai jumlah sehingga RM9,000
- Penjagaan Ibu Bapa
- Perbelanjaan untuk rawatan perubatan, keperluan khas dan penjaga ibu bapa. Keadaan kesihatan ibu bapa perlulah disahkan oleh pengamal perubatan - jumlah sehingga RM5,000 ATAU
- Ibu dan Bapa - jumlah RM3,000
- Terhad 1,500 bagi hanya seorang ibu
- Terhad 1,500 bagi hanya seorang bapa
- Peralatan Sokongan Asas
- hanya untuk individu kurang upaya (OKU), suami atau isteri, anak atau ibubapa yang kurang upaya - jumlah sehingga RM6,000
- Perbelanjaan individu Kurang Upaya (OKU) - jumlah hingga RM6,000
- Yuran Pendidikan (Sendiri) - RM7,000
- Bagi peringkat selain Sarjana (Master) dan Doktor Falsafah (PhD) – bidang undang-undang, perakaunan, kewangan Islam, teknikal, vokasional, industri, saintifik atau teknologi;
- Bagi peringkat Sarjana (Master) dan Doktor Falsafah (PhD) – sebarang bidang atau kursus pengajian
- Perbelanjaan perubatan penyakit yang sukar diubati (sama ada individu atau suami/isteri atau anak-anak) - jumlah sehingga RM6,000
- Perbelanjaan bagi tujuan pemeriksaan perubatan penuh (diri sendiri, suami/isteri atau anak) - jumlah sehingga RM500
- Gaya Hidup (jumlah sehingga RM2,500)
- Pembelian buku, jurnal, majalah, surat khabar bercetak dan penerbitan (selain bahan bacaan terlarang) untuk diri sendiri, suami/isteri atau anak;
- Pembelian komputer peribadi, telefon pintar atau tablet untuk diri sendiri, suami/isteri atau anak;
- Pembelian peralatan sukan untuk aktiviti sukan mengikut Akta Pembangunan Sukan 1997 (tidak terpakai bagi jenis basikal bermotor) dan bayaran keahlian gimnasium untuk diri sendiri, suami/isteri atau anak; dan
- Bayaran langganan internet
- Pembelian peralatan penyusuan (sehingga RM1,000) dan terhad kepada sekali dalam tempoh dua tahun taksiran.
- Perbelanjaan yuran penghantaran anak 6 tahun ke bawah ke Pusat Asuhan Kanak-Kanak atau Pra-sekolah - sehingga RM1,000
- Tabungan bersih dalam skim SSPN (Jumlah Simpanan dalam tahun 2018 tolak Jumlah Pengeluaran dalam tahun 2018) - RM6,000
- Suami/Isteri/Bayaran alimoni kepada bekas isteri - RM4,000
- Suami atau Isteri pembayar kurang upaya - RM3,500
- Pembiayaan anak di bawah umur 18 tahun - RM2,000
- Pembiayaan anak yang belum berkahwin dan berumur 18 tahun dan ke atas dan menerima pendidikan sepenuh masa (peringkat A-Level, sijil, matrikulasi, persediaan atau pra-ijazah) - RM2,000
- Anak yang belum berkahwin dan berumur 18 tahun dan ke atas tertakluk kepada syarat-syarat berikut:
- mengikuti kursus di peringkat diploma dan ke atas di institusi pengajian tinggi dalam Malaysia (tidak termasuk kursus matrikulasi/pra-ijazah).
- mengikuti kursus di peringkat ijazah dan ke atas di institusi pengajian tinggi luar Malaysia.
- kursus dan institusi pengajian tinggi diiktiraf oleh pihak berkuasa Kerajaan yang berkaitan.
- Anak Kurang Upaya - RM6,000
- Pelepasan tambahan sebanyak RM8,000 bagi anak kurang upaya berumur 18 tahun dan ke atas; belum berkahwin dan mengikuti diploma ke atas di dalam Malaysia peringkat ijazah ke atas di luar Malaysia dalam kursus dan di IPT yang diiktiraf oleh pihak berkuasa Kerajaan yang berkaitan.
- Insuran nyawa dan KWSP termasuk tidak melalui potongan gaji - RM6,000
- Skim Persaraan Swasta dan Anuiti Tertunda (Deferred Annuity) – berkuatkuasa mulai Tahun Taksiran 2012 hingga tahun taksiran 2021. - RM3,000
- Insurans Pendidikan dan Perubatan termasuk tidak melalui potongan gaji - RM3,000
- Caruman kepada Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) - RM250
Anda boleh terus memahami beberapa aspek lain berkaitan cukai pendapatan untuk tafsiran semasa menerusi laman web rasmi LHDN di sini - http://www.hasil.gov.my/index.php
Semoga perkongsian ini dimanfaatkan bersama. Paling penting anda tahu ada beberapa kategori atau senarai untuk pelepasan cukai bagi tahun 2018 (e-filing 2019). Gunakan kelebihan diberikan untuk kurangkan jumlah bayaran cukai pendapatan anda (jika layak).
Thanks for the info. ..
ReplyDeleteSama-sama abam .. lama tak nampak .. huhu.
Deletegood sharing. menginatkan mama yg tahun ni belum buat efiling lagi
ReplyDeleteinfo yang sangat menarik...
ReplyDeletedah lama juga saya tidak berurusan dengan LHDN
terima kasih atas info.. sangat2 membantu..
ReplyDeleteTerima kasih Tuan Hasrul atas maklumat yang berguna. Saya cuba ikut step ni. Harap2 berhasil. Boleh buat duit ngeteh.. hehe
ReplyDeletePost a Comment
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.