Salah satu tempat best nak singgah dan pergi apabila bercuti di Cameron Highlands ialah Taman Rama-Rama, berdekatan dengan Kea Farm. Ada dua taman rama-rama di situ, kami sekeluarga lebih suka taman yang berdekatan dengan Hotel Copthorne tu, iaitu yang pertama anda akan jumpa bila dalam perjalanan pulang ke Simpang Pulai (Ipoh) dari arah Kea Farm.

Setiap kali kami bercuti ke Cameron Highlands, kami pasti akan singgah. Tentunya disebabkan oleh anak-anak kami yang sentiasa berkeras untuk singgah di Taman Rama-Rama ni. Ia satu tempat yang best buat mereka, melihat haiwan dan serangga yang jarang-jarang mereka temui.

Layan Aksi 'Rocket Raccoon' di Taman Rama-Rama Cameron Highlands

Rocket Raccoon di Cameron Highlands
Baru-baru ini, bila kami sekeluarga bercuti di tempat peranginan terkenal Malaysia ni, sekali lagi kami singgah di Taman Rama-Rama ni.

Antara yang menarik ialah adanya 'Rocket Raccoon'. Errr .. bukan karektor sebenar yang popular dalam filem Guardians of The Galaxy, tetapi haiwan yang 'memegang' watak hero Rocket Raccoon yang sangat cute bersama Groot.

Haiwan Rakun bukan haiwan yang dijumpai di Malaysia. Habitatnya jauh nuh di Amerika Utara. Ia sejenis haiwan seperti tikus. Ia sangat bijak, dan ada intuitif untuk mengetahui sesuatu ... hmm curiosity yang tinggi.

Rocket Raccoon di Cameron Highlands


Rocket Raccoon di Cameron Highlands
Rakun suka menyelonggar. Ia bukan jenis duduk diam. Itu sebab gelagat haiwan ini sangat disukai oleh kebanyakan pencinta haiwan.

Anak-anak saya suka dengan rakun. Anak perempuan saya pernah 'mendukung' seekor anak rakun yang besar semasa kami bercuti di Langkawi.

[Dah Baca?] Traveloka Sediakan Banyak Tawaran Menarik Percutian

Gambar Aksi Rakun di Taman Rama-Rama Cameron Highlands

Saya kongsikan sedikit gelagat dan aksi 'Rocket Raccoon' Taman Rama-Rama Cameron Highlands.

Rocket Raccoon di Cameron Highlands
Rocket Raccoon di Cameron Highlands
Rocket Raccoon di Cameron Highlands

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Previous Post Next Post

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement