Kalau tanya orang perempuan, lagi-lagi mereka yang dah berumur lebih 40 tahun .... mereka amat suka barangan mewah. Ada yang sanggup berhabis duit untuk dapatkan barangan mewah. Namun, kalau ada barangan mewah yang dijual dengan harga murah, uhh lagilah suka.

Selain pakaian, tas tangan, kasut, aksesori pakaian; perabot adalah antara barangan mewah yang disukai wanita. Kalau mereka ada duit banyak, lagi-lagi bila dekat raya, mereka pasti akan mencari perabot yang cantik-cantik dan mewah. Kalau tak mewah dari segi harganya, pasti mereka mahukan perabot yang kelihatan mewah walaupun murah.

Tips & Cara Mudah Jadikan Perabot Biasa Nampak Mewah

Cara Mudah Jadikan Perabot Nampak Mewah
Sebenarnya ada cara dan tips mudah nak jadikan perabot sedia-ada di rumah tu kelihatan mewah. Tak perlu nak keluarkan kos yang tinggi dengan menggantikannya dengan yang baharu.

Tak perlu .. tak perlu. Dah ada cara yang gunakan bajet yang cukup minima, untuk tukarkan perabot yang nampak usang menjadi perabot serba mewah.

Gantikan Penampilan Perabot Lama

Hmm .. ibarat anda mengecat rumah. Anda cuma samada tukarkan atau gantikan 'kulit' sahaja.

Anda hanya perlu tukarkan 'penampilan' perabot anda tersebut. Jadi, anda tak perlu susah payah nak pergi mencari perabot baharu .. lagi-lagi kalau anda ada bajet yang sangat terhad.

Anda mungkin boleh tiru apa yang isteri saya lakukan.



Dengan menggunakan wallpaper atau kertas dinding lekat sendiri berharga Rm2.12; isteri saya menukarkan 'perabot' yang ada menjadi perabot yang nampak mewah tanpa susah payah. Hanya balutkan sahaja dengan kertas dinding bersorak yang sesuai.

Contohnya macam corak batu marmar putih.

Isteri saya lekatkan kertas dinding bercorak marmar putih pada kotak ais terpakai yang kami jadikan sebagai tempat menyimpan barangan di luar rumah. Dengan menggunakan segulung kertas dinding yang dibeli di kedai Eco 2, kotak yang biasa-biasa menjadi satu meja yang nampak mewah dan mahal.

Malah, ia membuatkan kotak polesterin tu nampak berat dan padu.

Cara Mudah Jadikan Perabot Nampak Mewah
Cara Mudah Jadikan Perabot Nampak Mewah
Mudah sahaja kan? Hanya tukarkan 'kulit' sahaja.

Cara ini juga isteri saya gunakan untuk gantikan 'kulit' almari dapur dan meja lama. Cara nak tampal pun tak susah. Dalam setengah jam, in Sha Allah .. siap semua - bergantung dengan saiz perabot yang nak ditampal atau dibalut dengan wallpaper tu.

Cara Mudah Jadikan Perabot Nampak Mewah
Menarik kan? Cubalah buat. Jimat dan bajet.

1 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. Salah satu tips untuk memberi penampilan baru untuk dapur adalah melalui cat dapur yang berkualiti. Thanks for sharing friend!

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement