Serius, sekarang dah ada banyak homestay jenis apartment di Cameron Highlands yang menawarkan harga penginapan menarik dengan cirian tadi, malah anda boleh mendapatkannya dengan harga serendah RM80 semalam!
Homestay Apartment Berdekatan Pasar Malam Brinchang - Pilihan Menarik Menerusi Agoda
Tapi, kalau anda mencari sebuah penginapan selesa, lengkap dengan fasiliti baharu, serta paling utama berhampiran (hanya jalan kaki) ke tarikan utama di pekan Brinchang di Cameron Highlands, saya syorkan anda menggunakan carian secara online menerusi Agoda.Agoda memberikan anda pilihan yang terbaik untuk mencari homestay jenis apartment berdekatan dengan Pasar Malam Brinchang pada harga cukup berpatutan.
Salah satu penginapan yang memang menarik dan sesuai untuk percutian keluarda di Cameron Highlands ialah Dream Scape Apartment.
Homestay jenis apartment ini sangat dekat dengan Pasar Malam Brinchang. Saya boleh katakan, anda keluar je dari bangunan apartment, anda dah boleh nampak pasar malam yang cukup popular di Cameron Highlands ini.
Dream Scape Apartment terletak di Jalan Sungai Rui, iaitu lokasi baharu untuk Pasar Malam Brinchang. Ia merupakan servis apartment yang baharu dibina di sini, malah fasilitinya dianggap antara yang moden. Jadi, sudah semestinya semuanya memuaskan.
Bilik juga besar. Anda pasti berpuas-hati dengan nilai yang anda bayar.
Cuba tengok di sini - Apartment DreamScape Brinchang, Cameron Highlands
Bukan setakat Dream Scape Apartment yang menawarkan kadar penginapan semalam berpatutan berdekatan Pasar Malam Brinchang, malah ada beberapa lagi apartment lain di bawah pengurusan berbeza yang turut menawarkan kadar sewa penginapan yang munasabah.
Buat Carian Homestay Harga Menarik Menerusi Agoda
Apa yang perlu anda buat ialah dengan membuat carian menerusi Agoda, dan buat tempahan segera untuk percutian di Cameron Highlands. Bukan apa, sebab biasanya penginapan jenis homestay apartment sering mendapat permintaan tinggi, apatah lagi yang berdekatan dengan tempat tarikan seperti Pasar Malam Brinchang.Pasar Malam Brinchang memang lokasi wajib pergi andai bercuti di Cameron Highlands. Ada macam-macam benda menarik dijual di situ. Boleh dikatakan ia macam one-stop center untuk mencari sayur-sayuran segar, cenderahati, strawberi dan macam-macam lagi pada harga berpatutan.
[Dah Baca?] Equatorial Hill Resorts Private Apartment - Sejuknya Penginapan di Puncak
Jika anda menginap di apartment ini, anda tak perlu susah payah nak fikirkan soal parking kenderaan, soal nak simpan barang, soal nak makan harga murah atau nak dapatkan barangan mentah untuk dimasak waktu malam.
Lokasi homestay ini pun sangat strategik kerana dari situ, anda boleh pergi ke beberapa lokasi tumpuan lain seperti Tanah Rata dan juga Kea Farm.
Oh ya, dapatkan potongan harga menarik untuk percutian musim cuti sekolah di Agoda. Anda hanya perlu daftar secara percuma di Agoda dan muat turun aplikasi tempahan hotel online Agoda ke smartphone anda.
Selamat bercuti ye ... :)
Wah terbaik dapat lagi info mengenai homestay di cameron highland. Lepas ni boleh plan bawak family.
ReplyDeleteAda banyak homestay di Cameron Highlands yang best2 .. unik dan menarik. Kena pandai cari dan baca review mereka yang dah pernah pergi dan menginap di homestay ni.
DeletePost a Comment
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.