Ia bukannya gangguan yang sekadar berlaku untuk pengguna di Malaysia, malah seluruh dunia. Akibatnya, ramai yang terjejas apabila semua rangkaian media sosial ini susah untuk diakses, malah ada yang membuka akaun baharu kerana menyangkakan akaun media sosial mereka telah digodam oleh pihak tidak bertanggungjawab.
Facebook, Instagram dan WhatsApp Diserang Penggodam?
Berita mengenai masalah untuk login dan akses ke rangkaian media sosial dimiliki oleh Facebook ini telah menyebabkan laman web Twitter sesak dengan posting nada kecewa daripada pengguna.
Malah, pihak Facebook (FB) juga terpaksa bergantung dengan Twitter untuk perjelaskan gangguan yang berlaku.
Sejumlah pengguna FB dan beberapa platform lain yang dimiliki gergasi teknologi itu termasuk Instagram, Messenger dan WhatsApp, berdepan masalah untuk mengakses perkhidmatan itu sejak Rabu 13 Mac 2019.
Akibatnya ramai pengguna beralih ke Twitter untuk meluahkan kekecewaan mereka.

Paling ketara, masalah ini berlaku di Instagram di mana pengguna tidak boleh login ke akaun dan gagal untuk berkongsi post serta memberikan komen-komen pada perkongsian gambar-gambar oleh rakan dan kenalan dunia maya mereka.
[Dah Baca?] 5 Sebab Akaun FB Boleh Kena Sekatan
Gangguan ini telah menjejaskan pengguna di beberapa kawasan, termasuk Amerika Syarikat, Amerika Tengah dan Selatan, serta Eropah, selain beberapa negara di Asia lapor tweet dan laman pengesan gangguan, DownDetector.com yang dipetik CNN.
“Kami sedar sejumlah pengguna sedang berdepan masalah mengakses aplikasi keluarga Facebook. Kami sedang berusaha menyelesaikan masalah itu secepat mungkin,” kata Facebook di twitter.
[Dah Baca?] Cara Mengggunakan Aplikasi WhatsApp di Komputer/Laptop
Menerusi berita oleh Agensi, Facebook turut menafikan khabar angin bahawa gangguan itu disebabkan serangan penggodam yang menggunakan ‘distributed denial-of-service' (DDos).

Post a Comment
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.