Saya memang kaki beli jam. Macam-macam jam saya dah beli. Kebanyakkan tu saya beli secara online, dan laman web shopping online yang selalu saya gunakan adalah Shopee dan Lazada Malaysia. Paling mahal adalah jam tangan jenama terkenal dari Jepun, G-Shock dengan harga RM200.

Kali ini, saya beli jam tangan jenama Curren. Saya tak pasti samada jenama ini merupakan jenama mewah atau jenama biasa-biasa sahaja. Kalau dari segi penampilan, jam ni nampak macam harga mahal, tetapi saya beli di Shopee dengan harga kurang RM50. Murah kan?

Jam Tangan Jenama Curren Beli Secara Online

Jam Tangan Jenama Curren Beli Secara Online


Jam tangan jenama Curren tak banyak dijual di Shopee atau Lazada. Kalu nak mencari pilihan jam tangan jenama ini yang lebih menarik, dengan pelbagai pilihan, anda mungkin berminat untuk melihatnya di Zalora.

Kat Zalora, memang ada seller yang jual jam tangan ini yang nampak mewah - pada pandangan saya. Dari segi kualiti, saya tak ada sebarang masalah. Selagi ia boleh berfungsi dengan baik sebagai seutas jam tangan, saya ok je.
Jenama Curren di Zalora memang best-best .. tryla tengok, manalah tahu kot berkenan. Walaupun harganya murah - biasanya bawah RM100, ia cukup menarik dan nampak cantik. Sekali pandang, orang akan ingat harganya sampai ratusan ringgit.

Leh usyar di sini - Zalora Curren Watches

Saya memang suka jam tangan. Sejak dari kecil lagi, saya suka kumpul duit untuk beli jam tangan. Biasanya bila dah cukup duit, mesti jam tangan yang saya minat tu kira outdated .. haha.

[Dah Baca?] 5 Kesalahan Memakan Jam Tangan Untuk Lelaki

Isteri saya pun pernah hadiahkan jam tangan untuk saya, rasanya ada 2-3 jam tangan kot sempena hari lahir dan juga hari ulangtahun perkahwinan kami. Malah, isteri saya hadiahkan bekas khas untuk simpan jam tangan-jam tangan saya.

Paling mahal isteri saya hadiahkan jam tangan 'analog' jenama Timberland. Jam jenama ini ada dijual di Shopee dengan harga cukup menarik .. leh tengok di pautan ini - Timberland Official Shopee Shop


Berbaloi beli jam tangan secara online ni, namun awas ... ada yang menjual jam tangan berjenama tetapi hakikatnya ianya Fake. Untuk elak tertipu, pastikan anda semak dahulu jenis dan jenama jam tersebut, selain bertanya terus kepada seller.

Nak beli jam tangan mahal atau murah, biar puas-hati dan kena dengan harganya.

5 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. nampak exclusive. tak sangka itu ja harga dia. memang mampu milik ^_^

    BalasPadam
  2. Tengok gambar cantik! Nampak mahal! :)

    BalasPadam
  3. mahal ke murah no.2, yang penting kualiti, lagi satu "timing" jam suka lari, lama kelamaan dia akan jadi lambat, atau jadi cepat. Itu yang tak suka beli jam yang tiada kualiti.

    BalasPadam
  4. saya bukan peminat jam tetapi pemakai tegar jam..

    pernah masa mandi, tidur dan sebagainya pun juga jam..

    biasa saya guna jam yang mudah rosak mungkin akibat terlalu lasak hehehe

    BalasPadam
  5. Mrs. A punya jam tangan satu je tak reti nak tukar-tukar
    Pernah ada lebih dari satu kesudahannya yang satu lagi rosak sebab jarang guna bateri dia kong selalu

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement