Terima kasih kerana masih sudi singgah dan baca blog ini. Jika sebelum ini, kebanyakan daripada anda mungkin dah melihat statistik atau jumlah trafik blog ini sepanjang tahun 2018. In Sha Allah, kali ini saya nak kongsikan trafik dua bulan terawal untuk tahun 2019.

Untuk tahun 2018, blog ini telah berjaya menerima trafik lebih daripada 2 juta hits atau pageviews. Ia satu pengakhiran yang sangat baik untuk tahun 2018, dan saya sangat berpuas-hati kerana dengan sejumlah trafik itu juga saya telah berjaya mempromosikan beberapa produk usahawan tempatan sehingga berjaya memberikan impak yang positif.

Jumlah Trafik Blog Januari dan Februari 2019

Jumlah Trafik Blog Jan Feb 2019
Saya memang teruja nak lihat perkembangan yang ditunjukkan blog ini untuk awal tahun 2019. Jadi, apabila saya buka Google Analytics untuk peroleh data, saya rasa agak risau takut blog ini tidak mampu nak berada di tahap yang sepatutnya.

Orait. Mari lihat berapa jumlah trafik atau pageviews (PV) yang telah dicatatkan.

Di bawah ini adalah apa yang telah saya lihat, dan menunjukkan jumlah trafik/pageview untuk blog ini untuk bulan Januari dan juga Februari 2019.
Jumlah Trafik Blog Jan  2019
Jumlah Trafik Blog Feb 2019

Hmm .. tak tahu nak cakap apa .. internet, google, ragam pembaca .. memang sukar untuk dijangkakan. Biasalah, trafik blog ada turun naik.

Trafik bulan Januari 2019 menunjukkan blog ini mencatatkan jumlah trafik sebanyak 167,936 PV; manakala bulan Februari 2019 menunjukkan sebanyak 137,501 PV.


Secara keseluruhan, jumlah trafik untuk kedua-dua bulan tersebut mencatatkan sepenuhnya 305,437 PV daripada 205,961 pengunjung. 194,738 merupakan pengunjung pertama kali, mungkin hadir disebabkan carian di internet untuk topik tertentu.

Jika ikut target saya secara peribadi, saya jangkakan blog ini dapat menerima trafik lebih daripada 200,000 PV sebulan, namun ianya tidak berlaku.

Namun, ia bukan satu alasan untuk tidak berusaha bagi mencapai target.

Kalau boleh, in Sha Allah, untuk tahun 2019 ini .. saya berharap blog ini mampu memecahkan rekod tahun 2018 untuk menerima lebih daripada 3 juta PV.

Pada masa yang sama juga, saya ingin menerbitkan artikel dan catatan yang boleh dan mampu membantu orang lain, selain memastikan Google Adsense suka dengan blog ini dalam memaparkan iklan-iklan berkualiti dengan nilai Cost-per-Click (CPC) yang baik.

Ia bukan satu cara yang mudah, namun tidak mustahil.

Apa yang penting adalah kerajinan dan minat untuk terus menulis sesuatu di blog.

Doakan ianya terlaksana, dan teruskan memberikan sokongan kepada blog ini. Jika ingin cadangkan sesuatu kepada saya dalam aspek konten, boleh hubungi saya di ruangan contact ye. Buat anda yang mungkin berminat untuk beriklan, saya juga alu-alukan menggunakan cara yang sama untuk mendapatkan sebutharga.

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Previous Post Next Post

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement