Pernah kenal dengan pokok herba yang dinamakan Ketumpang Air atau biasa dikenali sebagai Sireh Cina. Pokok ini sering tumbuh di tepian pokok lain di dalam pasu bunga. Ramai sebenarnya tak tahu kewujudan pokok ini, malah ada yang menganggapnya sebagai tumbuhan liar yang tiada gunanya.

Aha, saya salah seorang darinya-lah. Saya memang tak tahu bahawa pokok herba ini sebenarnya ada kelebihan dan khasiatnya tersendiri. Mana tidaknya, tumbuhnya meliar di celahan tumbuhan lain. Memang tak jangkalah ia ada sejenis pohon herba yang ada kelebihan.

Sireh Cina - Khasiat dan Kelebihanya

Ketumpang air atau sireh cina merupakan tanaman herba yang kaya dengan khasiat. Namun, ramai beranggapan tanaman ini adalah rumpai liar kerana ia tumbuh di celah-celah tanaman lain. Ia memang nampak seperti tumbuhan liar, dan jarang sekali ada yang menanamnya.

Kelebihan Ketumpang Air atau Sireh Cina

Hakikatnya, tanaman herba ini mempunyai kandungan asid amino, lysine, leucine dan isoleucine yang tinggi. Antara penyakit yang dipercayai berupaya dirawat dengan menjadikan ketumpang air atau sireh cina ini sebagai ramuan adalah seperti:

  1. Merawat penyakit gout
  2. Penawar sakit sendi dan perut
  3. Jus perahannya mampu mengelakkan jangkitan pada mata
  4. Mengubati dan meredakan cirit-birit
  5. Meredakan batuk
  6. Meredakan demam (ramas dengan dedikit air dan sapukan di bahagian kepala)
  7. Merawat buasir
  8. Melegakan selsema
  9. Merawat jangkitan pada pundi kencing
  10. Merawat kayap
  11. Alternatif kepada ubatan darah tinggi
  12. Merawat kencing manis

Cara Penggunaan Bagi Merawat Sakit Kepala Sewaktu Demam

  • Sediakan 15 helai daun ketumpang air dan dicuci bersih.
  • Kemudian tumbuk sehingga lumat.
  • Tempelkan ramuan tersebut pada bahagian dahi. 
  • Cara lain adalah dengan merebus 2 pohon ketumpang air yang telah dibersihkan bersama 300ml air. Saiz pokok yang sesuai antara 7-10cm tinggi.
  • Apabila air rebusan tersisa 1 gelas, tutup api dan biarkan ia dingin seketika sebelum ditapis dan diminum. 
  • Amalkan minuman ini sehari 2 kali sehingga pulih


Merawat Bisul, Jerawat dan Iritasi Kulit

Sediakan 2 rumpun pokok ini yang berukuran antara 7-10 cm tinggi dan dicuci sehingga bersih. Rebus dengan 300ml air sehingga tersisa 1 gelas. Minum air rebusan tersebut ketika hangat dan amalkan 2 kali sehari dalam dos yang sama setiap hari.

[Dah Baca?] Peria Katak Menu Rasmi untuk Pengidap Diabetes

Sakit Perut

Sediakan beberapa rumpun pokok ketumpang air ini dan dicuci bersih. Kemudian tumbukkan sehingga lumat dan sediakan sehelai kain untuk perahan. Minum air perahan tersebut.

Mengubati Luka Terbakar atau Melecur

Sediakan beberapa rumpun pokok ini secukupnya bergantung kepada keperluan saiz luka. Bersihkan dan tumbuk sehingga lumat. Tempelkan bahan yang telah dilumatkan tadi pada permukaan luka dan tutup dengan kain bersih. Biarkan tempelan luka sepenuhnya. Dan ulang beberapa kali sehingga luka betul-betul sembuh.

Merawat Buah Pinggang

Sediakan 2 rumpun pokok ketumpang air aatu sireh cina yang berukuran antara 7-10 cm tinggi. Cuci bersih, kemudian rebus dengan 300ml air sehingga tersisa 1 gelas. Minum air rebusan ketika hangat dan amalkan 2 kali sehari dalam dos yang sama setiap hari.

Buat ramuan baru setiap kali melakukan perawatan.

[Dah Baca?] 7 Cara Resveratrol Sebagai Penawar Kencing Manis

Selain itu juga, anda boleh hasilkan beberapa resepi menarik untuk mendapatkan khasiat baik dari daun ketumpang air seperti tumis air, goreng belacan. Rasanya enak seperti kangkung. Ia memang sedap dan boleh je digabungkan dengan sayuran lain dalam masakan.

Atau anda boleh jadikan ia sebagai ulam. Jadi, lepas ni kalau nampak tanaman ini tumbuh liar di dalam pasu atau batas tanaman, jangan dibuang. Sebaiknya, tanam tanaman ini kerana ia amat mudah untuk dibiakkan.

5 Comments

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. info menarik... selama x pernah tau pun.

    ReplyDelete
  2. Ye betul Tuan..
    Atuk cina saya guna daun ini untuk ubat kulit panau..sampaikan ke Emak saya juga, kalau mana kudis tak baik-baik dan tidak kering, tumbuk macam inai dan letak pada kudis tu, nanti ianya akan kering elok jer...

    ReplyDelete
  3. Info yang sangat bagus , Terima Kasih perkongsian

    ReplyDelete
  4. wow banyak khasiat. Saya baru makan semalam, sbb geram tengok tumbuh dlm pasu bunga saya. Daunnya cantik hijau subur buat saya rasa nak makan. So saya ambil buat kerabu campur tomato,bunga kantan. kacang tumbuk, hirisan bawang,carit2kan sotong kering. saya cuba saja.. sebab ingat, Allah tidak jadikan sesuatu dengan sia-sia..Alhamdulillah, sedapnya....

    ReplyDelete
  5. Ini mcm. Itu mcm. Mcm mcm. Sedap buat ulam. Sya baru lepas mkn. Ulam sireh cina cacah dgn smbal belacan belimbing buluh. Aduhhhh. Terasa ingin menderhaka.

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Previous Post Next Post

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement