Ketika saya tulis post ini, alhamdulillah, kita semua umat Islam sudah berada di dalam bulan Rejab mengikut kalendar Islam. Ini bermakna, tinggal lagi 2 bulan sahaja untuk kita sampai ke bulan Ramadhan. Bulan Ramadhan, semua orang tahu pintu rezeki terbuka luas seluas-luasnya. Ia adalah rahmat daripada Allah S.W.T.
Projek Raya Untuk Tambah Pendapatan
Andai dipanjangkan umur, in Sha Allah, kita sama-sama akan dapat bertemu dengan bulan Ramadhan yang penuh keberkatan. Kena banyak berdoa."Ya Allah! Berkatilah kami pada bulan Rejab dan bulan Sya'ban, serta sampaikanlah kami ke bulan Ramadhan"
Sepertimana saya katakan di awal tadi, ramai orang sudah mula nampak peluang untuk jana pendapatan tambahan setiap kali bulan Ramadhan semakin hampir. Bukan setakat peniaga sedia ada memasang strategi untuk 'Projek Raya' mereka, bahkan yang baru nak berniaga pun sudah ada perancangan mereka tersendiri.
Setuju tak kalau saya katakan, bila tibanya Ramadhan, mereka yang sebelum ini tidak pernah berniaga akan turut rancak mencari pendapatan lebih menerusi berniaga? Mereka seperti bidan terjun yang teruja nak buat Projek Raya sendiri.
Anda boleh lihat sendiri ... kerancakan itu bermula seawal tibanya bulan Sya'ban.
Ramai Dah Mula Buat Strategi Projek Raya
Kedai-kedai printing dah mula offer special package buat kad raya dan juga sampul duit raya. Kedai-kedai jahit dah mula ambil order untuk tempahan baju raya. Butik-butik dah start keluarkan katalog baju raya.Lagi ...
Mereka yang buat kuih raya pula, dah start buat sample dan rekrut agen untuk ambil order!
Geng-geng borong pula dah start kumpul order untuk import secara besar-besaran barang-barang keperluan raya!
Tambah meriah bila geng-geng bazar ramadhan juga, bersiap sedia untuk menempah tapak-tapak bazar ramadhan yang hot-hot!
Jadi, jika anda pun ada plan untuk buat sesuatu yang baru untuk "Projek Raya" tahun ini, maka, sekarang adalah masa yang sesuai untuk mulakan plan tersebut.
Apa Yang Boleh Anda Lakukan Untuk Projek Raya Anda?
Bagaimana nak bermula?Pertama sekali, anda perlu ada ilmu dan panduan untuk memulakan langkah Projek Raya anda tahun ini. Walaupun sebelum ini anda dah berniaga, tetapi mungkin kali ini anda mahu mencuba teknik dan cara promosi terbaru bagi lariskan lagi jualan.
Atau mencuba untuk lalui pintu rezeki yang baharu?
Di klikjer, salah satu portal popular untuk dapatkan produk panduan dalam bentuk ebook dan juga video ada menyediakan keperluan untuk anda memulakan Projek Raya anda tahun ini. Anda boleh lihat mana yang sesuai, dan gunakan panduan tersebut untuk bermula.
5 Projek Raya Untuk Anda Tambah Pendapatan
#1 - Berniaga Bisnes Air Balang
Panduan ini memang dibuat khas untuk mereka yang mahu berniaga air balang di bazar Ramadhan. Penulis ebook ini, En. Mizan, mendedahkan rahsia dan teknik beliau, bagaimana dia boleh jana untung bersih RM7k dalam masa sebulan berniaga di bazar Ramadhan!
Apa yang menariknya, beliau hanya jual 3 balang/jenis air sahaja! Tapi masih boleh untung kaw-kaw!
Nak tahu lagi? Boleh baca di sini - Klikjer Untuk Mula Bisnes Air Balang
#2 Buat Duit Dengan Jual Pelbagai Jenis Tudung
Memang tak perlu cakap la! Bila masuk je bulan Ramadhan, permintaan tudung, secara automatik akan naik 3-4x ganda dari bulan biasa!Sebab itulah Pn Madihah boleh untung RM15k sebulan walaupun takde kedai dan hanya menjual tudung secara online sahaja. Boleh dapatkan panduan ini untuk tahu strategi beliau menjual tudung!
Segalanya ditunjukkan untuk anda turuti, nak tahu lagi terus sahaja ke sini - Klikjer ke Bisnes Tudung
#3 - Tambah Income Dengan Bisnes Bakeri - Biskut dan Kuih Raya
Bisnes kuih ini unik sikit, bulan Ramadhan permintaan sangat tinggi, dan lepas Ramadhan pun juga tetap tinggi!Sebabnya, bila masuk bulan Syawal, berlambak-lambak orang akan buat open house pula, jadi tempahan kuih tu akan terus meningkat dan selalunya memang tak cukup tangan kalau nak ambil semua order. Terpaksalah pas order tu kepada kawan-kawan bakeri yang lain pula.
Inilah masa nak tambah income, mungkin persiapan anda untuk beraya, nak tahu lagi? Terus ke link ini - Klikjer Untuk Rahsia Bisnes Bakeri
#4 - Buat Duit Dengan Panduan Import Barang China Secara Online
Dari barang pakaian seperti baju, kasut, kerongsang, butang baju... hinggalah kepada barang hiasan rumah seperti langsir, alas meja, kusyen, bekas kuih dan sebagainya. Semuanya boleh diimport dari china pada harga borong.Kalau sebelum ni anda asyik ambil barang dari pemborong tempatan, apa kata tahun ni cuba try ambil barang direct terus dari China pula. Selalunya, harganya lebih murah!
Tak tahu cara nak bermula? Gunakan panduan ini, anda pasti akan teruja untuk mula buat duit Projek Raya tahun ini.
Terus ke link ini - Rahsia Borong dari China
#5 - Panduan Bisnes di Shopee
Bila masuk bulan Ramadhan, memang inilah lubuk & syurga membeli-belah orang Malaysia secara online!Lagi-lagi ketika bulan puasa, ramai orang tak larat nak pusing dan tawaf supermarket untuk beli barang, orang lebih suka duduk di rumah dan klik-klik je untuk beli barang.
Tambahan lagi, pihak shopee juga akan buat promosi kaw-kaw punya untuk tarik orang membeli-belah di website mereka sempena musim perayaan. Jadi, memang untunglah orang yang berniaga kat shopee ni!
Nak buat duit di Shopee? Inilah panduan terbaik untuk anda bermula - Klikjer Untuk Muat Turun Panduan Bisnes Shopee
Orait.
Nah. Sekarang bagaimana?
Jalan sedang dibentang untuk anda mulakan Projek Raya tahun ini. Inilah peluang untuk anda jana pendapatan tambahan, dan kemungkinan juga bakal mencari lubuk rezeki anda seterusnya. Jangan persiakan peluang ini.
Ilmu daripada panduan-panduan di atas dah buktikan ramai yang berjaya dan raih pendapatan sehingga 4-5 angka sebulan, lebih daripada apa yang kerjakan sebelum ini. Ada tu telah berhenti dari kerja hakiki semata-mata nampak peluang besar dengan berniaga.
Apa tindakan anda? Terserah untuk bermula atau tidak.
Post a Comment
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.