Itu sebab setiap kali kematian, waris atau wakil pihak si mati akan minta para hadirin yang hadir di majlis untuk halalkan hutang si mati atau setidak-tidaknya (kalau mahu) menuntut hutang tersebut daripada keluarga atau waris si mati. Dan menjadi juga satu kewajipan untuk waris dan keluarga si mati mencari pemiutang atau pemberi pinjaman untuk jelaskan hutang yang masih tidak berbayar.
Tips Untuk Menyediakan Surat Perjanjian Pinjaman Sendiri
Bercakap soal hutang ni, saya nak kongsi satu penulisan terbaik daripada seorang peguam. Beliau menyarankan untuk menulis surat perjanjian pinjaman. Ia sebagai langkah untuk memudahkan hutang-piutang dikutip bila tiba waktunya.
Ia bukan untuk menyusahkan, tetapi sebenarnya untuk melindungi si pemberi pinjam dari kena tipu.
Yelah, waktu nak meminjam, bukan main lagi segala janji ditabur. Siap ada yang offer nak bagi lebih lagi bila ada duit nak bayar hutang.
Janji perlu ditepati. Setidaknya adanya surat perjanjian hitam putih ini boleh mengingatkan si peminjam untuk melunaskan hutang. Kita tak mahu mereka nanti terazab kerana mungkir janji atau rezeki susah nak masuk dek kerana adanya hutang.
Buat surat perjanjian pinjaman ni sendiri. Mudah nanti untuk menuntut sebab ada hitam putih.
Tak susah nak menulis satu surat perjanjian pinjaman yang boleh digunakan di mahkamah. Ikut sahaja tips atau cara dikongsikan di bawah ini. Perkongsian ini bukan biasa-biasa ya, tetapi disediakan oleh seorang peguam wanita.
Ikuti tips diberikan ini, sumber asal - https://www.facebook.com/zabetha/posts/10214336325275264
Cara Menyediakan Surat Perjanjian Pinjaman
Jadi apa butiran yang perlu ada dalam perjanjian hutang yang akan diambil kira di mahkamah? Sebab kalau tak kena tempat, perjanjian anda mungkin akan jadi tak terpakai.
Ilmu perlu kongsi. Mari saya sharekan resepi nak tukis perjanjian hutang yang boleh dijadikan bukti di Mahkamah:
Tetapi untuk pinjaman yang bernilai kecil sesuailah untuk rangka sendiri.
Ilmu perlu kongsi. Mari saya sharekan resepi nak tukis perjanjian hutang yang boleh dijadikan bukti di Mahkamah:
- Letak tajuk “Pinjaman Persahabatan” ini maksud pinjaman tanpa faedah.
- Perlu ada butir-butir nama penuh, nombor kad pengenalan dan alamat terkini Pemberi Pinjam dan Peminjam.
- Ini bertujuan perjelaskan identiti untuk tujuan menuntut di mahkamah nanti dan senang hendak ambil tindakan. Dapatkan salinan kad pengenalan dan palangkan dengan perkataan pinjaman.
- Nyatakan jumlah pinjaman.
- Contoh:
- Dengan ini saya *nama pemberi pinjam wang* Sudin telah memberikan pinjaman sebanyak RM**** kepada Ajis *nama peminjam*.
- Cara bayaran bagaimana?
- Contoh dalam tempoh berapa bulan? Tahun? Sebulan berapa? Berapa lama?
- Jangan! Jangan! kenakan faedah atau bunga atas pinjaman! Kerana anda bukan pemberi pinjam wang berlesen! Kalau anda letak juga jumlah faedah dalam perjanjian, perjanjian and mungkin jadi tak laku atau silap-silap anda kena denda dan dipenjara di bawah Akta Pemberi Pinjam Wang dengan faedah tanpa lesen. Minimum denda RM 250,000 dan maksimum RM 1,000,000. Banyak tu!
- Masukkan terma pengingkaran.
- Contoh: Sekiranya pemimjam gagal bayar kes akan dirujuk ke mahkamah. Mahkamah mana? Cari yang berdekatan dengan tempat tinggal anda supaya jimat kos perjalanan nanti.
- Masukkan syarat bahawa surat-menyurat untuk menuntut dari peguam dan dokumen-dokumen mahkamah akan dihantar ke alamat peminjam seperti dalam perjanjian akan dianggap serahan yang sempurna. Jadi tidak perlu bayar kos mengiklankan di surat khabar.
- Masukkan terma perjanjian turut mengikat waris dalam kes kematian.
- Takdir tuhan siapa tahu kalau peminjam meninggal dunia, bagimana? Sekurang-kurangnya boleh tuntut dari aset si mati.
Tetapi untuk pinjaman yang bernilai kecil sesuailah untuk rangka sendiri.
Jika nilai puluhan atau ratusan ribu ringgit, seelok-eloknya lantik peguam. Bukan apa, kebanyakan kes hutang nilai tinggi ini, bila dibawa ke mahkamah, si peminjam pandai pusing macam-macam alasan dia cari hendak elak bayar hutang. Kemudian dia cabar perjanjian tidak sahlah. Kononnnya dia ditekan suruh tandatanganlah. Kononnya nilai dia terima tak sama dengan perjanjian.
Kalau ada peguam, ada terma-terma khas dan lebih terperinci, malah peguam boleh jadi saksi. Lantik peguam, terutama kes-kes terdapat cagaran hutang.
Kalau ada peguam, ada terma-terma khas dan lebih terperinci, malah peguam boleh jadi saksi. Lantik peguam, terutama kes-kes terdapat cagaran hutang.
Saya harap perkongsian ini dapat dimanfaatkan sebaiknya. Ia sebagai langkah berjaga-jaga dan melindungi diri untuk elak wang dipinjam tu hangus dan dilupakan. Kalau redha wang diberi pinjam sampai RM4,000 - RM20,000 tidak berbayar ... abaikan sahaja perkongsian ini.
Elakkan berhutang, dan kalau dah berhutang, nak tahu cara nak lunaskan segera, boleh gunakan panduan ini - Cara Nak Bebaskan Diri Dari Hutang
Post a Comment
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.