Pengkalan Kubor, Tumpat, Kelantan. Sebut je, pasti ramai rakyat Malaysia akan mengenali tempat ini sebagai destinasi membeli-belah pelbagai barangan keperluan. Andai anda ke Pengkalan Kubor, jika pandai tawar-menawar, anda boleh mendapat harga cukup murah untuk barangan yang dicari.

Pengkalan Kubor terletak di utara negeri Kelantan. Ia sebuah bandar yang bersempadanan dengan Tak Bhai, Thailand dan menjadi tumpuan untuk membeli-belah penduduk sekitar dan pelancong. Saya setakat post ini ditulis baru 2 kali pergi ke sini. Dan baru ini, saya berkesempatan bawa famili saya untuk beli-belah di Pengkalan Kubor.

Percutian Kelantan - Beli-Belah di Pengkalan Kubor, Tumpat, Kelantan

Nama tempat ini agak scary kan, terutama buat mereka yang baru pertama kali mengetahui namanya. Pengkalan Kubor <-- kubur? Biar betul kan ...ye tak?

"Abah, kenapa tempat ni nama Pengkalan Kubur? Mana kubur tu?"

Menurut cerita penduduk setempat, Pengkalan Kubor ini pernah mempunyai banyak kubur orang Melayu satu ketika dahulu. Dek kerana itulah, ia mendapat namanya.

Saya tak pasti lokasi kubur yang dikatakan tu. Tetapi pastinya Pengkalan Kubor bukan satu tempat yang perlu ditakuti, tetapi satu destinasi menarik untuk dimasukkan dalam itenari percutian anda di Kelantan.

Kenapa tempat ini menjadi lokasi tumpuan untuk mereka yang ingin membeli-belah?

Arked Bebas Cukai Pengkalan Kubor

Pengkalan Kubor tempat shopping bebas cukai
Pengkalan Kubor mempunyai kawasan bebas cukai yang menjual barang-barang, terutamanya pakaian, kasut, beg dan peralatan dapur pada harga yang amat berpatutan. Malah, ada kompleks khas yang selesa untuk para peniaga dan pengunjung. Inilah sebab utama tempat ini berjaya menarik banyak pengunjung ke sini.

Kawasan bebas cukai ini sebesar padang bola sepak. Ia terletak di tepi muara sungai. Ia memang satu lokasi yang seronok untuk bershopping. Namun terdapat satu lagi kawasan bebas cukai di Kelantan, iaitu di Rantau Panjang. Kawasan bebas cukai Rantau Panjang ini adalah jauh lebih besar, meriah dan lebih murah. Jarak dari Pengkalan Kubor ke Rantau Panjang kira-kira 30km.

Pun begitu, Pengkalan Kubor ada tarikannya tersendiri.

Ketika bercuti di Kelantan baru-baru ini, kami menginap di Pantai Cahaya Bulan Resort. Ia sebuah resort yang agak lama, jadi kemudahan yang ada sekadar memuaskan, walaupun hakikatnya kami boleh mendapat penginapan yang lebih baik di tempat lain.


Bersarapan di Kopitiam Kita, Kota Bharu

Bila dah berada dekat dengan Kota Bharu, pastinya pilihan sarapan pagi kami adalah Roti Titab di Restoran Kopitiam Kami. Ia telah menjadi satu kemestian untuk bersarapan di Kopitiam Kita kalau kami berada di Kota Bharu.

Kopitiam Kita
Kopitiam Kita
Kopitiam Kita, tempat makan sarapan best di Kota Bharu
Sebenarnya percutian kami di Kelantan, bukan objektifnya untuk bershopping di Pengkalan Kubor atau Rantau Panjang semata. Alhamdulillah, semasa kami dalam perjalanan ke Kota Bharu, saya sempat bawa famili hadiri majlis kenduri kahwin rakan blogger saya di Machang.

[Dah Baca?] Hadiri Majlis Bersanding Rakan Blogger Yuyu Atiqah di Machang

Dan saya juga sempat bawa famili bertandang ke rumah rakan isteri saya yang terletak di Wakaf Bharu, Tumpat. Kalau nak tahu, kawan isteri saya ni berniaga di rumah, dan menu makanannya amat popular disebabkan harganya cuma RM1, antarnya ABC RM1 dan Laksa RM1.

Tempat kawan isteri saya tu juga popular dengan Sate Razak yang viral di media sosial. Cuma kami sekeluarga tak ada kesempatan untuk mencuba. Biasalah, masa terhad.

Arked Beli-Belah Bebas Cukai Pengkalan Kubor

Pengkalan Kubor tempat shopping bebas cukai
Pengkalan Kubor tempat shopping bebas cukai
Pengkalan Kubor tempat shopping bebas cukai


Kompleks atau arked bebas cukai Pengkalan Kubor ada beberapa bahagian. Jadi, anda perlu explore kesemua kawasan dan tempat untuk mendapatkan pilihan terbaik. Dan paling penting, walaupun ada tag harga dipaparkan, jangan lupa untuk tawar-menawar. In Sha Allah, anda akan tersenyum lebar bila dapat beli barangan keinginan anda dengan harga jauh lebih murah di tempat lain.

Kami sempat beli beberapa benda antaranya periuk Tefal, barang mainan untuk Najmi, selain pakaian. Ada beberapa barangan lain yang memang rasa teringin nak beli, tetapi kenalah juga beringat dan bajet sikit. Tak boleh ikut nafsu kalau nak beli-belah di tempat tumpuan shopping macam Pengkalan Kubor ni.

Dinding Mural Dicat Dengan Cat Jotun

Satu tarikan menarik yang ada di Pengkalan Kubor ini ialah adanya lukisan mural di dinding-dinding bangunan. Ia pastinya satu spot untuk abadikan kenangan walaupun tidak membeli-belah. Ada smartphone dengan kamera best, elok ambil gambar banyak-banyak di lukisan mural yang dilukis menggunakan cat Jotun.
Dinding Mural Dicat Dengan Cat Jotun


Dinding Mural Dicat Dengan Cat Jotun
Dinding Mural Dicat Dengan Cat Jotun
Percutian di Kelantan kali ini adalah selama 3 hari dua malam. Walaupun agak lama, tetapi masih banyak tempat tarikan menarik yang kami tak kunjungi di Kelantan, lebih-lebih lagi sekitar Kota Bharu.

Mungkin di peluang akan datang, saya akan bawa keluarga saya bercuti ke Kelantan lagi, in Sha Allah, akan mencari tempat penginapan lebih menarik selain berkongsi cerita dan pengalaman yang lain pula.

7 Comments

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. saya pun dh lama tak p pengkalan kubur ni

    ReplyDelete
  2. wah bestnya.. mam pn x penah sampai ni.. HH, mama selalu masuk guna handphone selalu tak dpt komen blog ni huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya ada buat adjusting skit dalam blog. :) Maaf ye ..

      Delete
  3. Asalam otai HH..teringin nak ke kelantan..anak saya belajar di kelantan sebelum kerja..harap Allah kabulkan niat

    ReplyDelete
  4. ha baru vest dapat komen..komen ni ada masa perlu..naikkan semangat berblog

    ReplyDelete
  5. TQ atas info. Saya nak ke KB cuti sekolah ni, ambik info di sini

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Previous Post Next Post

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement