Memandangkan anak-anak saya memang sukakan animasi, jadi saya ambil kesempatan yang ada untuk bawa semua anak-anak saya ke pameran ini. Lagipun, kami tak pernah lagi masuk ke Muzium Kelantan.
Pameran Dunia Animasi Terbesar di Muzium Kelantan
Kelantan memang banyak muzium. Muzium Kelantan adalah antara muzium utama yang terletak di tengah bandar Kota Bharu.Walaupun saya dah beberapa kali bercuti di Kota Bharu, inilah pertama kali kami berpeluang untuk masuk ke Muzium Kelantan atau juga dikenali sebagai Muzium Negeri. Sebelum ini, kami biasa ke muzium-muzium lain seperti Muzium Adat di Istana Jahar, Muzium Diraja (Istana Batu), Muzium Islam, Muzium Perang, dan Muzium Kraftangan.
Kebetulan, ada pameran animasi, jadi anak-anak memang terujalah nak tahu apa yang dipamerkan.
Bila masuk sahaja, rupanya tak banyak sangat dipamerkan di sebalik 'pameran animasi terbesar'. Namun, pameran yang ada memang besar-besar contohnya permainan visual dan beberapa permainan animasi lain.
Ada sudut permainan untuk kanak-kanak kecil dan juga remaja.
Walaupun ia bukan satu pameran yang saya harapkan (dari segi jumlah pameran produk animasi) tetapi ia satu kunjungan yang menyeronokkan. Anak-anak saya dapat peluang untuk mencuba permainan animasi selain permainan arked animasi yang disediakan.
Walaupun tak banyak barang mainan serta produk animasi dipamerkan, pengunjung yang hadir agak ramai juga.
[Dah Baca?] Pengalaman Lawatan ke Muzium Wau, Tumpat, Kelantan
Saya difahamkan pameran animasi ini juga dibuat di muzium-muzium negeri lain secara jelajah. Mungkin nanti ia akan datang/sudah datang ke tempat anda. Jika ada, bolehlah jenguk dan lihat sendiri perkembangan dunia animasi di Malaysia.
teringin nak pergi Kelantan tpi sampai sekarang tak sampai lgi :)
ReplyDeleteMenarik jugak ni utk budak2
ReplyDeleteAssalamualaikum HH...menarik juga ni..
ReplyDeletenk ke kelantan cuti nanti, blh singgah..tq for info
ReplyDeletePost a Comment
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.