Tak sah kalau anda bercuti di Kelantan, lebih-lebih lagi andai hotel atau homestay penginapan anda berada sekitar Kota Bharu untuk tidak singgah atau menziarah Masjid Muhammadi, Kota Bharu. Ia merupakan masjid yang terkenal dan ada sejarah yang sangat lama dalam perkembangan Islam di Nusantara.

Nama Masjid Muhammadi adalah sempena nama Sultan Kelantan, Sultan Muhammad IV yang banyak berjasa dalam perkembangan Islam di negeri Cik Siti Wan Kembang ini. Malah, masjid ini juga digelar Masjid Besar, yang merupakan masjid negeri dan tumpuan penduduk bandar Kota Bharu.

Ziarah Masjid Muhammadi di Kota Bharu

Masjid Muhammadi Kota Bharu, Mercu Tanda Islam di Kelantan
Masjid Muhammadi memang ada keunikannya sendiri, malah sejarah masjid ini cukup lama. Ia bukan sekadar menjadi kebanggaan penduduk Kota Bharu, malah rakyat Kelantan sendiri.

Selain menjadi tempat ibadah utama umat Islam di Kota Bharu, ia juga menjadi perhatian pelancong tempatan dan luar.

Sejarah Pembinaan Masjid Muhammadi

Dari segi sejarah pembinaannya, Masjid Muhammadi ini telah dibina pada tahun 1867 pada zaman pemerintahan Sultan Muhammad II (1830 - 1886). Pembinaannya menggunakan kayu-kayu yang terpilih dan berkualiti terbaik.

Pun begitu, masjid ini telah mengalami beberapa pengubahsuaian, sesuai dengan pembangunan pesat yang berlaku di Kota Bharu.

Sejarah Pembinaan Masjid Muhammadi


Sejarah Pembinaan Masjid Muhammadi
Pengubahsuaian bangunan masjid daripada kayu kepada struktur konkrit telah dilakukan pada tahun 1922 dan telah dirasmikan oleh oleh Sultan Ismail Ibni Al-Marhum Sultan Muhammad IV pada 31 Julai 1931, dan dimasyurkan kepada Masjid Muhammadi.

Sebelum itu, ia dinamakan Masjid Besar.

[Dah Baca?] 7 Pilihan Tempat Menarik Sekitar Kota Bharu

Masjid ini mengalami kerja-kerja pengubahsuaian dan pembesaran pada tahun 1959, 1968, 1976 dan 1987. Luas keseluruhan masjid sehingga post ini diterbitkan adalah 10,600 kaki persegi dan boleh memuatkan seramai 2,400 orang ahli jemaah.

Jika anda bercuti ke Kelantan, pastikan anda menziarahi masjid ini. Paling tidak, lakukan solat sunat Tahiyyatul Masjid di masjid antara paling bersejarah di Malaysia.

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Previous Post Next Post

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement