Salah satu tempat perkelahan yang ada di Pulau Pinang terutama di daerah Seberang Perai ialah Pantai Bersih. Lokasi ini sudah sekian lama menjadi pilihan penduduk sekitar untuk beriadah dan berkelah di tepi pantai. Malah, sejak saya kecil lagi, Pantai Bersih memang popular.

Jika dulu Pantai Bersih dan perairannya menjadi lubuk nelayan mencari rezeki, tetapi sekarang tidak lagi. Dek pembangunan pesat negeri Pulau Pinang, dah tak ada perkampungan nelayan di Pantai Bersih, malah struktur pantai tersebut juga dah banyak berubah.

Pantai Bersih - Tempat Perkelahan Tumpuan Penduduk Seberang Perai

Perkelahan di Pantai Bersih, Pulau Pinang
Saya dan keluarga dah beberapa kali berkelah di Pantai Bersih. Tempat ini dulunya hanya ada pantai berpasir, kini sudah ada struktur batuan selain terdapat kedai-kedai makan. Ia kini menjadi sebahagian daripada tempat Rehat dan Rawat atau Hentian Rehat untuk jajaran Butterworth Outer-Ring Road atau BORR.

Walaupun begitu, Pantai Bersih masih menjadi tumpuan orang ramai terutama penduduk sekitar dan berdekatan. Ia masih menjadi tempat pilihan untuk berkelah dan merasai keindahan pantai di waktu petang, lebih-lebih lagi di waktu matahari terbenam.

Pantai Bersih - Tempat Berkelah Yang Tak Berapa Bersih

Waktu petang, memang ramai pengunjung yang datang ke sini. Apatah lagi, bila terdapat beberapa kemudahan untuk beriadah disediakan, dengan kadar sewa tertentu.

Saya juga difahamkan, suasana agak meriah di waktu malam terutama di hujung minggu di Pantai Bersih.

Pantai Bersih Yang Dikotorkan

Hmmm .. di sebalik benda-benda yang macam best di Pantai Bersih, ada juga yang nampak tak berapa seronok.

Pengunjung di Pantai Bersih yang ada di antaranya adalah golongan remaja, golongan bujang nampaknya seperti tidak endahkan mengenai kebersihan Pantai Bersih. Mereka meninggalkan sampah di mana-mana. Mereka tak ada sebarang rasa bersalah pun mengotorkan pantai yang menjadi tempat tumpuan ramai ini.

Memang agak malang sekali melihatkan perbuatan mereka yang tidak ada sivik ni.

Suasana kotor dan sampah merata di Pantai Bersih Pulau Pinang
Paling menyakitkan hati bila ada minuman dan makanan yang hanya separuh diambil dibiarkan begitu sahaja. Sudahlah membazir .. pastu kotorkan pula persekitaran pantai.

Tiada tong sampah?

Ada je tong sampah disediakan. Walaupun lokasi tong sampah ini agak jauh sedikit dari kawasan pantai, ia bukan alasan untuk tidak membuang sisa makanan dan minuman ke tempat yang sepatutnya.

Sampah di Pantai Bersih
Apalah yang ada dalam fikiran mereka bila tinggalkan makanan serta minuman yang tak habis tu.


Spot tempat yang sepatutnya sesuai untuk seisi keluarga bersantai dan membentang tikar untuk berkelah, dah penuh dengan sisa makanan terbiar. Aduh.

Tolonglah. Kekalkan kecantikan yang ada di Pantai Bersih ... mahupun mana-mana tempat lain yang menjadi tumpuan orang ramai. Bukankah kebersihan itu sebahagian daripada iman?

Lama-lama nanti, nama Pantai Bersih dah tidak lagi sinonim dengan keadaan sebenarnya.

3 Comments

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. Lamanya tak pergi Pantai Bersih ni. ..
    Aduhh sayang la klau tempat elok di biarkan kotor mcm tu. .. Bukan berat mana pon klau nk buang smpah tu. ..

    ReplyDelete
  2. ya Allah, sakit hati nya. tercemar pantai Bersih tu, tak padan dengan nama nya

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Previous Post Next Post

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement