Ada ke di antara anda yang memang menggilakan tubuh sasa berotot kental? Sedang mencuba pelbagai cara dan kaedah untuk menampakkan otot-otot kental di tubuh? Mahu mencari produk supplement atau makanan tambahan terbaik untuk membina otot tubuh badan?

Sebenarnya, bagi seorang yang mahu cara lebih mudah dan cepat untuk membina otot, produk supplement berteraskan whey protein adalah pilihan yang terbaik. Ada banyak kedai supplement di Malaysia, terutama di Lembah Klang yang menawarkan produk whey protein dari pelbagai jenama ini.

Produk Supplement Untuk Bina Badan 

Produk whey protein harga murah di Nutrition Pro
Melihatkan kepada trend terkini lelaki Malaysia yang mahukan tubuh sasa atau sado, maka wujudlah banyak kedai menjual supplement untuk bina badan ini, terutama produk-produk terbaik dengan kandungan whey protein tinggi untuk pembinaan otot-otot.

Harga produk whey protein mahal? Hmm .. ini mungkin antara masalah untuk mereka yang ada bajet ketat. Tapi jangan risau, sebenarnya memang ada kedai menjual produk supplement untuk bina badan yang tawarkan harga berpatutan dan mampu milik.

Nutrition Pro - Kedai Pilihan Tawar Supplement Murah Untuk Bina Badan

Untuk pengetahuan, di Malaysia terdapat beberapa nama besar yang menjadi pengedar kepada produk-produk supplement body building ini. Antara nama popular yang sering menjadi sebutan dan carian adalah Nutrition Pro, WDC Nutrition, EJI Nutrition, GNC, Musclemania dan ProteinLab.

Cumanya, saya perasan ada rakan blogger yang lebih syorkan Nutrition Pro sebagai kedai paling murah menjual produk untuk bina badan ni terutama produk berasaskan whey protein. Jika anda Google pun, anda akan dapat lihat hasil carian internet 'kedai protein murah' yang paparkan Nutrition Pro ini.

Apakah Dia Whey Protein?

Whey products for body building


Buat mereka yang mungkin pertama kali mahu babitkan diri dalam bina badan, atau mahu mendapatkan tubuh sasa lagi sado, pasti tertanya-tanya apakah dia WHEY PROTEIN yang sering dijadikan makanan tambahan untuk membina otot tubuh.

Secara ringkasnya, bahan ini adalah jenis protein yang sangat mudah diserap oleh tubuh. Ia mengandungi asid amino sangat tinggi yang paling cepat diserap dan digunakan untuk pembinaan otot. Itulah sebab kebanyakan jenama produk supplement terkenal dunia untuk bina badan memasukkan bahan whey protein ini sebagai bahan utama.

Whey adalah merupakan serbuk protein yang terhasil dari pengasingan kandungan keju. Ia sebenarnya adalah hasil sampingan dari pembuatan keju. Apabila diasingkan daripada kandungan keju, sisa yang melalui proses penulenan dan pengeringan yang akhirnya menjadi serbuk atau disebut sebagai whey protein.
  

Banyak kajian yang menunjukkan bahawa protein jenis ini membantu dalam menambahkan tenaga (untuk atlit), memperkuatkan otot dan mengurangkan lemak badan. Malah, ia bukan sekadar protein, ia ada kandungan garam galian serta vitamin lain yang sangat bagus untuk kesihatan tubuh.

Institut Protein Whey mengelarnya sebagai “piawaian emas” kerana ianya membantu atlet untuk mendapatkan jisim badan tanpa lemak serta fizikal yang mantap.

Aha .. itulah sebabnya produk-produk berasaskan protein ini menjadi makanan tambahan atau supplement utama untuk atlit dan mereka yang mahukan otot badan yang terbaik.

Produk Whey Protein Harga Murah?

Kebanyakkan produk supplement yang mengandungi protein ini memang dijual dengan harga yang mahal. Pun begitu, di kedai Nutrition Pro, anda boleh mendapatkan pelbagai jenama yang menjual produk whey protein pada harga mampu milik, malah lebih murah dibandingkan dengan kedai lain terutama yang tersenarai sebagai Malaysia supplement store.

Pelbagai jenama produk Whey Protein di Nutrition Pro
Kedai Nutrition Pro telah menjadi antara pilihan ramai kaki gim untuk mendapatkan produk-produk bina badan dan otot ini, disebabkan produk dijual dengan harga yang tidak membebankan.

Kedai Nutrition Pro bukan menjual produk whey protein yang biasa-biasa, tetapi kebanyakkannya adalah produk supplement terbaik dari pelbagai jenama antarabangsa. Disebabkan kedai ini merupakan pengedar kepada produk bina badan, jadi anda boleh dapatkan harga produk jenama terkenal pada harga yang jauh lebih murah.

Status Halal Produk

Saya fikir ini mungkin satu isu buat mereka yang mementingkan ke'halal'an sesuatu produk, apatah lagi bila asal produk itu adalah dari negara luar. Mungkin akan ada yang sangsi mengenai status halal produk whey protein ini.

Jadi, buat mereka yang rasa ragu, anda patut tahu bahawa kebanyakkan produk whey protein kini adalah dari sumber bukan haiwan. Hampir kesemua jenama terkenal menggunakan sumber whey protein daripada tumbuhan, yang lebih baik malah mampu memberikan kesan optimum dalam pembentukan otot tubuh.

Nutrition Pro - Kedai Jual Supplement Murah Untuk Bina Badan
Di kedai Nutrition Pro, yang telah dilabel sebagai kedai jual supplement whey protein yang murah .. anda tak perlu rasa was-was kerana mereka menitik-beratkan soal status halal ini. Mereka sentiasa berhati-hati untuk memastikan produk yang dijual sesuai untuk semua, terutama untuk kaki gim yang mencari produk halal untuk supplement bina otot.

Malah, andai ada produk yang menggunakan sumber whey protein daripada haiwan, ia akan dipastikan telah mempunyai sijil halal terutama pada peringkat pengilangan.

Masih mushkil, boleh sahaja dapatkan konsultansi percuma di Nutrition Pro.

Okey.

Mungkin ada yang nak tahu, apakah makanan terbaik untuk membina otot badan selain mengambil supplement berasaskan whey protein ini. Jadi, saya kongsikan 8 makanan penting untuk diet bagi mereka yang ingin menjadi sasa dan sado ..

9 Makanan Penting Untuk Diet Membina Otot Badan

Senarai Makanan Penting Untuk Diet Membina Otot Badan
Jadi, apa makanan yang sesuai untuk mereka yang ingin membina otot kental?

  1. Putih Telur 
    • Ada sebab mengapa hampir semua ahli bina badan di dunia mengamalkan pengambilan putih telur dalam diet mereka. Tanyalah mana-mana mereka yang mempunyai otot kental, mesti telur menjadi diet harian. Dengan protein kepada nisbah lemak 60:1, putih telur adalah salah satu bentuk protein untuk membina otot terbaik di dunia.
  2. Ayam
    • Untuk membina otot yang besar dan padat, daging tanpa lemak seperti ayam dan dada ayam belanda harus menjadi keutamaan dalam diet setiap orang yang mahukan tubuh berotot. Selain daripada menyediakan sumber protein berkualiti tinggi yang bagus, ia juga rendah kandungan lemak tepu dan trans.
  3. Ikan 
    • Ikan mengandungi banyak asid lemak yang berguna untuk otot. Omega-3 yang terdapat dalam ikan juga dapat membantu menyokong proses pembinaan otot.
    • Ikan laut dalam seperti salmon, tuna, trout dan sardin adalah sumber terbaik protein dan lemak yang sihat. Jadi, jangan abaikan ikan dalam diet untuk membina otot-otot tubuh.
  4. Kekacang
    • Jika anda serius tentang membina otot, anda tidak boleh mengabaikan kehebatan makanan berasaskan kekacang. Apabila orang biasanya berfikir makanan bina badan, mereka segera merujuk kepada pelbagai daging tanpa lemak, tetapi apa yang mereka tidak sedar bahawa kacang adalah sumber protein dan serat yang lazat dan amat berkhasiat.
    • Serat adalah penting untuk mengekalkan pergerakan usus biasa yang normal dan sihat serta tindak balas insulin yang betul - adalah kritikal untuk pertumbuhan otot sebagai bantuan dalam penyerapan dan penggunaan pelbagai jenis nutrien dan makanan tambahan yang diambil oleh ahli bina badan.
  5. Daging Merah
    • Daging tanpa lemak kaya dengan protein, zat besi serta zink dan vitamin B. Daging merah mempunyai kalori yang tinggi bagi setiap nisbah hidangan, sangat bagus untuk mendapatkan lebih banyak protein.
    • Walau bagaimanapun, daging merah mempunyai kandungan lemak tepu yang tinggi, jadi anda tidak perlu mengambilnya setiap hari. Daging merah dimasukkan sekadar untuk dijadikan diet mingguan bersama-sama ayam, ayam belanda dan ikan.
  6. Karbohidrat Glycemic
    • Otot tidak dibina dengan protein sahaja. Anda juga memerlukan sumber slow-burning carbohydrate untuk menjana dan mengekalkan otot anda seperti oat dan ubi keledek.
    • Apabila anda bersenam, otot glikogen (karbohidrat yang disimpan dalam otot anda) menjadi sumber utama bahan bakar tubuh. Jika tahap glikogen berkurangan dalam latihan yang keras, intensiti anda mula berkurangan dan akan mengakibatkan kemerosotan otot.
  7. Air
    • Ahli bina badan disyorkan untuk minum 3 liter air sehari. Ini dapat membantu proses membina otot yang baik selain membantu dalam pembakaran lemak tepu.
  8. Sayur-sayuran
    • Diet atau makanan yang sangat penting untuk bina otot kental. Jangan sesekali dilupakan untuk mengambil sayur-sayuran kerana di dalam sayur-sayuran atau tumbuhan hijau ini mengandungi banyak zat-zat serta vitamin yang penting untuk keperluan badan.

Okey. Dah banyak hadam mengenai jenis-jenis makanan untuk mendapatkan otot kental? Dah tahu serba-sedikit mengenai protein untuk pembinaan otot? Dan tahu pasal serbuk protein atau whey protein?

Dan anda juga dah tahu, walaupun ada banyak sumber protein yang boleh kita dapatkan secara alami atau pemakanan diet seharian, tubuh yang mahukan otot sasa tidak cukup dengan pengambilan biasa ini.

Itulah sebabnya Nutrition Pro menyediakan pelbagai produk makanan tambahan atau supplement untuk mereka yang mahu membina otot lebih cepat dan selamat. Nutrition Pro menawarkan harga paling murah yang boleh didapati di pasaran untuk produk-produk berasaskan whey protein yang dipercayai membantu para atlit dan kaki gim mendapatkan tubuh sasa lagi sado yang diidamkan

Supplement Rumusan Terbaik Untuk Bina Otot

Kedai jual produk whey protein murah di Malaysia
Produk supplement untuk bina badan ini telah dirumus dengan teknologi terkini untuk memberikan kesan paling maksima dalam tempoh yang lebih singkat jika dibandingkan dengan diet seharian untuk bina badan.

Jika anda mengambil makanan alami untuk mendapatkan otot kental, ia mungkin mengambil masa yang lama. Dengan adanya supplement untuk membina tubuh badan ini, in sha Allah, prosesnya akan jadi lebih cepat selain mudah untuk diambil. Kesannya yang singkat dan ketara pasti akan menggembirakan anda.

Bahan-bahan yang terkandung di dalam supplement ini berfungsi untuk memaksimakan potensi badan, sebagai contoh protein yang tinggi akan meningkatkan metabolisma badan dan dapat membakar lemak lebih cepat. Selain itu, kandungan protein yang tinggi berfungsi sebagai bahan asas untuk pembinaan sel otot baru.

Bahan-bahan dalam supplement protein ini turut diformulasikan untuk meningkatkan kadar sintesis sel otot. Ia juga ada bahan dinamakan BCAA yang akan mempercepatkan proses recovery otot yang menjadi lemah. In Sha Allah, andai sakit atau lenguh-lenguh selepas bersukan atau ke gim akan jadi cepat hilang dan kemudiannya boleh meneruskan aktiviti keesokan harinya tanpa sebarang masalah.

Awas Produk Tiruan

Memandangkan produk-produk whey protein dan produk bina badan ini, harga asalnya agak mahal .. maka memang berlaku di dalam pasaran, ada yang menjual produk yang tidak berkualiti. Malah, ada yang menjual produk jenama tiruan yang sememangnya sangat bahaya kepada penggunanya.

Jadi, untuk memastikan anda tidak terbeli atau mendapatkan produk tiruan ini, maka dapatkan produk supplement bina badan daripada kedai yang sah seperti Nutrition Pro. Anda bukan sekadar mendapat produk berkuliati terbaik, terjamin halal dan original, tetapi juga harganya yang lebih murah dan berpatutan.

Nutrition Pro - Kedai Pembekal Supplement Dipercayai Untuk Bina Badan

Nutrition Pro - Kedai Pembekal Supplement Dipercayai Untuk Bina Badan
Cawangan utama kedai ini adalah di Kepong, Selangor. Nutrition Pro adalah pembekal makanan tambahan yang dipercayai dan diyakini selain mempunyai pelbagai jenis pilihan produk terbaik untuk mereka yang aktif bersukan, suka ke gimnasium dan mahukan tubuh sasa berotot kental.

Nutrition Pro mempunyai beberapa cawangan lain di seluruh Malaysia.

Jadi untuk mengetahui maklumat lanjut mengenai cawangan Nutrition Pro berdekatan selain mendapatkan harga promo produk hot yang sedang dijalankan, anda boleh ikuti mereka di sini:
Facebook - www.facebook.com/nutritionspro
Web rasmi/jualan online - www.nutritionpro.com.my
Telefon/WhatsApp - +6010-2112430
FB Messengger - m.me/322101201176983

Siapa Patut Pergi ke Nutrition Pro?

  • Anda yang terlalu kurus, tapi berkeinginan untuk besarkan badan supaya nampak lebih kuat, bertenaga, sado lagi sasa dan kelihatan kacak.
  • Anda yang ada masalah kegemukan, dan berkeinginan untuk kuruskan badan dan ingin tukarkan lemak menjadi otot-otot kental.
  • Anda yang aktif bersukan seperti berbasikal, bermain bola, ragbi dan lain-lain. Nutrition Pro ada pelbagai produk kesihatan untuk bantu tambahkan tenaga, stamina dan produk high recovery rate untuk kembalikan kecergasan secara pantas.
  • Anda yang terlalu pasif dan sukar untuk mula bersenam. Nutrition Pro ada penyelesaian yang Anda yang berkeinginan untuk membina badan sama ada secara suka-suka ataupun secara profesional. Kesemua produk terutama produk whey protein tinggi diperlukan ada disini.

Baucer Tunai RM20 Terhad

Muscle Metabolix
Untuk tempoh terhad dan bagi pembaca blog ini, anda boleh gunakan baucer tunai bernilai RM20 di atas untuk pembelian apa-apa produk dari Muscle Metabolix. Anda boleh gunakan baucer di atas di mana-mana cawangan Nutrition Pro. Hanya tunjukkan entri ini kepada staff di kedai tersebut semasa pembelian.

Cepat tebus ya, sebab baucer tunai ini adalah terhad. Jangan lepaskan peluang ini.

1 Comments

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. Jika nak guna protein yg ada Jakim Halal boleh guna brand ni Vital Whey atau Vital Mass dari Pharmanutri.

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Previous Post Next Post

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement