Lokasi gerainya tepi jalan, iaitu jalan menghala ke Maran. Jalan lama. Orang-orang kampung jer biasa lalu jalan ni. Orang Temerloh, orang dari Maran, orang dari Jengka memang akan melalui jalan ini. Gerai Hogoh De Coco tak jauh dari Hospital Temerloh. Sebaik sahaja melalui jalan ke Hospital Temerloh tu, anda beleh nampak poster-poster cun yang bagi direction ke gerai ni. Memang kreatif!
Rahsia Bisnes Air Kelapa 'Hogoh De Coco'
Siapa kata berniaga air balang, buat bisnes jual air tak boleh laku keras? Persaingan dalam bisnes memang ada, dalam apa jua bisnes pun termasuklah bisnes jual air seperti jual air kelapa yang Pn. Ain usahakan.Orang yang benar percaya dengan pintu rezeki yang Allah S.W.T sediakan tak mudah putus asa. Kena sentiasa berusaha serta mencari cara serta teknik bagi melariskan jualan.
Pn. Ain antara usahawan kecil yang berfikiran positif. Walaupun cuma menjual air kelapa dan aiskrim kelapa tepi jalan, Pn. Ain tak henti-henti meningkatkan ilmu bisnes. Hanya dengan ilmu yang dipraktikkan dengan betul, barulah kejayaan dapat dicapai.
Nak tahu rahsia kejayaan bisnes air 'Hogoh De Coco' tak?
1. Nama Jenama 'Hogoh De Coco'
Branding. Penjenamaan. Kalau nak berjaya dalam bisnes, kena ada nama yang unik! Orang lain guna coconut shake, Pn. Ain guna 'hogoh'. Lain daripada yang lain. Ianya loghat Pahang bermaksud gegar. Coco tu kelapa. Hogoh De Coco, satu nama yang unik dan catchy. Menerusi penjenamaan air kelapa yang dijual dengan nama yang unik, Pn. Ain berjaya menarik perhatian orang, terutama di kawasan sasarannya iaitu Temerloh.
2. Warna Hijau Menjadi Warna Tema
Pn. Ain gunakan warna hijau iaitu warna kelapa. Warna ini digunakan pada kerusi, gerai, bunting dan juga banner, semuanya hijau. Ia memudahkan orang untuk kenal. Satu warna, sesuai dengan apa yang dijual, dan lebih catchy bila ada jenama sendiri.3. Guna Sticker Logo
Logo memang main peranan dalam penjenamaan. Logonya dijadikan sticker pada setiap bekas airnya. Walupun bekas air itu sama sahaja dengan orang yang jual air di pasar malam atau pekan sehari, tetapi bila dah ditampal sticker logo Hogoh De Coco, ia nampak unik serta eksklusif. Cara ini sekaligus menaikkan brand Hogoh De Coco.4. Menu Unik
Menu utama ialah air kelapa yang fresh. Aiskrim pula dalam buah kelapa! Aha .. ini memamg unik. Susah nak cari aiskrim yang dihidang dalam buah kelapa ni. Dah macam hidangan dalam hotel mewah kat luar negara pula. Mungkin ada yang jual aiskrim dalam tempurung kelapa, tetapi Pn. Ain jadikan menunya unik dengan buat aiskrim dalam buah kelapa. Memang rare.Nak tambah unik, ada Jus Alpukat yang dicampur bersama air kelapa fresh tadi. Sememangnya menu yang unik, membuatkan ada yang tertarik untuk mencubanya.
5. Kualiti
Sesetengah peniaga yang jual air kelapa, mereka akan bancuh air kelapa ni dalam tong air. Tapi, gerai Pn. Air tak buat cara ni. Bila customer sampai, dan order .. barulah air kelapa tu akan disediakan. Jadinya, air kelapa memang fresh. Manakala, buah kelapa yang digunakan adalah dari yang jenis kecil sebab rasa airnya lebih sedap. Kerana kualiti yang dijaga ini membuatkan ramai orang suka dengan Hogoh De Coco.6. Harga
Dari segi harga, ia mungkin agak mahal pada pendapat sesetengah orang. Malah, air kelapa Hogoh De Coco lebih mahal harganya jika dibandingkan dengan apa yang dijual di pasar malam, tetapi berpadananlah dengan cara air kelapanya disediakan. Kualiti macam kat hotel bertaraf bintang tu, tapi boleh dibeli di tepi jalan.Orang sanggup bayar kerana kualiti, kerana jenama. Orang percaya pada jenama.
7. Pandu Lalu (Drive Through)
Plan bisnes yang berjaya untuk Hogoh De Coco. Aha .. jual air kelapa dengan konsep drive through, tak perlu turun kereta, boleh terus order. ... dah siap! Hanya perlu ikut turn. Itu sebab banyak kereta tepi jalan yang berderet beratur ke kedai Pn. Ain. Memang rare, ia jadi fenomena kat situ, lalu menimbulkan satu reaksi ingin tahu buat mereka yang lain.8. FB Ads
Siapa yang belajar mengenai FB Ads, rugi tak praktikkan ilmu ini. Tak kiralah jual apa pun, termasuk jual benda simple macam air kelapa. Zaman sekarang, zaman teknologi. Jadi, gunakan teknologi dan teknik pemasaran terkini untuk perkenalkan brand.
[Dah Baca?] 5 Projek Raya Masyuk Untuk Tambah Pendapatan Di Bulan Ramadan
Bila tarik orang datang ke gerai, Pn. Ain fokus pada geografi. Tarik orang datang mengggunakan keunikan, gunakan sosial proof, gambar menu dan gambar pelanggan yang singgah ke gerainya.
Pn. Ain gunakan FB Ads, untuk tarik orang datang. Gambar-gambar yang diambil dengan DSLR dijadikan 'modal' menarik orang untuk lihat jenama Hogoh De Coco di FB page. Guna kamera mahal supaya gambar semuanya cun-cun.
[Dah Baca?] Ketahui Cara Nak Buat Iklan FB Ads Terbaik
Inilah rahsia Pn. Ain yang menjadikan air kelapa dan aiskrim kelapa sebagai bisnes menguntungkan. Dengan cara pemasaran yang betul, menggunakan teknik pengiklanan yang khusus, jenama Hogoh De Coco bukan setakat dikenali di Temerloh, tetapi dah tular ke serata Malaysia.
Sumber: Blog Sifu FB Ads
bagus la teknik pemasaran puan tu air hogoh nama pun unik
ReplyDeleteSiapa yang buat bisnes jual air patut tiruvasi apa yang dibuat oleh Hogoh de Coco ni.
DeleteTengok gambar pun dah terliur dah.. Pandai Hogoh de Coco buat USP yang membuatkan air kelapa ni lain daripada yang lain
DeletePost a Comment
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.