Gedung Ikea Batu Kawan, yang terletak berdekatan dengan Design Village, Bandar Casia telah memulakan operasinya pada 14 Mac 2019. Ia telah menarik ribuan pengunjung terutama dari penduduk sebelah utara Semenanjung Malaysia.
Window Shopping Untuk Raya di IKEA Batu Kawan, Penang
Ikea Batu Kawan adalah cawangan pertama IKEA di utara Semenanjung. Lokasinya yang strategik berdekatan dengan Jambatan Kedua Pulau Pinang dan juga Lebuhraya PLUS telah menarik perhatian orang ramai dari Perlis, Kedah, Perak dan semestinya Pulau Pinang.Saya dan keluarga berkesempatan untuk datang window shopping Raya di sini. Kami tak datang pada hari perasmian disebabkan kami tahu, ia pasti akan haru-biru walaupun ada terima jemputan rasmi menerusi email untuk hadir.
Kami ambil peluang untuk pergi di waktu lain, yang kami harapkan tak ramai orang akan ke Ikea ini.
Tapi, itulah ... baru dua minggu (semasa kami pergi) dibuka, orang ramai masih lagi berpusu-pusu ke Ikea Batu Kawan. Memang ramai sampai parkir kenderaan banyak yang penuh.
Saya pergi waktu petang, iaitu selepas habis waktu pejabat.
Bajet Tak Ada Lagi Untuk Shopping di IKEA
Bukan nak shopping sangat pun, cuma sekadar melihat apa yang menarik yang ada di Ikea Batu Kawan, maklumlah baru sahaja dibuka, mesti ada tawaran harga menarik disediakan ... lagi-lagi dah dekat dengan bulan Ramadan dan Syawal.Tidak dinafikan, gedung Ikea mempunyai banyak pilihan cantik, menarik dan elegan untuk pilihan perabot kediaman. Kalau orang berduit ni, mesti banyak produk Ikea yang akan diborong.
Memandangkan kami tak sediakan apa-apa bajet untuk beli apa-apa perabot di Ikea, hatta produk murah, semurah RM10 .. kami cuma buat window shopping sahaja. Manalah tahu .. kot-kot kami tiba-tiba ada bajet untuk perabot baharu sempena Raya tahun ini.
Hmm .. gedung Ikea Batu Kawan agak besar juga.
Info Fakta Hangat Ikea Batu Kawan
Ikea Batu Kawan mempunyai keluasan 470,146 kaki persegi dengan menyediakan 49 bilik pameran ala Sweden yang menarik. Selain itu, Ikea Batu Kawan menempatkan 1,955 tempat parkir kenderaan, selain kemudahan bas ulang alik percuma antara Design Village yang terletak tidak berapa jauh dengan lokasi gedung.
Perkhidmatan bas percuma itu disediakan dari jam 11 pagi hingga 9 malam setiap hari. Malah, ada parkir khas untuk bas disediakan buat pengunjung yang datang dari jauh dengan bas sewaan khas atau bas persiaran.
[Dah Baca?] Shopping Awal Raya di Design Village, Penang
Saya dan keluarga habiskan masa lebih kurang dua jam juga di dalam gedung Ikea ini. Berkesempatan tunaikan sholat maghrib di surau yang sempit sambil menanti peluang untuk makan malam di food court Ikea.
Tapi melihatkan barisan yang sangat panjang untuk order makanan, saya dan isteri ambil keputusan untuk ambil dan beli makanan ringan sahaja, iaitu pastinya yang paling popular Karipap Telur Ikea. Pun begitu, jenuh juga saya menunggu dengan perut yang lapar .. huhu.
Mungkin di lain masa, kami akan datang lagi ke Ikea. Manalah tahu, kot ada rezeki lebih boleh sambar beberapa benda di Ikea yang menarik. :)
syoknya :)
ReplyDeleteLagi syok kalau dapat perabot best kat IKEA Penang ni ..hahahaa
Deleteharitu tak dapat nak masuk pun..punya ramai orang.nak masuk kena beratur sampai keluar
ReplyDeletePost a Comment
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.