Huaaa... saya kena tinggal!! Isteri dan anak bongsu saya nuh terbang ke Vietnam. Saya tak pernah lagi ke Vietnam, rasa cemburu juga sebab isteri saya terbang ke Vietnam bersama Najmi. Sakan tu, sebab isteri saya excited nak tengok tudung dan telekung murah yang banyak dijual di Vietnam.

Vietnam dah memang dikenali sebagai lubuk untuk pelancong terutama dari Malaysia mendapatkan pelbagai jenis produk berasaskan tekstil. Pakaian, beg tangan, kasut, tudung dan telekung antara barangan tekstil yang banyak dijual dengan harga murah di Vietnam.

Shopping Telekung dan Tudung Cantik di Vietnam

shopping di vietnam
Isteri saya ke Vietnam mengikuti pakej percutian ke sana yang dikendalikan oleh sahabat sekolah rendahnya. Saya tak pasti berapa ramai yang pergi, tetapi rasanya kurang daripada 10 orang kot. Rata-rata yang pergi tu adalah set-set yang memang mencari produk tekstil murah di Vietnam.

Jadi, bila dah ke Vietnam dengan tujuan bershopping, maka tak adalah tempat lain ditujui melainkan tempat-tempat menjual pakaian, tudung serta telekung.

Guna Matawang Malaysia di Vietnam

Saya difahamkan peniaga di sana menggunakan matawang Ringgit Malaysia untuk berjual-beli, malah paparan harga turut dipamerkan dalam Ringgit Malaysia. Ia bagi memudahkan pelancong terutama dari Malaysia membeli-belah selain membuat tawar-menawar harga.


Tambang Murah Air Asia ke Vietnam

Oh ya, isteri saya berpeluang pergi ke Vietnam disebabkan ada offer tambang murah dari Air Asia. Malah, isteri saya naik kapal terbang Air Asia dari Penang ke Kuala Lumpur sebelum berangkat dari Kuala Lumpur ke Ho Chi Minh, Vietnam.

Begitu juga dengan perjalanan pulang, semuanya menerusi penerbangan tambang murah Air Asia.

shopping di vietnam
shopping di vietnam


Agak memenatkan sebenarnya. Tetapi bila dah rasa teruja dan memang dah lama niat nak pergi, isteri saya gagahkan juga bersama Najmi. Alhamdulillah, Najmi tak ada masalah sepanjang penerbangan .. malah semasa isteri saya bershopping di Vietnam pun, Najmi ok sahaja.

Isteri bersama anak saya si Najmi pergi ke Vietnam selama 2 hari 3 malam.

Gambar Shopping Telekung Cantik Harga Murah di Vietnam

Menerusi whatsApp, isteri saya kongsikan banyak gambar-gambar telekung cantik-cantik yang dijual dengan harga berpatutan, malah ada telekung yang dicop dengan jenama terkenal di Malaysia dijual dengan harga jauh lebih murah berbanding di Malaysia.

Ni antara beberapa gambar telekung cantik dari Vietnam....

shopping di vietnam
shopping di vietnam


shopping di vietnam
shopping di vietnam
Pilihan memang banyak. Rambang mata, kata isteri saya. Persaingan peniaga di sana juga amat tinggi, jadi kalau boleh .. apa yang kita tanya, mereka mahu kita beli. Jadi, kena berhati-hati memilih kedai yang menjual telekung dan tudung ni.

Ada waktu, menurut isteri saya .. mereka seolah-olah memaksa kita untuk membeli apa yang mereka tawarkan. Memang seboleh-bolehnya mereka mahu kita beli walaupun niat kita cuma nak dapatkan harga tawaran terbaik sahaja.

[Dah Baca?] Bisnes Tudung - RM15 Ribu Untung Jual Tudung Tanpa Kedai

Wifi Percuma Untuk Mudahkan Pelanggan

Apa yang best shopping di Vietnam ini ialah, setiap kedai ada servis wifi percuma. Bukan setakat percuma, kelajuan internet juga memang sangat baik. Jadi, semasa di Vietnam, isteri saya tak perlu beli telco prepaid untuk berhubung, cukup dengan menggunakan wifi percuma untuk perhubungan menerusi aplikasi WhatsApp.

Saya fikir itulah caranya bagaimana nak memborong barang seperti telekung dan tudung selain pakaian di Vietnam. Hanya dengan menerusi Whatsapp, pelanggan di Vietnam boleh berhubung dengan pembeli di Malaysia untuk pilih kain, pilih tudung, pilih telekung cantik-cantik yang kemudiannya diterbangkan atau dipos terus dari Vietnam.

Beg Murah di Vietnam

Bukan setakat telekung dan tudung, produk lain pun banyak dijual dengan harga murah di Vietnam ni.

shopping di vietnam
Hmm .. patutlah ada usahawan tudung yang buat duit dan untung besar dengan bisnes tudung ni. Siap boleh terus buatkan sulaman nama jenama sendiri di tudung dan buat packaging .. fuh.

Yelah, borong di Vietnam harga murah, lepas tu jual di Malaysia dengan harga yang menguntungkan. Malah, boleh terus minta peniaga di Vietnam buat sulam nama jenama tudung kita sendiri.

Buat Baju Kurung Sehari Siap Tempahan di Vietnam

Nak tahu? Isteri saya sempat buat baju kurung anak saya di Vietnam. Tempahan siap dalam masa sehari je !!! Memang hebat dan kagum dibuatnya. Hmm nasib baik isteri saya dah buat measurement siap-siap baju kurung anak saya si Maira sebelum terbang ke Vietnam. Jadi, dah mudahkan proses nak buat tempahan di sana.

Selain dapat buat tempahan baju kurung, isteri saya dengan bajet yang ada, dapatlah beli sebuah beg baharu (backpack), dan beberapa helai baju t-shirt. Dan pastinya beberapa helai telekung dan tudung cantik-cantik.

shopping di vietnam
Isteri dan rombongannya memang seronok dapat ke sana, bershopping sakan mendapatkan harga murah untuk telekung, tudung dan baju-baju cantik. Malah, ada yang beli kasut, beg sekolah, beg tangan dan kain di sana.

 
Benda dah dijual murah .. siapa tak nak memborong ye tak?

Rasanya, isteri saya mungkin akan ke sana lagi ... tapi tidaklah dalam tempoh terdekat. Dah alang-alang mempunyai passport antarabangsa, baik digunakan sebaiknya supaya berbaloi.

In Sha Allah, saya akan tambah cerita lagi mengenai shopping di Vietnam ni. Saya akan kongsikan beberapa tips yang isteri saya gunakan semasa bercuti dan bershopping di sana. :)

3 Comments

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. Mmg murah, saya jual juga brgan Vietnam ni, tp dh mask kos pos, kos lelain. Sb tak berani amek byk bw ke msia. Dh ada pengalaman brg di tgn di kastam klia

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la yang berlaku kat salah seorang dari derang ni. Beli banyak2 ... sampai kena tahan jap kat kastam. Sib baik la leh lepas dengan beri alasan tertentu.

      Delete
  2. kain cotton jenis ape yg elok kat vietnam?

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Previous Post Next Post

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement