Alhamdulillah, baru tadi menerusi laman Facebook rasmi dan laman web Tabung Haji, kadar Hibah untuk tahun kewangan 2018 telah diumumkan. Untuk tahun kewangan berakhir 2018, kadar Hibah yang bakal diterima oleh para pendeposit Tabung Haji (TH) adalah sebanyak 1.25%.
Hibah Tabung Haji 1.25 Peratus Untuk 2018
Kadar Hibah 1.25% adalah kadar hibah terendah pernah dicatatkan sejak tahun 2006. Jika anda seorang pendeposit tegar TH tentu sedia maklum, sejak tahun 2006 .. kadar hibah TH sentiasa lebih daripada 4.0% dengan kadar tertinggi dicatatkan sejak 2012 (beserta bonus) iaitu melebihi 5%.Memang satu berita yang agak mengecewakan bagi para pendeposit TH, terutama sekali mereka yang mempunyai simpanan yang tinggi dalam badan yang menguruskan urusan pemergiaan para jemaah ke tanah suci menunaikan ibadah haji.
Cara Kira Hibah 2018
Di bawah ini adalah cara kira Hibah TH untuk tahun 2018.Pengumuman TH untuk hibah tahunan bagi tahun 2018 sebanyak 1.25% ini membabitkan agihan sebanyak RM913 juta. Demikian menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Mujahid Yusof pada majlis taklimat prestasi TH di Putrajaya, petang Jumaat 5 April 2019.
Pada tahun 2018, TH mengumumkan hibah 4.5 peratus kepada pendeposit, dan tambahan hibah haji 1.75 peratus pendeposit yang belum menunaikan haji bagi tahun 2017.
Walaupun hibah agak tinggi pada tahun 2017, ia juga telah menimbulkan satu isu berkaitan cara ianya dikira dan dibayar kepada para pendeposit. Ramai pendeposit seolah 'memberontak'. Akhirnya isu itu dapat diselesaikan dengan baik selepas kenyataan dibuat oleh pihak TH.
Kadar hibah TH tahun 2018 juga tidak terlepas daripada isu dan menarik kemarahan ramai para pendeposit.
Yelah .. 1.25% je kot, pastilah mereka merasa tidak puas hati.
Kenyataan Akhbar Mengenai Kadar Hibah 2018
Di bawah ini adalah kenyataan akhbar mengenai pengumuman kadar hibah TH bagi tahun kewangan 2018.Untuk penerimaan hibah 2018, pendeposit boleh melihatnya di dalam akaun simpanan selewat-lewatnya pada 8 April 2019.
ingatkan tak dapat tahun ni sebab deficit sampai cecah billion. Kalau ikut akta tabung haji, tak boleh dapat dah
ReplyDeletePost a Comment
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.