Hari ini saya nak kongsikan sedikit tips mengenai bisnes dan perniagaan, khasnya untuk usahawan internet. Tips ini saya harap dapat membantu ramai rakan-rakan yang menjalankan perniagaan secara atas talian atau online. Al maklumlah, cabaran bisnes online atau bisnes internet ini semakin hari semakin mencabar kerana tingginya persaingan.

Buat mereka yang mungkin baru nak mula, maka elok sangat anda baca tips yang akan saya berikan ini. Ia adalah tips penting untuk memastikan cita-cita dan angan-angan besar anda untuk berniaga di internet akan terus segar bersama strategi yang betul untuk berjaya.

5 Tips Untuk Usahawan Internet

5 Tips Untuk Usahawan Internet
Untuk pengetahuan anda, tips ini meskipun dilihat mudah untuk dilakukan tapi ianya amat penting. Jadi tak boleh ambil acuh tak acuh. Ia perlu dibuat dan dipraktikkan.

Ramai usahawan internet yang nampak benda ni mudah nak dibuat, mereka biasanya akan bertangguh. Akhirnya, segala benda yang diimpikan, diangankan, dan cita-cita untuk berjaya di dalam perniagaan internet terkubur begitu sahaja.

Jangan sia-siakan bila semangat nak berniaga tu sedang marak menyala.


Berikut antara tips yang anda boleh amalkan untuk anda lebih berani memulakan perniagaan secara atas talian. Antaranya adalah:

1. Peka Perkembangan Teknologi Semasa

Tips Untuk Usahawan Internet
Nak berniaga di internet ni kena peka dengan perkembangan teknologi semasa dan terkini. Tak boleh ketinggalan. Jadi, kena pastikan ilmu berkaitan teknologi ini dipelajari dan diketahui dari semasa ke semasa, lebih-lebih lagi ilmu untuk pemasaran dan pengiklanan.

Orang guna Facebook ads, kita kena guna! Orang guna Google Adwords, kita pun kena guna! Whatssapp, Telegram ... kita pun kena ada. Orang buat group support, kita pun kena buat. Orang gunakan Instagram, maka kita pun perlu ada akaun Instagram untuk bisnes kita.

[Dah Baca?] Cara Nak Buat Iklan Terbaik Menerusi Facebook Ads

Apa sahaja yang ada kaitan dengan internet, maka kita kena ada. Come on, nama pun buat bisnes internet. Apa guna ada nama usahawan internet, andai teknologi semasa yang berhubung-kait dengan internet, anda non-hado.

2. Tidak Terlalu Bergantung HANYA Pada Satu Medium Pemasaran Internet

Tips menjadi peniaga online berjaya
Kena ingat, anda perlu bersaing dengan ribuan usahawan internet yang lain. Ada yang dah berpengalaman bertahun dalam bisnes online ini. Jadi, anda juga kena pastikan anda mampu untuk sama bersaing.

Maka, gunakan apa saja yang boleh bantu bisnes anda. Gunakan FB, gunakan Google, gunakan emel, forum, web/blog, Instagram dan lain-lain.


Tak tahu, sila belajar! Jangan putus-asa dan sentiasa pastikan diri punyai ilmu terkini berkaitan pemasaran internet.

3. Kumpul Database

Dapatkan data pelanggan atau prospek. Lihat sahaja Lazada, Shopee, Agoda, Trivago, Traveloka ... semuanya menggunakan tips ini bagi memastikan mereka sentiasa ada kelebihan. Mereka ada database pelanggan yang mereka kumpulkan dari pelbagai cara.

Cara yang sah!

Ya, dapatkan database pelanggan secara sah. Bukan main ambil sesuka hati tanpa pengetahuan pelanggan anda. Ada banyak kaedah dan cara untuk kumpul database pelanggan anda sendiri. Anda boleh kumpul dengan emel dan nombor telefon.


Ada cara sah untuk dilakukan, antaranya menggunakan Facebook dan juga Whatsapp. Gunakan segala teknik pemasaran yang berkaitan untuk dapatkan database pelanggan ini. Ia bakal membantu bisnes internet anda dengan sangat hebat. Percayalah!

Jadi, anda perlu dan kena cepat bertindak!

4. Bertindak Pantas Waktu Peluang Tiba

Ini antara rahsia jutawan-jutawan di internet! Mereka sentiasa bertindak pantas apabila nampak peluang menjelma. Mereka peka apa yang berlaku dalam dunia perniagaan internet.

Contohnya, apabila ada produk hot yang memiliki permintaan tinggi di pasaran, mereka cepat-cepat lancarkannya besar-besaran. Mereka buat promo gunakan tools marketing internet dengan sangat agresif.

5. Rangka Timeline Bisnes Internet 

Tips Untuk Usahawan Internet
Anda kena bijak buat perancangan. Ehemm .. tak bolehlah sekadar angan-angan, kena ada pelan tindakan. Buat rangka bisnes anda untuk tempoh 2 tahun, 5 tahun, 10 tahun atau 20 tahun. Biar jelas dan ada target.

Lepas tu, sediakan ‘backup plan’ jika bisnes anda hampir gagal dan sediakan plan seterusnya jika anda dah berjaya capai satu tahap yang baru. Penting! Ini supaya anda mampu bangun dan memastikan kelangsungan bisnes internet anda.

Biasanya, mereka yang ada pelan akan kekal dalam perniagaan internet ini.

Konsisten Berniaga di Internet

Para usahawan baru juga haruslah konsisten dalam menjalankan perniagaan. Buat anda yang akan menjalankan perniagaan pertama anda, satu perkara yang anda harus pegang adalah jadikan perniagaan pertama anda sebagai batu loncatan dan medium pembelajaran anda sebelum anda mengorak langkah untuk mengembangkan perniagaan anda.

Langkah pertama ini penting. Kalau berjaya, ia pastikan akan berikan semangat lebih. Jika gagal, samada tersungkur atau belajar sesuatu untuk pastikan akan berjaya kelak.



Saya ni bukanlah usahawan internet hebat. Tapi saya ada ramai kawan-kawan yang menjadi usahawan internet, malah ada di antaranya menjadi idola dalam komuniti peniaga online.

[Dah Baca?] Bagaimana Saya Bantu Usahawan Online di Malaysia?

Lihat sahaja betapa ramai blogger Malaysia yang dah menjadi usahawan hebat dan berjaya, hanya dengan melakukan bisnes online dan menjadi usahawan internet.


Semoga anda pun akan turut berjaya dalam bisnes ini. Harapan saya, tips-tips yang telah dikongsikan di atas akan bantu anda untuk menjadi usahawan internet yang diidamkan.

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Previous Post Next Post

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement