Berita gembira buat mereka yang layak menerima Bantuan Sara Hidup fasa kedua 2019. Bantuan Sara Hidup (BSH) 2019 fasa kedua dijangka akan dibayar kepada penerima yang layak mulai 28 Mei 2019.

Sebelum ini, kerajaan turut umumkan bayaran khas sempena Aidilfitri untuk kakitangan awam sebanyak RM450 bagi kakitangan awam gred 56 ke bawah dan RM225 untuk pesara kerajaan. Bayaran khas bantuan kewangan ini dibuat pada 24 Mei 2019.

Bayaran Bantuan Sara Hidup (BSH) 2019 Fasa Kedua

Bayaran Bantuan Sara Hidup II Dibayar 28 Mei
Berikut adalah kenyataan akhbar daripada Menteri Kewangan, Y.B Lim Guan Eng berkaitan pengumuman pembayaran Bantuan Sara Hidup 2019 fasa kedua yang akan dibayar ke akaun bank para penerima mulai 28 Mei 2019.

Kenyataan Rasmi Berkaitan BSH 2019

Bayaran Bantuan Sara Hidup II Dibayar 28 Mei
Seperti yang diumumkan dalam Ucapan Belanjawan 2019, Kerajaan telah meneruskan program Bantuan Sara Hidup (BSH) demi kesejahteraan ekonomi rakyat dengan membantu golongan berpendapatan rendah (B40) meringankan kos sara hidup mereka.

Bagi membuktikan keprihatinan Kerajaan Pakatan Harapan terhadap golongan B40 dan seterusnya memberi impak yang tinggi kepada rakyat, pembayaran BSH 2019 fasa kedua akan dilaksanakan mulai 28 Mei 2019 (Selasa) berdasarkan kategori BSH 2019 merangkumi bilangan anak tanggungan dan nilai BSH 2019 yang akan diterima.

Pembayaran fasa kedua ini akan melibatkan hampir 3.6 juta penerima BSH dengan anggaran peruntukan sebanyak RM1.42 Billion.

Kadar BSH yang akan diterima mengambil kira 3.23 juta anak penerima BSH berumur 18 tahun ke bawah kecuali anak OKU yang tidak dihadkan umur mereka. Pembayaran akan dikreditkan terus ke akaun bank masing-masing.

Bagi mereka yang tidak mempunyai akaun bank, pembukaan akaun bank pemohon secara automatik akan dilakukan oleh Bank Simpanan Nasional (BSN) berdasarkan persetujuan dan akuan pemohon yang terdapat pada borang permohonan BSH 2019.

Kementerian Kewangan ingin menegaskan bahawa BSH diberi kepada mereka yang benar-benar layak mengikut kategori pendapatan yang telah ditetapkan. Pada setiap tahun, Kementerian Kewangan melalui Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) akan membuat semakan permohonan BSH termasuk maklumat penerima sedia ada bagi memastikan maklumat yang dikemukakan oleh pemohon adalah tepat dan hanya yang layak sahaja akan menerima BSH.

Pelaksanaan proses verifikasi dibuat secara menyeluruh terutamanya dalam mengenal pasti pendapatan terkini pemohon dengan membuat semakan data bersama pelbagai agensi seperti:
  • Jabatan Pendaftaran Negara (JPN)
  • LHDNM
  • Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM)
  • Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)
  • Kumpulan Wang Amanah Pencen (KWAP)
  • Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)

dan lain-lain agensi yang berkaitan. Proses ini adalah proses biasa yang dijalankan oleh LHDNM setiap tahun.

Bagi memastikan program BSH 2019 disasarkan kepada mereka yang benar-benar layak, tempoh permohonan rayuan akan dibuka mulai 1 Julai 2019 hingga 15 Ogos 2019. Dengan adanya proses rayuan ini, sebahagian daripada yang tidak layak masih diberi ruang untuk mengemukakan rayuan berserta dokumen yang berkaitan untuk diverifikasi semula oleh LHDNM.

Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan lanjut, boleh menghubungi talian bebas tol 1-800-88-2747 serta e-mel kepada bsh@treasury.gov.my.

Sayangi Malaysiaku!

Lim Guan Eng
Kementerian Kewangan Malaysia
Putrajaya
24 Mei 2019

4 Comments

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Previous Post Next Post

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement