Hari tu dok tengok-tengok la apa yang ada dalam Shopee. Al maklumlah, Shopee ni memang lubuk online nak cari barangan harga terbaik. Memang selalu saya dok shopping kat Shopee ni sejak ia wujud. Laman web Lazada dengan 11Street dah lama saya tinggalkan. Macam melekat pulak kat Shopee ni. Ada saka kot .. haha.

Nak jadikan cerita, hari tu saya ada beli set beg tangan untuk mak saya. Beg tu memang murah gila .. harga tak sampai RM10. Set 4 in 1, ada dompet, sling, shoulder dengan dompet syilling. Bila sampai je order, saya tengok kualiti .. aduhhh .... rasa nyesal.

Beli Hadiah Hari Ibu - Beg UNISA dari Bag Station

Beg Unisa Bag Station, Shopee
Emak saya tak kisah pun. Dia suka je dapat 4 beg sekaligus. Tak banyak komplen, yelah .. hadiah dari anak, takkan nak komplen macam-macam kan. Cuma saya tak bagitahu la harga set tu cuma RM10.

Seller dari Malaysia. Memang pantaslah delivery. Tapi sayang, saya betul kecewa dengan kualiti.

Jadi, saya rasa bersalah sangat sebab bagi hadiah murah, beg kualiti rendah.

Bag Station Ada Banyak Beg Cantik Pilihan Wanita

Saya pun kembali masuk ke laman web Shopee, cari hadiah ganti. Nak cari beg tangan juga sebab beg tangan mak saya dah uzur sangat. Nak la tengok mak saya bergaya sikit, lagi-lagi nak raya nanti.

Masuk Shopee, jumpa Bag Station Official Store.

Banyak betul beg tangan untuk wanita yang cantik-cantik dan nampak menarik. Saya fikir tentu emak saya akan suka dapat hadiah beg tangan satu set lagi .. masa tu, saya tak terfikir pun pasal Hari Ibu. Memang jadi kebetulan la nak berikan hadiah beg tangan satu set lagi sempena Hari Ibu untuk emak saya.

Saya pun pilih beg UNISA Duo Two Way Sling Bag.

Saya tunjuk kat emak saya, nak pilih warna apa, dia pun pilih warna variasi grey. Tak banyak pilihan warna ketika itu, sebab ada sales, stok warna lain dah habis.

[Dah Baca?] Panduan Lengkap Berniaga di Shopee

Dapat Harga Diskaun

Voucher code Raya Shopee
Aha .. ada sales. Harga asal RM89.00. Saya dapatkan beg UNISA ni dengan harga RM33.00, campur kos penghantaran dan ditolak diskaun guna kupon, saya bayar RM36.39.

Sebenarnya, saya tak pasti pun kualiti beg tangan jenama UNISA yang saya beli di Bag Station Official Store kat Shopee ni. Yelah, saya kan ke lelaki, bukannya berpengalaman sangat nak beli benda-benda milik perempuan ni. Lagi-lagi jenama UNISA ni... haram tak pernah tau pun ..haha.

Bonia.... aha .. yang tu saya tahu.

Akhirnya beg tangan yang dipesan dari Shopee itu pun sampai. Elok je berbungkus, siap ada beg kain diberikan percuma yang membaluti dengan kemas.

Beg Unisa Bag Station, Shopee
Beg Unisa Bag Station, Shopee
Beg Unisa Bag Station, Shopee


Fuh. Saya puas hati bakkkk hanggg .. memang cantik beg tangan UNISA ni. Kalau saya dah cakap cantik, apatah lagi emak saya bila saya serahkan beg tangan ni ...senyummm lebar gitu.

Produk memang terbaekkklah. Kualiti sangat memuaskan. Kulit tebal, zip pun berfungsi dengan bagus.

Saya rasa, ia satu pemberian yang sangat sesuai dijadikan hadiah Hari Ibu untuk emak saya. Nak shopping di Shopee? Boleh klik SINI.

Seronok bila dapat hadiahkan sesuatu kepada yang tersayang ni... kan kan? :)

3 Comments

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. Mmg antara kualiti terbaik juga beg tangan ni walaupun tak popular macam jenama beg tangan lain...

    ReplyDelete
  2. wow sgt berbaloi la harga selepas promosi

    ReplyDelete
  3. Sya pun baru beli brand unisa ni purse dan handbag moga2 dapt bertahan setahun pun dah kira ok jugk😍😍😍

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Previous Post Next Post

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement