Persoalan, "raya ni ada bonus tak dari kerajaan?" menjadi antara topik hangat dibincangkan sebelum bermulanya Ramadan lagi. Al maklumlah, kos perbelanjaan sekarang semakin meningkat, dan nampak ketara apabila Ramadan dah bermula.
RM450 Bonus Aidilfitri 2019 Untuk Penjawat Awam
Alhamdulillah. Nampaknya ada wajah-wajah ceria di kalangan warga Pekhidmatan Awam. Setelah Tun M mengumumkan secara tidak rasmi tengahari tadi, keluar satu kenyataan rasmi dari Pebahat Perdana Menteri bertarikh 16 Mei.
Sah. Bonus atau Bantuan Khas Kewangan sebanyak RM450 akan diberikan kepada penjawat awam seluruh Malaysia sempena Aidilfitri 2019. Paling seronoknya ialah, kali ini bantuan kewangan ini akan diterima oleh lebih ramai kakitangan awam termasuklah pegawai kerajaan gred lebih tinggi.
Bayaran Bonus atau Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri 2019
Bonus atau Bantuan Khas Kewangan sebanyak RM450 akan diberikan sebelum Aidilfitri untuk kakitangan awam bermula dari gred 56 dan ke bawah. Ini menunjukkan pemberian bantuan Aidilfitri ini akan turut dinikmati oleh lebih ramai penjawat awam.Malah, pemberian bantuan kewangan atau bonus Aidilfitri ini turut akan diberikan kepada pesara kerajaan sebanyak RM225.
Bayaran akan dilakukan mulai 24 Mei 2019.
Sebelum ini, Tun Dr Mahathir Mohamad ada mengesahkan pemberian bonus Aidilfitri ketika ditemui media di Majlis Sambutan Hari Guru 2019 peringkat kebangsaan.
Selamat berpuasa
BalasPadamSelamat berpuasa juga buat bro .... ") buka puasa kat oversea ke ni?
PadamAlhamdulillah, ada juga rezeki sambut raya tahun ni
BalasPadamNasib baik kerajaan prihatin kepada masalah rakyat ...
PadamAlhamdulillah.
BalasPadamCatat Ulasan
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.