Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan (PPKM 2009) adalah satu peraturan di bawah akta induk iaitu Akta Makanan 1983 (Akta 281). Jadi, ia telah lama ada cuma ia kurang dikuat-kuasakan dengan ketat oleh pihak berwajib.
Peniaga Bazar Ramadan Perlu Patuh Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan Elak Dikenakan Kompaun dan Denda
Rasanya ramai juga yang tidak tahu mengenai larangan atau peraturan ini. Sebagai fakta hangat yang perlu diketahui, Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan (PPKM 2009) telah diwartakan pada 2 Februari 2009.
Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan (PPKM 2009)
Secara amnya PPKM 2009 telah digubal sejak tahun 1983 lagi berdasarkan beberapa garis panduan seperti Kod Amali Kebersihan Makanan 1974, The Codex general Principal of Food Hygiene, Regulation (EC) No. 852/2004 (hygiene of foodstuffs) dan regulation (EC) No. 853/2004 (hygiene rules for food of animal origin). Ia bukan peraturan yang baru nak dikuat-kuasa, tetapi memang sudah diaplikasikan.Peraturan ini merangkumi peraturan untuk secara spesifiknya:
- Memastikan premis makanan bersih dan memuaskan dari segi rekabentuk dan bangunan
- Memastikan pengendali makanan menjaga kebersihan diri
- Mengelakkan amalan oleh pengendali makanan yang boleh mencemarkan makanan
- Memastikan perkakas dan peralatan yang digunakan sesuai, bersih dan mudah dicuci
- Membantu, mengukuh dan menyeragamkan aktiviti penguatkuasaan kebersihan makanan di premis makanan termasuk yang dijalankan oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).
- Mewajibkan program jaminan keselamatan makanan seperti HACCP, GHP dan GMP.
Ok. Sekarang anda dah tahu bahawa peraturan berkaitan telah lama diwujudkan oleh pihak Kerajaan kan. Ia sebenarnya adalah salah satu usaha Kerajaan terutama pihak Kementerian Kesihatan untuk mengawal kebersihan premis makanan dan keselamatan makanan di negara ini. Tujuannya bagi melindungi kesihatan rakyat Malaysia.
Ia bukan satu peraturan semata ditujukan kepada peniaga di Bazar Ramadan, malah kepada semua mereka yang terbabit dalam servis berkaitan penyediaan makanan.
Penguatkuasaan di Bazar Ramadan
Penguatkuasaan PKMM 2009 di Bazar Ramadan seluruh Malaysia memang dibuat, dan pemantauan rapi dilakukan dari semasa ke semasa oleh Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan, Jabatan Kesihatan Negeri.Baru-baru ini, ada laporan peniaga di Bazar Ramadan di negeri Pulau Pinang telah dikenakan tindakan denda kerana gagal mematuhi peraturan berkaitan aspek pemakaian dan penjagaan kebersihan yang ditetapkan.
Untuk info, menerusi operasi yang telah dijalankan pada tahun lepas (2018), sebanyak 128 notis membabitkan nilai kompaun berjumlah RM18,200 telah dikeluarkan kepada peniaga yang gagal mematuhi syarat yang ditetapkan dalam Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan 2009 di Pulau Pinang.
Antara kesalahan yang sering ditemui adalah berkaitan kebersihan premis, pekerja tidak mendapat suntikan anti-tifoid dan masalah pakaian pengendali makanan.
Taklimat Berkenaan PKMM 2009 Kepada Peniaga Bazar Ramadan
Sebenarnya taklimat kepada peniaga Bazar Ramadan ada diberikan untuk memastikan mereka sentiasa patuh kepada peraturan PKMM 2009 ini. Biasanya, taklimat ini dibuat bersama dengan Pihak Berkuasa Tempatan ketika pemberian tapak sewa Bazar Ramadan diberikan kepada peniaga.Malah, mana-mana penganjur Bazar Ramadan turut dipanggil dan dikumpulkan untuk mengikuti taklimat yang disediakan berhubung pengendalian makanan dan penjagaan kebersihan. Jadi, soal peniaga yang tidak tahu mengenai PKMM 2009 ini sepatutnya tidak timbul.
Tanggungjawab Penganjur Tapak Bazar Ramadan dan Peniaga Peka PKMM 2009
Adalah menjadi tanggungjawab terutama pihak penganjur Bazar Ramadan memberi maklum mengenai peraturan ini yang telah lama dikuat-kuasakan, terutama sekali buat peniaga bazar yang baru pertama kali atau yang tidak pernah mengikuti mana-mana seminar atau kursus berkaitan penyediaan makanan.Buat peniaga Bazar Ramadan yang dah biasa, atau yang sebelum ini mempunyai kedai makan serta restoran dan pernah terbabit dalam industri penyediaan makanan (katering), mereka sebenarnya dah sedia maklum dan tahu berkaitan peraturan ini. Namun, kebanyakan peniaga ini mengambil sikap sambil lewa dengan mengabaikan peraturan.
Kerana sikap segelintir peniaga inilah, yang menyebabkan ada kes keracunan makanan disebabkan membeli makanan di Bazar Ramadan berlaku.
Seharusnya, setiap peniaga mengikut syarat dalam mengendalikan makanan kerana ia penting supaya pengguna mendapat sumber yang bersih dan sihat untuk dimakan.
masih ramai yg x mengikuti
ReplyDeleteTu la .. bila dah kena kompaun.. salahkan kerajaan cuba nak tutup rezeki. Aduhhhh.. nanti, kalau apa=apa jadi kat pelanggan disebabkan makanan yang kita juall lagi haru
Deleteharap makin ramai la tahu semua ni.. jgn pandang remeh
ReplyDeletePeniaga perlu peka dan mematuhi peraturan yang dikuatkuasakan.
ReplyDeleteKawan saya ada meniaga, walaupun bukan bazar tapi memang dia dulu ada kata, kalau meniaga barangan sedemikian memang kalau boleh tidak boleh di pakai.
ReplyDeleteBagus arahan ni untuk peniaga bazar ramadhan juga.
Tau-tau ajelah, kalau pakai cincin tu, kang ada yang duk celah bedah cincin hahahaha
hoho ni pun baru mama tau tq for sharing
ReplyDeletePost a Comment
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.