Tahun 2019, saya berkesempatan untuk bawa famili bercuti singkat ke negeri Melaka. Ketika itu, kami bermalam di Putrajaya, jadi percutian di Melaka tidak memerlukan kami menempah penginapan. Pergi pagi, petang kami pulang semula ke Putrajaya.
Percutian Singkat Sehari di Bumi Melaka Penuh Sejarah
Ada banyak aktiviti pelancongan boleh dilakukan di Melaka. Selain makan-makan, shopping dan melawat zoo serta muzium, salah satu aktiviti yang best untuk dibuat ialah menyusuri Sungai Melaka. Sungai Melaka agak panjang, dan ia dulunya menjadi nadi kehidupan penduduk negeri Melaka.Sungai Melaka menjadi laluan penting perdagangan dan aktiviti perniagaan sangat rancak di sepanjang tebing sungai ini sehinggalah ke Selat Melaka.
Cara Susuri Sungai Melaka
Terdapat dua cara untuk menyusuri Sungai Melaka ini.- Dengan berjalan kaki sepanjang tebing Sungai Melaka
- Dengan menaiki bot - Malacca River Cruise
Sepanjang Sungai Melaka memang banyak benda unik yang boleh anda temui, antaranya Restoran Melayu, Panggung Bangsawan, Kampung Morten, Rumah Melayu paling tua di Melaka dan banyak lagi.
[Dah Baca?] Percutian Bermain Air di Gold Coast International Melaka
Memandangkan kami kali terakhir menaiki bot Malacca River Cruise lebih 4 tahun dahulu, kami ambil keputusan untuk menyusuri Sungai Melaka dengan bot.
Sejarah Baik-Pulih Sungai Melaka
Kalau anda nak tahu, Sungai Melaka dulunya sangat kotor tidak seperti yang boleh anda nampak sekarang. Hasil usaha Kerajaan Negeri Melaka, masyarakat setempat dan badan NGO .. Sungai Melaka diperindahkan setelah dipulihkan.Kalau tak silap sayalah, projek pengindahan dan pemulihan Sungai Melaka telah dilaksanakan mulai tahun 2009. Projek tersebut dibahagikan kepada tiga fasa.
Fasa Pertama terbahagi kepada dua bahagian:
- Projek pembangunan kawasan dari Jambatan Hang Jebat ke Kampung Morten
- Pembangunan kawasan dari Jambatan Chan Koon Cheng ke Jambatan Tan Kim Seng di Jalan Laksamana.
Akhir sekali ialah Fasa Ketiga, projek pembinaan yang meliputi seksyen di sekitar pelabuhan lama dari Jambatan Tan Kim Seng berhadapan Plaza Stadthuys ke Flor De La Mar dan Jambatan Abdul Aziz berhampiran dengan muara Sungai Melaka.
[Dah Baca?] 6 Taman Tema Air Untuk Percutian Bajet
Pembinaan struktur ini telah mengubah ciri-ciri fizikal sungai, sehingga ia menjadi tarikan pelancongan.
Projek pemulihan sungai pula melibatkan penguatkuasaan polisi melarang pembuangan bahan sisa ke Sungai Melaka, sebaliknya air sisa kumbahan dialirkan ke dalam roji untuk rawatan sebelum dilepaskan ke Sungai Melaka. Proses pemulihan sungai ini juga bertujuan menggalakkan pertumbuhan semula pelbagai spesies tumbuhan sungai seperti pokok nipah dan berembang di sepanjang laluan pejalan kaki di seberang Kampung Mortem.
Saya tak pasti bagaimana rupa asal Sungai Melaka suatu waktu dahulu, tetapi daripada beberapa sahabat berasal dari Melaka, faktanya ialah, dulu Sungai Melaka agak luas berbanding sekarang. Keluasan sungai yang menjadi sempit mungkin disebabkan oleh aktiviti pembinaan struktur di tebing Sungai Melaka.
Kalau anda nak baca mengenai Sungai Melaka, boleh baca menerusi penulisan ini - Sungai Melaka sebagai suatu daya tarikan pelancongan baru di Negeri Melaka: Satu ulasan kritis
Ok.
17+ Gambar Percutian Menyusuri Sungai Melaka dengan Malacca River Cruise
Jom menikmati gambar percutian saya di Melaka bersama keluarga, menyusuri Sungai Melaka dengan perkhidmatan Malacca River Cruise yang kini diuruskan oleh Perbadanan Pembangunan Sungai & Pantai Melaka (PPSPM).Saya biarkan gambar bercerita, layan gambar menyusuri Sungai Melaka dengan Malacca River Cruise ini ye ...
Sepanjang menyusuri Sungai Melaka, boleh nampak beberapa tarikan antaranya lukisan Mural yang cantik dan unik. Binaan unik bangunan-bangunan yang sudah dimamah usia dan punyai sejarah tersendiri.
Bangunan Pejabat Polis juga agak unik sebab ada akses ke Sungai Melaka.
[Dah Baca?] Tips & Panduan Percutian di Hotel Mewah dengan Harga Murah
[Dah Baca?] Percutian Best di Pulau Perhentian Terengganu Selama 3 Hari 2 Malam!
Anda boleh buat tempahan servis menyusuri Sungai Melaka .. Malacca River Cruise secara online di SINI. Harga pula dari serendah RM10 untuk warga emas berusia 70 tahun ke atas, sehinggalah ke RM25 seorang dewasa.
Oh ya, di tebing Sungai Melaka banyak kedai makan menarik selain homestay dan hotel yang unik. Kalau anda bercadang nak menginap di Melaka dan mendapatkan harga hotel penginapan yang cukup murah, boleh gunakan panduan yang disediakan di link berikut - Panduan Hotel - Teknik Dapatkan Harga Penginapan Serendah RM1
Enjoy gambar-gambar percutian menyusuri Sungai Melaka ini tak? Like la sikit ye .. :)
ray suke naik river cruise waktu malam
ReplyDeleteBelum cuba lagi, in Sha Allah nanti kalau bercuti dan bermalam .. nak try.
DeleteTeringin sgt nak ke Melaka lg. Kali terakhir ke sana pd 1993. Lama kan?
ReplyDeleteMemang enjoy betul tengok gambo Tuan..Saya hrtu pergi Melaka naik kapal juga tapi macam tak dan nak amik gambar sebab panas satu hal, lagi satu macam jakun tengok keliling sampai lupa nak snap gambo lelawa macam ni....
ReplyDeletedah dua kali naik river cruise.. tapi tak berkesempatan naik waktu malam.. dengarnya lagi cantik waktu malam.. dua kali pergi haritu, waktu siang..
ReplyDeletePost a Comment
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.