Apabila ada yang mengundang saya untuk melakukan promosi bufet Ramadan mereka, saya akan lihat akan harga yang ditawarkan. Jika di bawah RM100 saya masih pertimbangkan untuk melakukannya. Dengan syarat, menu makanan yang ditawarkan tu berbaloi.
Elakkan Pembaziran - Buat Apa Makan Bufet Ramadan Sampai Cecah Ratusan Ringgit?
Tetapi, sejak akhir-akhir ini sudah ada rangkaian hotel terkemuka yang mengenakan harga bufet ramadan mencecah lebih RM200 satu kepala untuk dewasa, dan separuh harga iaitu RM100 untuk kanak-kanak.Uhh makan apakah sampai begitu mahal mencecah ratusan ringgit untuk bufet Ramadan? Makan nasi bersalut emas? Atau makan Rendang Ayam Kerisik Emas?
Come on la. Kalau orang yang ada akal waras, boleh sedar kot yang harga diletakkan untuk bufet Ramadan sampai ratusan ringgit tu memang gila. Lagi tak logik bila harga bufet makanan berbuka puasa untuk kanak-kanak juga dikenakan sampai ratusan ringgit.
Aduhai. Fikir logik la, berapa banyaklah anak kecil nak makan lauk-pauk, kuih-muih hidangan masa bufet berbuka puasa ni. Rasanya, tak sampai RM20-RM30.
Haru betul.
Makanan Bufet Ramadan Tak Habis, Nanti Dibuang Begitu Sahaja
Yang peliknya ialah, ada pula yang sanggup membayar sebegitu mahal, tetapi juadah yang masuk ke dalam perut tak seberapa. Malah, ada yang makan tak habis dan dibuang begitu sahaja.Wah wah wah .. tau la kaya raya pakai Lamborghini nak pergi berbuka puasa, tapi janganlah sampai makanan yang elok terbiar tak habis dimakan. Kalau makanan tu boleh bercakap, tentu dah kena maki dan caci.
Senyum syaitan dan iblis yang kena belenggu sebab kerja mereka dah diambil alih manusia yang tidak prihatin dan berlagak seperti ini.
Kat dunia ni, ramai insan-insan yang susah nak dapat makanan hatta sebutir nasi. Ini, pergi ke bufet Ramadan, bayar ratusan ringgit tetapi makanan yang diambil dibiarkan tak habis yang pastinya nanti akan dibuang ke dalam tong sampah.
Allahu. Membazir sungguh.
Dari Buang Duit Dengan Bufet, Baik Buat Amal Sedekah Kat Masjid
Daripada buang duit makan bufet Ramadan cecah ratusan ringgit tu, baik buat amal dengan bersedekah kat masjid, buat kenduri makan berbuka puasa di situ yang lebih afdal dan lebih baik di bulan ramadan ni.Saya dah lama tak buat promosi bufet ramadan. Kalau anda seorang pembaca setia blog saya, tentu sedar yang saya dah lama tak buat posting mempromosikan mana-mana tawaran bufet ramadan ni.
Apa yang saya katakan di atas adalah antara sebab-sebabnya. Tak tergamak saya nak mengajak orang untuk berbuka puasa dengan berbelanja sehingga ratusan ringgit untuk sebuah bufet ramadan. Apatah lagi, bila hidangan yang tersedia tak berbaloi dengan harga yang ditawarkan.
Agak-agaklah nak letak harga bufet ramadan ni. Takkan nak ganti tugas syaitan menghasut orang ramai untuk membazir?
Guna Akal Kalau Rasa Nak Berbuka Bufet Ramadan Kat Hotel
Orang ramai pula.... gunalah akal tu lebih sikit. Takkan la nak support harga makanan bufet ramadan yang cecah ratusan ringgit ni. Tak kiralah anda kaya jutawan pun .. tapi fikirkanlah bahawa duit yang sebanyak itu boleh berikan banyak kelegaan terhadap orang lain dari cuba memenuhi nafsu berbuka puasa di hotel terkemuka.Anda sedekahkan RM50 ke tabung masjid setiap malam adalah lebih bermakna dan lebih baik daripada membayar RM200 untuk makan Nasi Goreng Kambing Golek sepinggan.
Saya tak larang nak berbuka puasa di hotel dan nikmati juadah bufet ramadan ni, tapi kenalah pilih yang mana sesuai dengan bajet selain berbaloi dengan harga. Ada je restoran, hotel-hotel terkemuka menyediakan hidangan bufet ramadan di bawah RM50 satu kepala, dan percuma untuk kanak-kanak bawah 12 tahun.
Jangan diimarahkan semangat membazir dalam bulan mulia ni. Kita nak cari keberkatan, jadi makan dan berbukalah dengan cara untuk mendapat berkat dari Allah S.W.T. Tak gitu?
Ingat-ingatlah sikit mereka yang susah dan sukar nak dapatkan secarik roti dan sesuap nasi tu.
p.s: Gambar dalam post ini adalah sekadar hiasan.
Pada sy, ada benarnya apa yang sifu HH katakan. Sebab sy sendiri pun pikir benda yang sama. Saya selalu berbuka pun minum air sikit dah kenyang. Kalau pergi buffet ramadan tu, mmng bayar saja kot.
BalasPadamKat sini ada jugak ditawarkan. Dewasa rm28 seorang. Tu pun sy rasa mcm membazir. Hehe..baik masa je la apa yang boleh.
Tapi kalau buffet ramadan tu ada org belanja lain la kan. Pergi aje. Kikiki
Heheheh . ya ya . kalau orang belanja memang pergi.
Padamthn lps sy berbuka puasa di sebuah restoran terkemuka di Kota Bharu sebab boss bini yg belanja. Kalau sy nak guna duit sendiri sampai RM50 sekepala rasanya mungkin tidak. Dlm waktu yg singkat sambil terkejar2 nak solat Maghrib berapa byk la makanan yg mampu disuap ke dlm mulut?
BalasPadammahal kan, saya memang x pergi la kecuali undangan atau ada yang belanja
BalasPadamdiluar kemampuan serta membazir
Yer Tuan, dari pengalaman Saya pergi memenuhi undangan Buffet Ramadhan ni, memang rata-rata harga semua mahal, tapi yang pelik, full house. Dan pemerhatian Saya memang mereka suka ambil makanan then tak habis, di tinggal atas meja begitu sshaja, sangat membazir..
BalasPadamMoga tahun depan ada perubahan harga hendaknya dari pohak=pihak berkenaan ..
De yg murah de yg mahal. Dr pengalaman sy lah, yg berbuka dhotel/bufet mahal2 nie dr golongan berduit dan syarikat yg blnja pekerja serta family.
BalasPadamCuma yg sy xgemar adlh pembaziran mknn. Ambl bnyk tp xhbs.
Catat Ulasan
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.