Kedai yang menawarkan servis repair iPhone dan smartphone pelbagai jenama ini ialah iPro Ampang, Kuala Lumpur. IPro telah menjadi antara jenama dipercayai dalam menyediakan servis pembaikan smartphone terutama iPhone yang terbaik.
Kedai Repair iPhone Ampang KL Yang Terbaik, Tawarkan Servis Pantas & Murah
Tahun 2019, merupakan tahun kedua iPro Ampang KL beroperasi. Ia telah membantu ramai pemilik iPhone sekitar Ampang dan Kuala Lumpur dalam menyelesaikan masalah kerosakan pada iPhone mereka.Sejak dua tahun beroperasi, kedai repair iPhone iPro Ampang telah menyelesaikan bukan sahaja masalah kerosakan iPhone dan iPad, tetapi juga membantu pemilik smartphone jenama lain. Servis pembaikan membabitkan baik-pulih pada motherboard, pada skrin, pada bateri dan pelbagai lagi.
Dek kerana servis ditawarkan oleh iPro Ampang adalah antara paling pantas dan murah, ia telah menjadi pilihan utama untuk pemilik smartphone terutama iPhone menghantar telefon mereka yang bermasalah.
Kelebihan Kedai Repair iPhone IPro Ampang
Apa sahaja masalah serta kerosakan yang berlaku pada iPhone, iPro Ampang boleh selesaikan. Malah, ada jaminan selepas pembaikan dilakukan, menambahkan lagi keyakinan ramai pelanggan mereka untuk terus mendapatkan servis terbaik.Antara kelebihan iPro Ampang KL:
- Servis dilakukan dengan pantas dan cepat (kurang 15minit) bergantung dengan kerosakan iPhone
- Harga servis adalah murah dan berpatutan.
- Menggunakan alat ganti tulin dan bukan second-hand.
- Pembaikan dilakukan terus di depan pelanggan untuk kerosakan minor.
- Juruteknik terlatih dan berpengalaman dalam baik-pulih peranti iPhone serta iPad.
- Juga membaik-pulih smartphone lain seperti Oppo, Samsung, Vivo dan sebagainya.
- Staff peramah dan mesra pelanggan
Seperti cawangan iPro yang lain, iPro Ampang KL sentiasa mendapat review dan ulasan yang baik daripada para pelanggan mereka. Anda boleh baca di sini - Review iPro Ampang KL dari Customer
Teliti Dengan Kerja Pembaikan iPhone/iPad/Smartphone
Kerja pembaikan dilakukan dengan teliti supaya masalah tidak berulangan, malah setiap telefon yang telah dibaiki diuji dan dipastikan agar benar-benar tidak bermasalah sebelum diserahkan kepada pemiliknya.IPro mempunyai juruteknik berpengalaman dan mahir dalam selok-belok kerosakan yang biasa berlaku pada iPhone. Itulah sebab mengapa setiap masalah kerosakan yang dihadapi mampu diselesaikan dengan cepat, sepantas 10 hingga 15 minit. Tambahan lagi, kedai repair smartphone ini mempunyai alat-ganti yang tulen bagi memastikan peranti yang rosak boleh dibaiki dengan cepat.
Ada kedai lain yang tawarkan harga servis pembaikan yang murah, tetapi menggunakan alat ganti yang berkualiti rendah, malah mudah serta cepat rosak.
Banyak kes yang berlaku seperti ini, yang akhirnya diselesaikan secara pantas oleh kedai iPro Ampang ini. Kejujuran dan telus, membuatkan kedai repair iPhone ini semakin dikenali dan dipercayai.
Kehendak pelanggan diutamakan dan dijaga.
Pelanggan tak suka menunggu lama, apatah lagi membiarkan iPhone kesayangan mereka digodek sesuka hati. Para juruteknik di IPro akan sentiasa memastikan mereka melakukan servis yang terbaik di hadapan pelanggan, tanpa mengira tahap kesukaran.
Kerosakan Smartphone atau IPhone Dibaiki Pantas 15 Minit
Anda tentu nak tahu, kerosakan yang bagaimana boleh diselesaikan sepantas 15 minit oleh iPro Ampang KL ini?Kedai repair iPhone iPro Ampang KL ini dibuka setiap hari (7 hari seminggu), dari jam 10:00 pagi hingga 9:00 malam, Isnin hingga Khamis, Sabtu dan Ahad. Manakala Jumaat dibuka dibuka dari jam 3:00 petang hingga 9:00 malam.
Lokasi Kedai iPro Ampang KL
iPRO AmpangiPhone And Smartphone Repair Service
8, 1st Floor, Jalan 1/67B Off, Jalan Mengkudu,
Desa Pahlawan, 55000 Ampang Jaya, Kuala Lumpur
Jika anda mahu ke kedai ini, boleh gunakan Waze/Google Maps - IPro Ampang
Facebook rasmi - Repair iPhone - IPro Ampang KL
Laman web - IPro Ampang KL - Specialist Repair iPhone, iPad, Smartphone
No tel: +6014-500 0085
Post a Comment
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.