Kebiasaan, nasi bakar adalah nasi bersantan yang berinti lauk dibungkus dengan daun pisang. Ia terus dimakan tanpa perlu ada lauk lain kerana sudah ada lauk di dalam bungkusan daun pisang tu.
Merasa Nasi Bakar, Menu Istimewa Asal Dari Negara Seberang
Baru-baru ini, dalam bulan Ramadan, Nasi Bakar ini mula tular apabila seorang selebriti menjualnya di Pasar Ramadan. Ia mendapat perhatian netizen kerana keunikan nasi ini yang dibakar sebelum dihidangkan.Unik Nasi Bakar ini, kerana ia dibakar di atas bara api untuk menaikkan aroma nasi dan lauknya supaya menyatu. Keharuman aroma inilah yang akan membuatkan orang lapar. Aroma rempah dan daun pisang membuatkan nasi ini terasa lebih wangi dan lebih enak daripada nasi biasa.
Nasi Bakar Viral di KL, Boleh Didapati Di Pasar Ramadan Parit Buntar
Disebabkan Nasi Bakar ini dah jadi viral dan mula diperkatakan orang, ia dah jadi mudah nak didapati di Pasar Ramadan tempat lain, seperti di luar Kuala Lumpur macam kat tempat saya di Parit Buntar.Hari tu, saya berkesempatan untuk mendapatkan Nasi Bakar ini di Pasar Ramadan.
Jujurnya saya memang tak tahu pun yang Nasi Bakar ni dah jadi viral disebabkan ada selebriti menjualnya semasa bulan Ramadan .. serius blur kejap bila penjual nasi ni beritahu saya kenapa dia jual Nasi Bakar ni.
Menurut penjual tu, Nasi Bakar yang dia jual berintikan Rendang Daging dan juga Rendang Ayam.
Saya jadi tertarik. Saya beli sebungkus yang dijual dengan harga RM5. Saya rasa harga ni sesuai kot dengan keunikan nasi ini. Lagipun isinya bukan isi biasa ... :)
Saya cuma beli sebungkus sebab nak mencuba rasa Nasi Bakar ni semasa berbuka puasa.
Alhamdulillah. Nasi Bakar tidaklah mengecewakan sangat. Saya ambik Nasi Bakar Daging.
Kalau anda ada pergi ke Pasar Ramadan, lepas tu jumpa menu ni, bolehlah mencuba untuk merasa. Lagipun, menu ni memang unik .. apatah lagi Nasi Bakar adalah makanan yang dianggap eksotik dan istimewa di Indonesia tu.
Trylah. Mana tahu kena dengan selera anda. Dah oh ya, resepi nak membuatkan Nasi Bakar ni pun tak susah mana, cuma masalahnya ialah nak membakarnya dengan daun pisang ... huhu. :)
Ala...dkt bazar tempat nieyl ni tak ada...
ReplyDeleteselalu nampak nasi bakar di IG...
Dr segi harga ok xde mahal sgt..yumyum..
Kira okayla jika dijual dengan harga RM5 tu .. cuma tak pastilah rasa dia kat tempat lain tu camner. Nama sama .. rasa mungkin berbeza.
DeletePost a Comment
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.