Siapa sini penggemar coklat? Anak-anak saya penggemar coklat. Biasanya kalau mereka minta nak makan coklat, isteri saya akan sediakan dan buatkan coklat sendiri di rumah. Kiranya, anak-anak bila nak makan coklat, akan makan coklat homemade, hasil air tangan isteri sayalah.

Buat coklat sendiri atau homemade ni tak susah mana, cuma kerja-kerja nak jadikan ia kepada coklat yang sedap dan beraneka 'rasa' tu je yang renyah sikit. Dapur mesti sedikit kotor dan huru-hara la .. lagi-lagi kalau ada anak kecil jadi pengacau ..haha.

Resepi Buat Coklat Homemade

resepi buat coklat homemade
Isteri saya memang selalu buat coklat sendiri. Malah, pernah ambil tempahan buat coklat untuk majlis kenduri kahwin. Jenuh juga nak menyiapkan bila jumlah tempahan tu besar.

Seperti awal saya sebutkan tadi, nak hasilkan coklat homemade ni tak susah mana. Kalau nak lagi ummphh dan lebih menarik, kena ada sedikit kreativiti la. Maksudnya, nak tambah kacang ke, nak tambah buah kurma ke, kismis ke, nak letak pewarna bagi cantik ke .. yang begitu dan begini...hehe.


Kalau anda nak buat coklat homemade sendiri, boleh ikut resepi mudah di bawah ini. Peralatan dan perkakasan nak kena ada. Kalau tak ada, pandai-pandailah cari atau gunakan akal sedikit untuk compromise .. huhu.

resepi buat coklat homemade

Resepi Coklat Homemade

  1. Coklat compound - Anda boleh pilih samaada ingin menggunakan coklat gelap (dark chocolate), coklat putih (white chocolate) atau coklat susu (milk chocolate). Isteri saya biasanya gunakan coklat gelap sebab rasanya tidak terlalu manis.
  2. Bahan-bahan untuk ditambah seperti kismis, almond, kacang tanah dan sebagainya.

Aha .. dua bahan utama ni je untuk buat coklat buatan sendiri, yang pasti sedap hasil di rumah.

Pasal coklat compound tu, ada banyak jenama coklat compound yang boleh anda beli. Anda boleh dapatkannya di kedai-kedai menjual kek. Jangan cari kat supermarket, sebab harganya sedikit mahal. Antara jenama yang popular untuk coklat compound ni ... yang selalu digunakan untuk homemade chocolate adalah brand Beryl's, Colatta, Selborne.

Isteri saya biasa gunakan jenama Beryl's sebab lebih sedap dan coklat dia senang nak dicairkan dan dibekukan.

Alatan Untuk Membuat Coklat Homemade

  1. Coklat mould yang mempunyai pelbagai bentuk menarik seperti bentuk hati, bentuk bunga ros, bentuk geometri.
  2. Piping bag atau botol sos yang gunakan muncung tirus tu. Ia adalah untuk memudahkan anda memasukkan coklat cair ke dalam mould. Boleh je gunakan sudu, tetapi nanti comot sedikit-lah.
  3. Periuk kukus untuk kerja mencairkan coklat compound. 
 

Cara-cara Menyediakan Resepi Coklat Homemade 

resepi buat coklat homemade


Sebelum anda dapat menggunakan coklat mould, anda hendaklah mencairkan coklat compound terlebih dahulu.

Caranya adalah dengan menggunakan teknik “double boiler”.
  1. Panaskan air dalam satu bekas, letakkan coklat dalam bekas lain dan masukkan bekas yang mengandungi coklat tadi dalam air yang sedang dipanaskan. Lebih mudah jika anda mempunyai set double boiler. Tapi gunakan pengukus pun boleh.
  2. Kacau coklat tersebut sehingga cair, tambahkan sedikit cocoa-butter atau marjerin. Gunakan api sederhana kecil semasa mencairkan coklat, takut nanti bahagian bawah hangus atau rasa hangit.
  3. Setelah coklat cair, isikan coklat tersebut ke dalam piping atau botol sos. Selepas itu, dengan menggunakan piping, masukkan cairan coklat tersebut ke dalam mould satu persatu.
  4. Jika anda ingin meletakkan bahan lain, masukkan coklat cair separuh sahaja ke dalam mould coklat. Sejukkan lapisan tersebut di dalam peti ais. Bila sudah agak-agak keras sedikit, letakkan bahan lain tersebut di atas lapisan tadi. Kemudian sambung semula kerja memasukkan coklat cair untuk menutup bahagian coklat anda.
  5. Ketukkan sikit kerangka mould coklat anda supaya coklat jadi padat dalam mould tersebut.
  6. Sejukkan dalam peti ais. Letakkan di bahagian bawah, bukan sejuk beku.
  7. Biarkan dalam 30 minit sehingga 1 jam.
  8. Siap.
Nah, coklat buatan di rumah siap untuk dijamah. Memamg mudah.

Nakkan lebih menarik, anda boleh campurkan sedikit warna pada coklat anda ..

Untuk campurkan warna bagi lebih menarik, semasa proses mencairkan coklat compound tadi, masukkan pewarna yang disukai. Gaul sehingga sebati dan warna coklat berubah kepada warna yang anda inginkan.

resepi buat coklat homemade

Coklat homemade akan jadi lebih menarik dan makin sedap dinikmati kalau anda tambah bahan-bahan lain. Paling tidak, ia tak adalah nampak sama sahaja di mata anak-anak .. hehe.

Nak resepi lebih banyak berkaitan cara nak buat coklat, kek, muffin dan macam-macam lagi jenis bakeri, anda bolehlah rujuk di sini - Aneka Resepi Bakeri

Jangan lupa kongsikan resepi ni pada orang lain .. huhu .. :)

1 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement