Perghh.. sedapnya Ayam Teriyaki. Anda pernah makan tak? Ada rakan blogger kongsi resepi Ayam Teriyaki ni menerusi Segmen 'Blog Pilihan Menu Ramadan' .... Uhh ... nampak dan saya rasa sangat mudah nak dibuat. In Sha Allah, boleh jadi hidangan sedap di bulan Ramadan ketika berbuka puasa.

Saya belum pernah lagi makan Ayam Teriyaki. Pernah dengar resepi ni tapi tak pernah pula tergerak hati nak mencuba sendiri di rumah. Al maklumlah, saya ni bila nama pelik skit, macam malas je nak masak, terasa macam susah je. Tapi MamaPiPie ada resepi mudah untuk menyediakan Ayam Teriyaki yang sedap ...

Sedapnya Ayam Teriyaki dari MamaPiPie - Juadah Berbuka Seisi Keluarga

Cara nak masak resepi Ayam Teriyaki yang mudah
Wahhh .. rupa-rupanya tak susah pun nak masak resepi Ayam Teriyaki ni. Rakan blogger MamaPiPie ada sediakan resepi Ayam Teriyaki yang cukup mudah nak dibuat. Siap dapat jaminan yang resepi Ayam Teriyaki ini akan berikan kesedapan tidak terkata .. sedap menyelerakan terutama untuk berbuka puasa.

Cara nak buat resepi Ayam Teriyaki ni tak susah, ianya versi simple disediakan oleh MamaPiPie. Anda boleh cuba resepi ini di rumah, dan memang sesuai nak bangkitkan selera seisi keluarga dengan versi ayam yang dimasak special ini.


Resepi Ayam Teriyaki Mudah Dan Sedap versi MamaPipie

Resepi Memasak Ayam Teriyaki simple dan sedap

Bahan-Bahan Resepi Ayam Teriyaki

  • 2 biji bawang merah
  • 1 biji bawang putih (mama letak bawang sikit supaya rasa teriyaki tu takdelah hanya manis saja. ada bau bawang sedap sikit)
  • 2 sudu besar Sos Tiram
  • 4 sudu besar air
  • ½ sudu kecil kicap soya pekat
  • 1 ½ sudu besar gula perang
  • Secubit garam1 sudu kecil jus halia (kalau nak guna serbuk halia pun boleh)
  • Potongan ayam dari anggaran 3 bahagian ayam cth thigh/dada (dipotong ambil isi saja. potong dalam 2cm lebar)

Cara Memasak Ayam Teriyaki Simple

  1. Campurkan kesemua bahan di atas sehingga sebati dan biarkan seketika dalam 5-10 minit agar sos meresap ke dalam daging ayam). Gaul sehingga sebati dan ketepikan.
  2. Panaskan 2 sudu minyak di dalam kuali dan masukkan isi ayam. Goreng dengan api sederhana sehingga perang keemasan.Kalau api kuat sangat akan membuatkan ayam hangus dan rasa sos pahit.
  3. Apabila ayam sudah masak, angkat dan letakkan di tepi.
  4. Selepas itu, dengan menggunakn kuali yang sama masukkan lebihan sos Dari perapan tadi. Didihkan sos sehingga menjadi sedikit pekat.
  5. Kemudian, masukkan ayam yang telah dimasak tadi ke dalam kuali dan kaup balikkan dengan sos.
Resepi asal Ayam Teriyaki ini adalah dari Jepun. Saya tak pasti mana MamaPipie ni dapat resepi yang nampak sedap untuk berbuka puasa ni. Tapi, tengok daripada gambar tu, dah boleh tahu ia satu hidangan berbuka puasa yang sedap.


Maksud Teriyaki

Menurut rakan blogger yang banyak kongsi resepi di blognya ini, Teriyaki berasal dari kata teri yang bermaksud bersinar (sebab mengandung gula dari tare), dan kata yaki pula bermaksud dibakar atau dipanggang.

Ayam Teriyaki sedap dimakan dengan nasi panas, dan boleh dihias dengan ulaman atau sayuran segar macam kobis, salad, tomato, carrot, asparagus dan brokoli. Terserah untuk menjadikan hidangan ini hidangan yang lebih sihat dan segar.

2 Resepi Pilihan Berbuka Puasa Sedap Untuk Dicuba

Siakap Kengsom dan Bubur Lambuk Terengganu
Selain resepi Ayam Teriyaki yang mudah dan nampak sedap ini, saya tertarik juga dengan dua resepi lain yang rasanya cukup menarik. Dua resepi ini juga tak pernah saya cuba, dan ia juga unik bagi saya.


Cubalah anda tengok, manalah tahu kot berkenan nak mencuba kedua-dua resepi tu.

2 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. HH kena Cuba Tau. Confirm menjadi Dan sodap hihi.. tq sharing resepi mama. Mama nak buat ayam teriyaki la harini lapar plak tgk resepi Ni 😁.

    BalasPadam
  2. hhmmmm boleh lah nanti dicoba resepnye ini

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement