Segmen untuk rakan blogger. Saya dah lama tak buat segmen khas untuk rakan blogger. Biasanya, saya akan buat segmen ini sebagai langkah dan cara untuk menambah backlinks dan juga bagi membantu blog lain berkongsi trafik dengan blog ini.

Pun begitu, blog post seumpama ini tidak boleh dibuat selalu supaya tidak meninggalkan signal negatif pada algorithma carian terutama Google. Jadi, kalau anda nak buat atau anjurkan segmen seperti ini, kena dilakukan dalam tempoh tertentu dan dengan berhati-hati.

Segmen "Blog Pilihan Menu Ramadan"

Untuk kali ini, saya nak anjurkan satu segmen mudah dinamakan segmen 'Blog Pilihan Menu Ramadan'. Ia satu segmen khas untuk bantu blog-blog yang ada berkongsi resepi makanan yang sesuai untuk menu berbuka puasa di bulan Ramadan.

Memandangkan bulan Ramadan tidak lama lagi akan menjelma, saya fikir segmen sebegini boleh memberikan peluang untuk rakan blogger berkongsi resepi dan meningkatkan trafik blog masing-masing.

Cara Sertai Segmen

Kepada rakan blogger yang berminat untuk menyertai dan memeriahkan segmen ini, hanya ikut sahaja arahan di bawah.
  1. Buat satu blogpost "Segmen Menu Pilihan Ramadan" dengan senaraikan 1 hingga 3 menu terbaik yang anda rasa sesuai untuk berbuka puasa Ramadan. Kalau disertakan gambar menu lagi bagus. Bila senaraikan, boleh linkkan ke blog post menu tersebut supaya saya boleh rujuk resepi tersebut.
  2. Di akhir post, salin dan letakkan koding HTML di bawah ini.
  3. Bila dah selesai, kongsikan artikel tersebut di group Kelab Blogger Merdeka. Letakkan hashtag #resepiramadan2019 supaya mudah nak jejaki. Tinggak url penyertaan anda di ruangan komen FB Group Kelab Blogger Merdeka tu ye .. :)



Apabila masuk bulan Ramadan nanti, saya akan pilih mana-mana resepi tersebut untuk diterbitkan semula di blog ini. Dan saya akan berikan backlink selain menulis olahan artikel tersebut (copywriting) agar blog anda juga akan terima trafik yang sepatutnya.

Tak susah kan?

Saya harap adalah yang sudi join segmen ini. Lagi ramai lagi bagus. :)

Dengan cara ini, kita sama-sama dapat bantu mereka yang teringin nak buat menu resepi sedap-sedap untuk hidangan berbuka puasa Ramadan nanti. Kita bantu mereka untuk menjamu ahli keluarga dengan hasil masakan di rumah, tanpa perlu bazirkan wang atau masa pergi ke Bazar Ramadan.

Al maklumlah, bila dah ke Bazar Ramadan ni, macam-macam keinginan akan muncul menyebabkan kita terlebih belanja. Akhirnya nanti, berlaku pembaziran yang tidak diingini.


12 Comments

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. menarik...nak kena masak dulu la..nanti amik gambar...

    ReplyDelete
  2. bestnya.. nanti mama join ye

    ReplyDelete
  3. InsyaAllah.. nanti boleh join.

    ReplyDelete
  4. Wowww menarik ni, nanti saya nak join...tarikh tempoh tamat ada ke HH ? Kena tunggu ramadhan, masak dan update hehehehe

    ReplyDelete
  5. Wah menarik... ada due date ke? hihi

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum HH..nak juga join ni tapi boleh guna resipi yang dah ada kat blog ke atau buat yg baru..?

    ReplyDelete
  7. Done.. mama dah join
    #resepiramadan2019

    http://www.mamapipie.com/2019/05/segmen-blog-pilihan-menu-ramadan.html

    ReplyDelete
  8. Insyaallah..nanti nak joint lah

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Previous Post Next Post

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement