Sudah hampir ke hujung bulan Jun 2019. Tiba masanya saya tunjukkan jumlah hits atau pageviews (PV) untuk bulan Mei 2019 bagi blog ini yang kini sudah mencecah usia 9 tahun. Uhh pejam celik .. pejam celik, dengan usaha untuk kekal konsisten ... trafik blog ini bakal mencapai jumlah keseluruhan 30 juta hits tahun ini, in Sha Allah.

Memang menjadi dambaan setiap pemilik blog personal untuk mendapatkan trafik blog yang tinggi serta konsisten. Ia bukan perkara mustahil, malah mampu dilakukan andai ada teknik serta strategi yang betul. Kena konsisten menambah ilmu untuk mantapkan blog, apatah lagi saingan sekarang sangat besar daripada blog-blog yang dianggap berada di mainstream.

Jumlah Trafik (PV) serta Statistik Blog Bulan Mei 2019

Jumlah Trafik (PV) serta Statistik Blog Bulan Mei 2019
Jumlah pageviews yang dicatatkan oleh blog Hasrulhassan.com untuk Mei 2019 adalah seperti ditunjukkan di atas.

Alhamdulillah, blog ini berjaya mencatatkan kenaikan berbanding dengan jumlah trafik yang dicatatkan pada bulan sebelumnya. Untuk Mei 2018, blog ini telah menerima hits sebanyak 221,853 PV.


Jumlah trafik ini disumbangkan oleh lebih 200 ribu sesi terhasil daripada kunjungan 154,046 pengguna internet yang sebahagiannya adalah 142,359 pengunjung pertama kali atau unik.

Statistik Ringkas Mei 2019

Daripada statistik direkodkan menerusi Google Analytics, sebahagian besar pengunjung dan pembaca blog ini adalah terdiri daripada:

  • Lebih 95% pengunjung dari Malaysia, selebihnya adalah dari USA, Singapore, Brunei, Indonesia selain Peranchis dan juga Australia.
  • Pengunjung Malaysia direkodkan banyak dari Kuala Lumpur (65%), Kota Kinabalu, Shah Alam, Petaling Jaya, Johor Bahru, Ipoh, Kuching, Kuala Terengganu, Kajang dan Melaka.
  • Pelayar internet Crome adalah browser yang sering digunakan pengunjung iaitu melebihi 71%.
  • 84.2% trafik yang diterima adalah daripada enjin carian Google
  • Lebih 75% adalah dari pengguna smartphone di mana 20% daripadanya adalah pengguna Apple iPhone.
  • 63.2% adalah pengunjung dari golongan wanita.
  • 50.28% adalah terdiri dari mereka yang berumur 25-34 tahun, 20.39% berumur 35-44 tahun, 13.26% berumur 18-24 tahun manakala selebihnya adalah dari mereka yang berumur lebih 45 tahun ke atas.  

Jumlah Trafik (PV) serta Statistik Blog Bulan Mei 2019
Jumlah Trafik (PV) serta Statistik Blog Bulan Mei 2019
Anda nak tahu apa yang cuba dicari dan dibaca oleh pengunjung blog ini sehingga mencapai 221,853 PV untuk sepanjang Mei 2019?

Kategori Menarik Minat Pembaca/Pengunjung

Cuba lihat paparan stats di bawah ini. Anda boleh jangka secara umum kategori yang menarik minat pembaca untuk ke blog ini pada Mei 2019 tak?

Jumlah Trafik (PV) serta Statistik Blog Bulan Mei 2019
Dek kerana adanya analisis In-Market Segment ini, blog ini juga berjaya meningkatkan jumlah pendapatannya daripada kategori yang dipaparkan di atas menerusi platform pengiklanan Google Adsense.


Income Adsense Meningkat

Bermula dari suku pertama tahun 2019, pendapatan daripada Google Adsense sudah melebihi USD250 setiap bulan. Ia satu pencapaian yang bagus untuk meraih pendapatan tanpa had, tanpa modal dengan hanya bekerja dari rumah sahaja.

Menerusi minat daripada pengunjung blog ini juga, saya telah berjaya mempromosikan beberapa produk affiliate berkaitan dengan Shoppers, Real Estate serta Travel. Sekaligus menambah jumlah pendapatan terhasil daripada blog.

Alhamdulillah. Dapatlah juga saya menyediakan bajet untuk membayar bil elektrik, bil internet, bil air selain menampung perbelanjaan lain.

[Dah Baca?] Rahsia Sebenar Teknik SEO Menjana Income Blog

Ok.

Buat blog sendiri memang menyeronokkan jika kena dengan minat kita terhadap sesuatu. Sejak dari dulu, blog menjadi tempat untuk berkongsi info, pendapat, luahan perasaan dan pelbagai perkara lagi sebelum adanya media sosial seperti sekarang.

Tambah menyeronokkan jika blog mampu menarik perhatian ramai pengunjung dan pembaca. Dan bonusnya, blog dapat dijadikan sumber menjana income sampingan.

[Promo] SEO ALGO FIXED - Belajar Teknik SEO unttuk Tingkatkan Trafik dari Enjin Carian

Tetapi, untuk melakukan semua perkara tersebut .. ia mestilah disekalikan dengan ilmu dan pengetahuan tentang blog, paling tidak mengetahui cara paling baik untuk mendapatkan pengunjung serta trafik ke blog secara konsisten.

Tak boleh buat blog hari ini dan mengharapkan satu keajaiban esoknya.

Sentiasa berusaha tambah ilmu blogging dan manfaatkannya untuk kebaikan.

7 Comments

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. wah byknya pageview hebat lah HH..

    ReplyDelete
  2. Keep it up tuan HH...

    ReplyDelete
  3. Tahniah. Semoga terus aktif berblogging .

    ReplyDelete
  4. tahniah tuan! sangat terinspirasi dengan kejayaan tuan :)

    ReplyDelete
  5. Terbaik tuan..dari dulu hingga kini blog tuan jadi rujukan seluruh blogger Malaysia termasuk saya..harap2 www.infokinabalu.com akan meroker selepas dapat tips dari blog tuan. Tq tuan.

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Previous Post Next Post

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement