Setiap tahun, hanya dalam bulan Ramadan ... hampir semua kedai makan menyediakan hidangan ini untuk para pelanggan. Malah, menu ini ditambah dengan pelbagai jenis kerang-kerangan lain serta siput, yang semuanya samada direbus atau dibakar, dicicah dengan kuah istimewa iaitu Kuah Kacang.
Kerang Rebus Kuah Kacang - Snek Popular Unik Bulan Ramadan di Parit Buntar
Menu ini cuma ada dalam bulan Ramadan. Di luar bulan mulia ini, menu ini akan hilang. Dan andai ada kedai yang menjualnya, ia seolah tidak mendapat sambutan sepertimana berlaku setiap bulan Ramadan di Parit Buntar ini.Kerang Rebus cicah Kuah Kacang dijual dalam bentuk sepinggan, semangkuk dan juga timbang kilo.
Jika sebelum ini, harga menu ini bermula dari RM3 sepinggan, tetapi untuk tahun ini (2019), kebanyakkan kedai makan yang menyediakan menu unik ini menjualnya bermula dari RM5 sehingga RM7 sepinggan.
Manakala untuk harga kilo, sekilo Kerang Rebus cicah Kuah Kacang dijual bermula dari RM20 sekilogram. Ada yang menjualnya sehingga RM30 sekilogram. Menurut pengusaha yang menyediakan snek istimewa ramadan ini, harga mentah sekilogram kerang di bulan puasa dah naik mendadak, malah bekalan juga terhad.
Bukan Setakat Kerang Rebus
Itu sebab ada antaranya selain menyediakan Kerang Rebus Kuah Kacang, ada yang turut sediakan kerang-kerangan yang lain seperti Siput Sudu, Kepah, Belitung, Remis dan pelbagai lagi. Harga juga agak berpatutan mengikut harga pasaran.Semasa Ramadan hari tu, saya dan keluarga berkesempatan untuk mencuba beberapa kedai dan gerai makan yang menyediakan menu unik ini. Antaranya:
- Kedai Kerang Rebus Pak Mat Lejen
- Kerang Rebus Abah
- Kerang Rebus Kedai Tarbus
- Kerang Rebus Chef Jalanan (Taman Seri Emas)
Kerang Rebus Kuah Kacang adalah snek yang sedap dinikmati selepas sholat Terawih. Waktu ini, memang ramai pelanggan akan menyerbu gerai-gerai dan kedai makan yang menyediakan menu kerang rebus yang panas-panas disertakan dengan kuah kacang.
Tarikah utama bagi setiap gerai yang menyediakan menu ini adalah pada kuah kacang dan juga saiz kerang yang disajikan.
Biasanya, jika gerai tersebut menyediakan kerang rebus bersaiz besar bersama kuah kacang yang sedap, ia pasti akan menjadi tumpuan pelanggan setiap malam.
Bagi saya, secara peribadinya .. saya lebih suka gerai yang menyediakan kuah kacang yang pekat dan sedikit pedas. Ada rasa rempah kari digunakan pada kuah kacang, dan teksturs kacang di dalamnya adalah halus.
Setakat ini, saya lebih gemar menikmati kerang rebus di gerai Pak Mat Kerang Lejen. Kuah kacangnya memang terbaik. Lagipun, selain menu kerang rebus, ada menu lain seperti Mee Rebus, Bihun Sup serta Laksa.
Satu lagi tempat menikmati kerang rebus yang best setiap kali Ramadan tiba ialah di Gerai Man Udang Lipan. Cuma tahun ni sahaja, saya dan keluarga tidak berkesempatan untuk ke gerai bekas majikan saya ni. :)
Kali ini pula, saya menikmati menu ni di satu kedai baharu iaitu Gerai Abah, terletak berhampiran Hospital Parit Buntar. Alhamdulillah, memang terbaik .. kena dengan selera saya. Kuah kacang yang disediakan pun memang sedap.
Sempat juga saya snap beberapa gambar Kerang Rebus di Gerai Abah ni ...
Saya sebenarnya beberapa kali dah upload gambar dan cerita pasal keunikan snek menu unik ini setiap kali ramadan tiba.
Setiap kali itulah juga, post berkaitan Kerang Rebus Kuah Kacang ini jadi carian popular, malah pernah jadi rujukan untuk artikel yang dikeluarkan di akhbar arus perdana satu ketika dahulu. Mana taknya, hanya sebulan sekali dalam setahun menu unik ini muncul.
Hairannya ialah, ia tidak pula popular selepas Ramadan, seolah menu ini memang hanya untuk dijamah waktu malam di bulan Ramadan.
Dan setiap malam, akan ramailah keluarga berkumpul beramai-ramai di gerai-gerai yang menyediakan meu Kerang Rebus Kuah Kacang ini, lebih-lebih lagi selepas sholat sunat Terawih.
Sabar jer la tengok entry ni..terliur dibuatnya..SA suka je makan kerang rebus..sekarang nak dapat kerang yang fresh susah sangat..harga sekilo pun mahal yarabbi...
BalasPadamnyum2
BalasPadamterliur juga tengok kerang nie
BalasPadampadat isi kerang tu...segar yakmat
BalasPadamKerang memang makanan favourite sangat tapi tak pernah lagi cicah kuah kacang, menarik boleh cuba
BalasPadamCatat Ulasan
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.