Saya memang dah lama pasang impian nak dapatkan sebuah komputer desktop baharu menggantikan komputer lama yang dah berusia lebih 10 tahun. Walaupun komputer lama dah banyak berjasa, namun sampai masa, ia perlu diganti untuk penuhi keperluan semasa.

Sebenarnya, saya dah beberapa kali upgrade komputer lama saya. Malah, pernah dihantar ke kedai pc selama beberapa hari supaya nampak lebih 'cergas' dari biasa.

Beli Komputer Baharu Custom Build Menerusi Shopee

Beli PC Desktop Custom Build di Shopee
Sejak saya mula membuat banyak kerja grafik, termasuklah isteri saya yang sering menyiapkan tempahan photobook dari kawan-kawan dan juga untuk koleksi sendiri, saya fikir sudah sampai waktu saya mendapatkan komputer desktop yang lebih berkuasa.

Bila tiba bab nak cari komputer baharu, saya biasanya akan survey dahulu spesifikasi dan harga. Saya agak cerewet bila nak mendapatkan komputer baharu ni. Sejak dari kerja dengan USM lagi .. huhu.

Ketika awal survey, saya bercadang nak dapatkan komputer desktop dengan pemproses Intel Core 3i. Tambah-tambah lagi apabila dapat recommendation daripada sahabat saya, boss di sebuah kedai komputer di Parit Buntar.

Saya tak pandang langsung mengenai satu lagi pemproses yang popular iaitu AMD, pesaing rapat kepada Intel.


Sejak belajar di IPT, saya merasakan pemproses AMD tak dapat menyaingi kehebatan pemproses daripada Intel. Pada ketika itu, saya pandang AMD ni sebagai komputer kelas kedua ... huhu

Apa yang saya rasakan ketika itu dah tak berapa nak relevan lagi di waktu sekarang. Apatah lagi di zaman di mana pemproses AMD menjadi pilihan ramai untuk memiliki sebuah komputer berkuasa untuk bermain permainan online (online gaming).

Jadi, daripada pencarian saya, didapati pemproses AMD iaitu AMD Ryzen didapati mempunyai banyak kelebihan daripada cip pemprosesan Intel, malah harganya juga lebih murah.

Akhirnya ...

Spesifikasi Komputer Beli di Shopee

Akhirnya saya dapatkan sebuah komputer desktop baharu custom built dengan pemproses AMD Ryzen 5 2400G 3.7Ghz 480GB SSD 8GB 2666MHz RAM diletakkan pada MBU Asrock A320M-HDV pada harga RM1394.

Saya beli di Shopee menerusi kedai ini - Hilmi Technology (Search Hilmi Technology (Terengganu)). Siap dapat upgrade percuma untuk casing komputer desktop saya.

Saya minta mereka ambil gambar masa tengah buat custom built tu ... lihat di bawah ni.

Beli PC Desktop Custom Build di Shopee
Akhirnya bila sampai ke rumah selepas lebih seminggu, saya terus tambah beberapa benda .. huhu

Memang puas hati sekali. Walaupun ia adalah pc specs minima, tetapi setelah menguji, saya dapati pc custom built yang saya beli mampu untuk melakukan kerja-kerja yang saya inginkan. Contohnya:

  • Main PUBG Lite - high setting
  • Main PUBG Mobile (Emulator) - medium high setting
  • Main game Ashpalt High Setting 
  • Buat editing pada gambar (CS3/CS6)
  • Buat editing pada video HD

Tambah RAM dan juga RGB Fan Sendiri

Segalanya smooth, malah makin smooth bila saya ambil keputusan untuk tambah Apacer 8GB 2666MHz RAM, memenuhkan dua slot RAM yang ada pada MBU Asrock.

Saya juga tambah tiga fan baharu dengan salah satu daripadanya tu ada RGB light yang boleh ditukar 'paparan'. Anak-anak saya cukup teruja. Seronok ketika dapat main game dengan efek RGB ni.

Beli PC Desktop Custom Build di Shopee


Beli PC Desktop Custom Build di Shopee
Sebelum saya ambil keputusan untuk beli, saya browse juga beberapa kedai online lain, termasuklah yang dijual di laman web shopping Lazada dan juga di Facebook. Sempat juga chatting dengan seller mengenai pc specs yang nak dibeli.

Ini adalah cara untuk dapatkan specs pc power pada harga mampu milik. :)

Saya ambil masa selama lebih 2 minggu juga untuk akhirnya buat keputusan memilih mana yang sesuai dengan apa yang saya nak dengan bajet yang saya ada.

Alhamdulillah. Allah tunjukkan jalan kepada saya.

Saya rasa seronok, gembira dan syukur kerana akhirnya saya dapat sebuah komputer baharu. Uhh ngidam lama ooo .... kumpul duit hasil berblogging.

Kalau nak cari komputer yang best dengan harga murah ... trylah cari di Shopee ya .. :) Terus ke Shopee (klik)

16 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. perghhh that looks so cool. i had trouble with pc sbb dulu selalu rosak. penat dah nak baiki. now we no longer use pc XD

    BalasPadam
  2. kalau main pubg emulator mesti syok. harap dpt banyak chicken.

    BalasPadam
  3. Mantap tu specs desktop. Harga pun mampu milik. AMD memang best untuk gaming, grafik.

    BalasPadam
  4. saya x berani lagi nak cuba....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hehehe.. mula2 tu saya pun teragak2 gak .. lama oo nak buat keputusan.

      Padam
  5. masih ada lg ke bro kt shope? igt nk cri pc gaming bajet rendah nih bwah 2k...

    BalasPadam
    Balasan
    1. MAsih ada .. saya sendiri sedang mencari pc kedua ... :)

      Padam
  6. Menarik, terima kasih atas perkongsian.

    BalasPadam
  7. Wow, bagusnya, harap semua masih berjalan lancar.

    BalasPadam
  8. Salam tuan, dia pakai GPU ape? Pastu HDD tu dia included ke? Maaf tuan...boleh x minta listkn hardware ape dia pakai 😄

    BalasPadam
    Balasan
    1. GPU terbina dalam, Ryzen tu dah siap AMD GPU sendiri. Yang lain standard je.

      Padam
    2. CPU yg tuan beli tu new set ke? Sbb says Ada chat Kedai Shopee yg tuan recommend tu dia ckp min pc gaming Rm1.8k tu pun guna intel i3...

      Padam
    3. Ya memang new set ... tapi memang dah tak ada set tu. try la custom build dengan dia. Bagitahu bajet berapa... tak perlu guna graphic card sbb kalau buang graphic card - leh jimat antara rm500 - rm1000.

      Padam
  9. assalam tuan..pc tu kedai tu setup terus ke..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya ... setup semua sekali, saya berhubung kat chat .. pastu dia tunjuk gambar semua dari awal sampai habis.

      Padam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement