The Roots Eco-Resort. Jika mahu mencari dan merasai pengalaman percutian suasana desa, maka tempat ini adalah destinasi penginapan yang sesuai untuk anda. Lokasinya terletak di pinggiran bandaraya Ipoh, berdekatan Chemor jauh daripada kesibukan serta kebisingan.

Tempat ini antara lokasi percutian yang agak terpencil namun berdekatan dengan beberapa tarikan utama di Perak, seperti Lost World of Tambun.

The Roots Eco-Resort Untuk Mereka Yang Mencari Penginapan Ala Desa di Ipoh

Penginapan ala desa di The Roots Eco-Resort Ipoh
Baru-baru ini saya dan keluarga berkesempatan untuk merasai suasana penginapan di The Roots Eco-Resort. Ia sebenarnya penginapan ad-hoc. Ianya memang tak dirancang sama sekali.

Ketika itu, kami on-the-way pulang dari Putrajaya ke Parit Buntar. Kebetulan isteri saya ada meeting di Ipoh. Jadi, kami ambil keputusan untuk lepak je di Ipoh, supaya isteri saya tak perlu lagi ambil transport untuk ke Ipoh keesokkannya.


Kami sampai agak lewat petang di The Roots ni.

Setibanya di Roots, terdapat masalah sedikit soal penginapan. Mulanya, isteri saya ingatkan tempahan yang dibuat menerusi Agoda adalah untuk sebuah chalet, tetapi menurut owner The Roots, ianya cuma bayaran untuk satu kepala !!

Benganglah isteri saya. Macam kena tipu je.

Tapi, disebabkan dah lewat malam dan malas nak mencari penginapan yang lain, isteri saya berjaya juga kawtim dengan owner The Roots. Bayar sahaja yang perlu dibayar. Dalam hati memang agak kurang puas hati.

Lari bajet kot.

Malam tu, tiada siapa pun yang menginap di The Roots tu. Kami satu-satunya keluarga yang menginap di situ. Agak seram lak tempat ni sebab ia kawasan yang dikelilingi hutan dan juga dusun, selain merupakan kawasan berpagar yang terlindung daripada pandangan orang.

Oh ya, isteri saya pilih The Roots Eco-Resort ni atas sebab recommendation orang.

Orait. Tentu nak tahu bagaimana tentang tempat ni? Best ke? Apa yang ada? Kenapa ramai yang bagi recommendation tempat ni?

Apa Kelebihan The Roots Eco-Resort?

Kami dapat chalet yang mempunyai bilik yang agak luas dengan 4 katil. Chalet bertangga dengan tandas yang berada di bahagian bawah, tandas terbuka yang lengkap dengan shower air panas.

The Roots Eco-Resort
The Roots Eco-Resort
Tak ada TV, tetapi ada penghawa dingin dan ada ubat nyamuk disediakan. Bila ada ubat nyamuk (elektronik) ..faham-faham sajalah. Ada beranda tempat melepak. Syok ambil angin malam sambil mendengar 'nyanyian' unggas hutan.

Memalam agak gelap, apatah lagi kami sahaja yang dok menginap. Agak seram weihh tak ada bunyi apapun melainkan bunyi cengkerik dan bunyi suara anak bongsu saya .... si Najmi .. hehe

Paling seram bila nak ke bilik air. Kena turuni tangga tu. Dah la tak ada atap bumbung .. huhu.. risau takut kalau ada apa-apa terjatuh dari pokok bersebelahan chalet.

Siang.

Bila dah siang, baru nampak persekitaran. Sejuk nyaman. Best.

The Roots Memang Best  Untuk Pecinta Alam dan Suasana Desa

The Roots Eco-Resort


Siapa yang dah lama duduk bandar dan kota besar, in Sha Allah akan appreciate apa yang The Roots ada... lebih-lebih lagi persekitarannya yang cantik serta mendamaikan. Ada pokok buah-buahan, ada kolam renang, dan ada sungai berdekatan.

Hati panas malam tu terus jadi sejuk bila dah lihat persekitaran semulajadi yang dijaga rapi serta bersih.

Pagi-pagi saya dah hanyar wife saya ke tempat mesyuarat yang tak jauh dari tempat penginapan The Roots Eco-Resort. Disebabkan tempat penginapan berpagar dan ada banyak cctv, saya agak konfiden tinggalkan anak-anak ... lagipun ada staff yang memang baik dan tengok-tengokkan.

Balik je terus saya ajak anak-anak bersarapan dan mandi di kolam renang di situ.

The Roots Eco-Resort
The Roots Eco-Resort
The Roots Eco-Resort
The Roots Eco-Resort
Breakfast tidak semewah hotel penginapan yang lain. Memang ala-ala kampung, bersarapan makan nasi lemak bungkus, roti canai, air teh kopi panas dan jus. Alhamdulillah, sedap dan puas juga makan breakfast.

The Roots Eco-Resort


Kat The Roots bukan sekadar ada kolam renang, tetaoi ada sungai dan ada banyak permainan outdoor untuk kanak-kanak berekreasi. Ada trampoulin tau ... uhh memang seronok anak-anak saya dapat lompat-melompat.

The Roots Eco-Resort
The Roots Eco-Resort
Okeh.

Saya dah cerita pasal tempat ni, The Roots Eco-Resort ada kelebihan dan kekurangannya sendiri, bergantung dengan citarasa orang yang nak menghabiskan masa bercuti di sini. Secara amnya, The Roots sesuai untuk mereka yang mahukan tempat penginapan yang ada ciri-ciri desa atau kampung.

Tempat Mendamaikan, Bebas Kesibukan Bandar

Nak ketenangan, memang tempat ni sesuai.

The Roots Eco-Resort
The Roots Eco-Resort, Ipoh


The Roots Eco-Resort, Ipoh
The Roots Eco-Resort, Ipoh
Dan saya dapati ramai yang ke sini merupakan group yang mahu buat aktiviti berkumpulan macam hari keluarga atau team building. Ia ada kawasan yang luas dan keperluan untuk semua aktiviti ni.

Nak booking The Roots Eco-Resort, boleh gunakan Agoda untuk dapatkan tawaran harga menarik. Boleh gunakan link di bawah untuk tempahan segera penginapan di The Roots.


Saya harap perkongsian ini membantu buat mereka yang bercadang nak mencari penginapan ala desa di Ipoh.

Jangan lupa untuk follow instagram saya di SINI untuk gambar percutian menarik.

Gambar-Gambar The Roots

Saya kongsikan sedikit beberapa gambar tempat penginapan dan percutian The Roots Eco-Resort.

The Roots Eco-Resort, Ipoh
The Roots Eco-Resort, Ipoh
The Roots Eco-Resort, Ipoh
The Roots Eco-Resort, Ipoh

1 Comments

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. Memaang nampak kampung betul..
    Saya baca nyamuk je, ermm kalau anak Saya dah ajak ke tempat lain dah..memang masing-masing alah elergik gan nyamuk huhuhu..

    Tapi kalau yang sukakan suasana kampung, sesuailah ni kan..

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Previous Post Next Post

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement