Bundle bukan pakaian tidak bermutu, cuma kualitinya berkurang sedikit. Saya dan famili antara peminat pakaian bundle. Kami tak kesah memakai pakaian kategori pakaian bundle ini, apatah lagi bila ianya pakaian yang agak sukar ditemui di kedai dan pasaraya pakaian.

Saya anggap selagi pakaian itu cantik dan masih elok dipakai, maka keluarkan duit untuk membelinya bukan satu masalah bagi saya. Pernah je beli pakaian bundle untuk dijadikan pakaian hari raya ... bukannya orang lain tahu pun ianya dibeli dari kedai bundle tepi jalan .. huhu.

Tips Serta Langkah-Langkah Nak Mulakan Bisnes Bundle Secara Online

Tips Serta Langkah-Langkah Nak Mulakan Bisnes Bundle Secara Online

Bila dah biasa beli pakaian bundle ni, tentulah saya teringin nak tahu bagaimana bisnes bundle ini boleh dijalankan. Apatah lagi sekarang bisnes seperti menjual pakaian boleh dilakukans secara online. Tak perlu ada kedai besar, cukup sahaja menjalankan bisnes ini hanya dari rumah.

Saya bab-bab bisnes dan kerja dari rumah ni memang minat nak ambil tahu. Mungkin saya tak punyai modal besar nak mulakan bisnes ini sendiri, tapi tak salah pun mencari ilmu mengenainya. Setidaknya saya dapat berkongsi ilmu bisnes bundle ini dengan orang lain.

Betul tak?

8 Langkah-Langkah Untuk Mula Bisnes Jual Pakaian Bundle

Tips Serta Langkah-Langkah Nak Mulakan Bisnes Bundle Secara Online

Ada ke yang minat nak buat bisnes bundle secara online? Kalau ada, cuba ikuti tips serta langkah-langkah untuk memulakan bisnes ini di bawah. Ilmu ini adalah dari penjual pakaian bundle yang dah pun berjaya buat duit menerusi bisnes ini.

  1. Anda perlu memilih jenis pakaian yang ingin dijual. Contohnya, jika anda ingin menjual pakaian terpakai atau pakaian bundle kanak-kanak dan lelaki, maka tumpukan kepada jenis pakaian tersebut.
  2. Dapatkan supplier bundle anda. Ambil dalam kuantiti yang diinginkan. Untuk test market, disarankan menggunakan pakaian lama milik anda sendiri. Lihat samada sambutan terhadap jualan itu ada. Mesti ada permintaan, baru boleh menjual.
  3. Apabila stok sudah berada di tangan, asingkan pakaian-pakaian tersebut mengikut gred rendah dan tinggi. Asingkan pada 2 bakul yang berlainan. Proses ini adalah untuk memudahkan anda untuk mengelaskan harga bagi pakaian-pakaian tersebut. 
  4. Kategorikan bakul-bakul tersebut dalam kategori gred rendah dan tinggi - eloknya sediakan dua bakul besar berlainan warna.
    • Untuk penyediaan bakul kategori atau gred rendah:
      • Jika baju tersebut bewarna putih/cerah, basuh baju tersebut kerana kadang-kadang kotoran itu hanyalah kotoran biasa yang boleh keluar sekiranya dicuci.
      •  Jika baju tersebut didapati berlubang kecil, gunakan kreativiti anda untuk menampal lubang tersebut. Anda boleh menampal iron on di atas baju tersebut atau boleh menjahit butang yang cantik di atas lubang tersebut. Proses ini dipanggil repair process. U
      • Selain daripada itu, anda juga boleh menukarkan baju tersebut kepada barang-barang lain seperti kraftangan, dompet, pembalut buku, beg tangan, cadar dan banyak lagi. Barang-barang ini boleh dijual dengan harga yang tinggi setelah diperbaiki. Gunakan kreativiti anda.
    • Untuk kategori gred tinggi:
      • Anda boleh terus menjual baju-baju ini. Pakaian gred tinggi - nampak seperti baharu, tidak berlubang atau bertampal atau cacat pada bahagian-bahagian tertentu.
  5. Satu langkah penting ialah penyediaan mannequin (patung pameran). Sediakan mannequin untuk kelihatan lebih cantik. Untuk permulaan perniagaan bundle atau baju terpakai online, amat disarankan agar menggunakan mannequin yang murah terlebih dahulu. Mannequin ini boleh didapati di kedai-kedai menjual rak-rak kedai pakaian, kedai hanger dan sebagainya. Ia boleh didapati dengan harga serendah RM5. Jika anda ingin membeli mannequin secara online, harga adalah RM25 termasuk postage. Try tengok di Lazada ...
  6. Ambil gambar pakaian yang dipakaikan pada mannequin. Sebelum anda mengambil gambar baju tersebut, pastikan anda hilangkan kedutan pada baju tersebut. Langkah ini sangat penting dalam perniagaan baju bundle online, ia memastikan pakaian tersebut nampak cantik, kemas dan menarik untuk dipakai. Cuba hias sedikit dan sedondonkan dengan aksesori. Kalau boleh biar kena dengan fesyen-fesyen terkini.
  7. Ambil ukuran baju atau pakaian tersebut. Ianya penting untuk dimasukkan ke dalam deskripsi atau info setiap pakaian anda. Ukur saiz baju dari bahu ke bahu, serta panjang baju untuk dimasukkan sekali dalam deskripsi.
  8. Wujudkan satu kedai online atau page Facebook untuk perniagaan anda ini. Cara paling mudah ialah dengan menjualnya di Shopee. Nak tahu bagaimana nak buka kedai online di Shopee, boleh rujuk panduan ini - Bisnes Shopee


Amacam? Boleh 'tangkap' tak setiap steps yang saya kongsikan di atas?

Tips Serta Langkah-Langkah Nak Mulakan Bisnes Bundle Secara Online

Atas kertas, memang nampak mudah. Pun begitu, anda perlu sediakan bajet awal untuk memulakan perniagaan ini. Saya tak syorkan anda untuk buat cara dropship kerana kualiti pakaian tidak diketahui. Jadi, lebih selamat mendapatkan stok pakaian bundle anda sendiri dan menjualnya terus secara online.

Ilmu Serta Lubuk Dapatkan Pakaian Bundle Berkualiti

Mahu ketahui lebih banyak lagi mengenai bisnes bundle ini tak? Aha ... cuba anda tengok di bawah .. klik je banner tu ya ...

3 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. terbek sifu hasrul...
    idea sentiasa terbek dan padu..

    BalasPadam
  2. tq HH. good tips boleh ikut nanti sterp ni

    BalasPadam
  3. nampak macam mudah... yang penting mesti ada minat dan kesabaran yang tinggi.

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement