Buat yang tak arif soal geografi Barat Australia macam saya, daripada carian saya, bahagian ini terdiri daripada Perth, Margaret River & South West, Australia's Coral Coast, Broome & North West dan juga Australia's Golden Outback.
Jom Terbang ke Western Australia Menerusi Promo Khas Traveloka
Jika anda terbang ke Barat Australia (Western Australia) dari KLIA, perjalanan mengambil masa antara 5 hingga 6 jam secara direct flight. Biasanya anda akan mendarat di Perth. Jika anda ambil penerbangan ke bahagian Broome iaitu bahagian lebih utara Western Australia ini, masa penerbangan akan jadi dua kali ganda sehingga mencecah 13 jam (bergantung kepada syarikat penerbangan).Pun begitu, walaupun jarak perjalanan agak mengambil masa yang lama sehingga lima ke enam jam untuk sampai ke bahagian Barat Australia ini, ia pastinya satu perjalanan percutian yang berbaloi.
10 Tarikan Alam Semulajadi Menakjubkan di Barat Australia
Antara tarikan utama yang ada di bahagian Barat Australia ini pastilah pada tarikan alam semulajadinya yang cukup diversiti. Tanyalah siapa sahaja yang pernah terbang dan bercuti ke Perth, dan pergi ke Margaret River & South West, Australia's Coral Coast, Broome & North West dan juga Australia's Golden Outback... mereka pasti akan menceritakan kekaguman pada tarikan semulajadi yang terdapat di bahagian Barat Australia ini.Buat mereka yang bercadang untuk menikmati percutian ke Barat Australia, saya senaraikan 10 tempat tarikan semulajadi yang ada di sana.
Tapak Warisan Dunia Ningaloo Reef
Ningaloo Reef, menjangkau keluasan sehingga 300 kilometer adalah merupakan salah satu syurga lautan terakhir dunia, malah ia merupakan kawasan terumbu karang terbesar di dunia! Keindahan dan diversiti batu karang yang ada di Ningaloo Reef melayakkannya diiktiraf sebagai salah satu Tapak Warisan Dunia UNESCO.Ningaloo Reef terletak di bahagian Barat Australia dalam wilayah Gascoyne, berdekatan dengan bandar Exmouth dan Coral Bay.
Keistimewaan kawasan terumbu karang ini ialah, ianya boleh diakses dengan mudah hanya dengan berjalan kaki dari tepian pantai. Anda boleh menikmati keindahan air laut yang membiru di Ningaloo Reef Lagoon selain merasai sendiri pengalaman menakjubkan berenang, menyelam mahupun snorkelling di taman terumbu karang di Taman Negara Cape Range Exmouth (Coral Bay) bersama ratusan spesis ikan terumbu karang tropikal.
Pulau Rottnest
Pulau ini cuma 19 kilometer dari pesisir bandar Perth. Pulau Rottnest terkenal dengan pantai-pantai yang cantik dikelilingi oleh Lautan India. Inilah tempat di mana penduduk setempat berhujung minggu dan bersantai dengan pergi berenang, menyelam, memancing dan meluncur ombak.Pulau ini dikelilingi oleh taburan terumbu karang dan juga bangkai kapal yang sukar didapati di tempat lain. Kata orang, out-of-this-world gitu ...!!
Anda boleh menyewa basikal atau mendapatkan perkhidmatan bas Bayseeker. Perkhidmatan bas ini akan membawa anda ke mana-mana 20 lokasi pantai yang ada di Pulau Rottnest, malah ke lokasi pantai yang jauh daripada orang ramai serta terpencil.
Indian Ocean Drive
Indian Ocean Drive adalah cara tercepat dari Perth untuk sampai ke satu tarikan semulajadi menarik di Barat Australia iaitu Pinnacles Desert. Jajaran jalanraya sepanjang 286 kilometer merangkumi bandar Yanchep hingga Dongara-Port Denison mempunyai landskap yang menarik selain beberapa lokasi tarikan lain termasuklah pantai yang indah, bukit pasir yang mempesona, taman-taman negara, tempat memancing popular dan banyak lagi.Menghala ke utara dari tengah Perth, ia hanya mengambil masa kurang satu jam untuk sampai ke permulaan jajaran Indian Ocean Drive di Yanchep.
Lucky Bay
Kalau nak tahu, Lucky Bay mempunyai pasir pantai paling putih di Australia. Malah, ia dianggap sebagai 'permata bernilai' di antara gugusan pantai tercantik di sepanjang pesisir Taman Negara Cape le Grand dan Esperance.Betapa cantiknya pantai di sini sehingga Kangaroo pun meluangkan masa 'bersantai' di Lucky Bay.
Tempat ini hanya 45 minit sahaja dari Esperance. Jadi, jika anda bercuti ke bahagian Barat Australia, pastikan anda menyusuri pantai Lucky Bay ini, ia pasti satu pengalaman yang tidak akan dilupakan.
Bukit Pasir Lancelin
Andai mahu merasai pengalaman yang lebih mencabar dan menyuntik adrenalin dalam diri, bolehlah menerjah ke Bukit Pasir Lancelin yang terletak di utara Perth. Anda boleh meluncur di bukit pasir terbesar dan tertinggi di sini pada sudut 45 darjah, sesuatu yang sangat mendebarkan apatah lagi ianya merupakan bukit pasir terbesar di Barat Australia.Tak pun, anda boleh menunggang motorsikal dan juga merasai cabaran kenderaan pacuan 4 roda.
Dari puncak Bukit Pasir Lancelin, anda akan merasa puas dapat menikmati panorama semulajadi bandar Lancelin, tanah pertanian yang terdapat di sekitarnya selain garis pantai yang panjang serta hamparan bukit-bukit pasir.
Pastikan anda merakam keindahan sekitar di atas puncak Bukit Pasir Lancelin ini pada waktu subuh dan senja!
Pinnacles
Anda terfikir dan nak tahu bagaimana rupanya permukaan planet Marikh atau bulan tak? Jika ya, anda mungkin wajib pergi ke Pinnacles. Pinnacles memaparkan landskap semulajadi paling unik serta menakjubkan di Australia.Apa yang menarik sangat mengenai Pinnacles ini?
Di sini anda boleh melihat ribuan batuan batu kapur unik yang terbentuk secara menegak. Ia terhasil secara semulajadi akibat dari hakisan air dan angin sejak ribuan tahun dahulu. Sekali pandang seolah terdapat bandar purba yang telah ditenggelamkan di bawah padang pasir Taman Negara Nambung.
Taman Negara Nambung terletak hanya beberapa kilometeri di luar bandar pesisir Cervantes dan kurang 3 jam perjalanan menerusi Indian Ocean Drive dari bandaraya Perth.
Valley of The Giants Tree Top
Satu lagi tempat tarikan semulajadi menarik di Barat Australia ialah Valley of The Giant Tree Tops. Tempat ini merupakan lembah semulajadi yang menjadi habitat kepada pokok balak bersaiz gergasi. Malah, anda boleh menikmati pemandangan seolah dari mata burung dengan menyusuri puncak kanopi hutan sejauh 600 meter pada ketinggian sehingga 40 meter dari tanah dengan jambatan khas yang dibina kukuh.Ia menyajikan satu pengalaman yang mendamaikan dengan kehijauan hutan semulajadi. Untuk ke sini, ia mengambil masa 4 jam setengah dengan berkenderaan dari bandaraya Perth.
Monkey Mia
Dari namanya, anda mungkin menyangka tempat ini penuh dengan monyet. Tetapi sangkaan anda sangat salah. Monkey Mia adalah tempat paling popular di Barat Australia untuk melihat ikan lumba-lumba di habitat semulajadinya. Teluk ini ada ratusan ikan lumba-lumba yang sangat jinak yang bersedia menerima kunjungan daripada pelancong dari seluruh dunia.Bertempat 25 kilometer dari bandar Denham, lokasi ini tidak jauh dari Shark Bay yang diiktiraf sebagai Tapak Warisan Dunia.
Selain dapat melihat kelibat ikan lumba-lumba jinak di sini, anda juga akan diberikan kesempatan untuk memberi makan haiwan comel ini dengan bantuan renjer yang ditugaskan di situ. Pun begitu, berenang dan menyentuh ikan lumba-lumba di Monkey Mia adalah sesuatu yang dilarang.
Taman Negara Karijini
Tidak sah kalau anda bercuti ke bahagian Barat Australia juga tidak pergi ke Taman Negara Karijini. Inilah tarikan semulajadi paling menakjubkan yang terdapat di Australia. Taman negara ini berusia lebih 2 juta tahun, menyajikan pengalaman tidak dapat dilupakan buat pencinta alam semulajadi.Di dalam Taman Negara Karijini, anda boleh mengembara ke laluan hiking menyelurusi gaung besar, kolam air yang jernih serta air terjun yang sejuk. Ada banyak gua serta terowong yang boleh diterokai untuk mereka yang gemarkan sesuatu pengalaman yang lasak dan mencabar.
Tidak pun, anda boleh sahaja melalui laluan yang mudah untuk ke lapangan yang membolehkan anda menikmati keindahan semulajadi di Taman Negara Karijini pada setiap peringkat dan bahagian.
Ada tempat dan kawasan khas untuk perkelahan dan juga berkhemah.
Taman Negara Karijini terletak lebih kurang 2 jam berkenderaan dari bandar Newman. Adalah disyorkan untuk masuk ke taman ini menerusi pakej kenderaan pacuan empat roda. Cara paling mudah ialah dengan mendapatkan khidmat daripada operator pelancongan yang ada di Perth terus ke Karijini dan kawasan sekitar.
Ingin merasai percutian di bahagian Barat Australia? Terbang ke Australia dengan Traveloka Promo.
Anda boleh mendapat penjimatan dengan potongan harga untuk penerbangan ke Barat Australia, penginapan di hotel atau terus mendapatkan pakej penerbangan bersama hotel dengan Traveloka.
Sebenarnya, banyak lagi tempat menarik yang ada di bahagian Barat Australia ni ... dan saya nak bagitahu anda, di Perth juga dusun durian yang terkenal. Anda boleh menikmati dan merasai keenakan Musang King di sana .. ... uhh ...macam tak percaya kan?
Itulah, sekarang memang ada promosi untuk percutian di Barat Australia, jadi pastikan anda tidak terlepas mendapatkan diskaun dari Traveloka untuk penerbangan ke Barat Australia, boleh lihat promosi khas disediakan untuk anda di sini - https://www.traveloka.
Okeh.
Selamat bercuti, dan jangan lupa kongsikan kepada rakan anda yang lain!
cantiknyaaaaaaaaaaa
BalasPadambaru balik dari western australia. Tapi tak semua tempat dapat pergi. Serius best di kawasan Perth ni. kene pergi.
BalasPadamboleh baca pengalaman saya di blog aimanabdullah.com
Adik Ipar saya baru je balik minggu ni .. memang cantik tempat tu. Tak leh pergi 2-3 hari .. busuk2 pun kena lepak lebih daripada 4 hari.
PadamCatat Ulasan
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.