Restoran Ombak Damai. Restoran ini pernah viral kerana menyajikan menu unik di dalam bekas tempurung kelapa. Dek kerana inilah menyebabkan isteri saya mengajak satu famili untuk bersantai petang di Ombak Damai yang terletak di Gertak Sanggul, Pulau Pinang.

Antara menu viral Restoran Ombak Damai ini adalah Laksa Tempurung. Tarikan bukan setakat pada menu viral ini, tetapi juga kawasan pantainya yang bersih dan cantik, namun tidak sesuai untuk mandi-manda atau berkelah.

Santai Dengan Menu Dalam Tempurung di Ombak Damai, Gertak Sanggul, Penang

Saya dan keluarga berkesempatan untuk pergi ke Ombak Damai semasa cuti singkat kami menetap di Lexis Suites Penang. Hmm kejadian ini berlaku sebelum puasa Ramadan 2019 yang lalu.

Sebenarnya, sebelum ini kami cuba juga nak menjejak restoran Ombak Damai ni atas saranan seorang kenalan. Tetapi malangnya, cari punya cari .. tak jumpa! Jadi, hasrat tersebut disimpan dan jadi agenda wajib jika kami ke Penang.


Misi Mencari Ombak Damai Kerana Laksa Tempurung

Alhamdulillah, selepas mendapatkan tawaran harga hotel Lexis Suites Penang menerusi Agoda, saya dapat juga bawa sekeluarga dengan ibu saya untuk bercuti dan menginap di salah sebuah hotel paling best di Penang ini.


Kali ini, memang dah nekad nak cari restoran Ombak Damai. Nak merasa apa yang bestnya dengan menu Laksa Tempurung dan keunikan lain dok heboh diperkatakan orang.

Oh. Rupanya restoran ini tidak jauh mana pun dengan tempat penginapan kami.

Sebelum ini, kami mungkin tak perasan kerana papan tanda menunjukkan lokasi Ombak Damai agak tersorok walaupun ianya di tepi jalan. Salah satu kemungkinan lain ialah kerana restoran ini berada di 'bawah' tebing jadi fizikal restoran ini memang tak nampaklah kalau sedang tertumpu dengan pemanduan.

Bila dah sampai, masalah utama ialah untuk meletakkan kenderaan.

Ruang parkir memang ada disediakan, namun terhad. Ada kawasan parkir lain tetapi perlu menuruni cerun. Untuk kenderaan yang bersaiz agak besar, agak gayat jugalah. Seriau takut terlajak masuk ke laut ..hahaha.

Itu sebab kadangkala ramai pengunjung yang parkir kereta di tepi jalan yang agak merbahaya kerana ianya berada di selekoh menuruni bukit.

Fuh. Ramai orang rupanya yang dok bersantai di Ombak Damai ni. Ketika saya dan keluarga sampai ke restoran ini, memang ada ramai pengunjung yang sudah lepak bersantai dan menikmati hidangan yang dijual di sini.



Memang betullah tempat ini agak unik. Keunikkannya pada lokasi yang agak eksklusif dan juga hidangannya. Ia ada banyak stall, bukan satu dua ... tetapi lebih daripada 4 gerai lain yang 'keliling' tempat makan ini.

Parkir Susah dan Mencabar Sikit

Cuma satu je kekurangan yang boleh diperbaiki iaitu masa menunggu selain tempat parkir yang lebih selamat ...

  • Anda perlu tunggu untuk pastikan meja dan tempat duduk dibersihkan.
  • Anda perlu menunggu pula untuk pesanan diambil.
  • Anda perlu menunggu untuk pesanan dihantar.

Jadi, kalau anda jenis yang tak suka menunggu terlalu lama, boleh sahaja buat perkara berikut untuk pastikan pengalaman anda menunggu di Ombak Damai ini tidak menjadi bualan bawangan anda kelak .. huhu

  • Tolong clearkan meja tempat anda nak duduk.
  • Terus buat pesanan di stall yang ada di Ombak Damai.
  • Ambil pesanan dan terus bayar pesanan anda di stall yang ada.

Menu Laksa Tempurung memang unik. Bukan setakat laksa diletakkan dalam tempurung tetapi juga kebanyakan menu yang lain ...

Itu dari salah satu stall yang memang menjadikan tempurung lama sebagai ganti pinggan dan mangkuk.

Cuba Char Kue Teow atau Mee Goreng Udang

Andai tak selesa dengan cara penyediaan ini, boleh je pesan menu lain yang ada di sini. In Sha Allah, kena dengan selera anda sambil menikmati angin bayu dan suasana di pantai yang cantik.

Pilihan yang saya syorkan adalah Char Kue Teow dan juga Mee Goreng. Memang terangkat ... sedap dan bagi penggemar makanan pedas, ia memang menu terbaik perlu dicuba di Ombak Damai ni. Ia ada disediakan di salah satu gerai di situ.

Udang ... fuh ..
 
Nak cari tempat makan ni .. boleh je gunakan Waze atau Google Map.

7 Comments

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. Replies
    1. Cubalah. Selera saya mungkin tak sama .. tapi in Sha Allah, ada menu lain yang juga best termasuk western food.

      Delete
  2. Replies
    1. Nanti kalau ada rezeki ke Penang, bolehlah cari tempat ni.

      Delete
  3. assalamualaikum HH...macam menarik jer ni...

    ReplyDelete
  4. nampak udang tu... mencabar sungguh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hmm udang .. memang fresh tu. Yelah, dekat dengan tempat pendaratan nelayan kan ..

      Delete

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Previous Post Next Post

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement