Penyakit Tangan Kaki Mulut atau lebih dikenali sebagai HFMD (Hand, Foot, Mouth Disease) adalah penyakit yang sering menyerang kanak-kanak. Ia penyakit yang mudah berjangkit dan boleh menjadi satu wabak yang serius jika tidak dibendung atau diberikan rawatan sepatutnya.

HFMD disebabkan oleh enterovirus dengan majoriti adalah disebabkan oleh Coxsackie Virus A16 dan Enterovirus 71 (EV 71). Virus ini mudah merebak secara kontak dengan air liur, cecair lepuh (blister) dan najis mereka yang berpenyakit dengan tempoh inkubasi adalah antara 3-5 hari.

Najmi Disahkan Terkena HFMD, Ketahui Cara Kami Berikan Rawatan untuk Penyembuhan

Setakat yang saya ketahui, penyakit ini tidaklah terlalu merbahaya, dan proses penyembuhan adalah secara semulajadi. Tiada rawatan yang khusus untuk HFMD, namun sebagai ibubapa .. selain langkah pencegahan, anak yang terkena HFMD perlu diberikan rawatan supaya anak dapat menghadapi proses penyembuhan dengan lebih baik.

Kebiasaan jangkitan adalah ringan(mild) dengan simptom demam diikuti ruam melepuh (blister) pada tangan, kaki, mulut dan lidah. Hampir keseluruhan pesakit yang mengidap penyakit HFMD pulih tanpa rawatan perubatan spesifik dalam masa 7 ­ke 10 hari.

[Dah Baca?] Terkena Chicken Pox di Usia 40an - Kifarah

Walau bagaimanapun, kanak-kanak dijangkiti virus HFMD juga boleh mengalami gejala jangkitan saluran pernafasan, muntah, cirit birit dan kurang selera makan. Malah, dalam beberapa kes terpencil, jangkitan EV71 boleh menyebabkan komplikasi teruk seperti ensefalitis dan myocarditis.


Najmi Kena HFMD

Baru-baru ini, Najmi (2 tahun) anak bongsu saya telah disahkan mendapat jangkitan HFMD ini.

Najmi demam panas dan terdapat bintik-bintik muncul di badan terutama di bahagian kaki dan tangan. Kemudian, isteri saya dapati ada banyak ulser di bahagian dalam mulut, yang menyebabkan Najmi sentiasa menangis dan tak mampu nak menelan makanan.

Hatta ketika menyusu susu badan pun, Najmi akan menangis kerana tidak selesa dan pedih di kawasan dalam mulut yang ada ulser.

Awalnya tidak ada syak pun. Tetapi selepas melihat tanda-tanda yang ada selain mendapatkan nasihat rakan doktor, kami pun bawa Najmi ke unit Rawatan Kecemasan di Hospital Parit Buntar.

Dapatkan Pengesahan dan Rawatan Awal di Klinik/Hospital

Anak saya telah diberikan rawatan untuk pengesahan HFMD. Isteri saya pula telah diberikan cuti selama 5 hari sebagai tindakan susulan memastikan keadaan Najmi tidak menjadi lebih serius selain mengelakkan jangkitan HFMD kepada kanak-kanak lain.

[Dah Baca?] Kebaikan dan Kelebihan Mandi Sebelum Subuh

Curfew Anak di Rumah

Najmi dikenakan curfew di dalam rumah. Najmi tidak boleh ke mana-mana.

Isteri saya terus memaklumkan pengasuh Najmi mengenai keadaan anak saya ini, nak pastikan yang anak jagaan lain tidak mendapat tanda atau siptom HFMD. Ia juga sebagai cara untuk mengenal-pasti punca terkena HFMD.

Cara Rawatan Anak Terkena HFMD

Berikut adalah cara-cara untuk melakukan rawatan kepada anak yang terkena jangkitan virus penyakit kaki, tangan dan mulut ini:

  • Lap cecair yang keluar dari mulut dan juga daripada luka melepuh dengan tisu. Elakkan guna tuala kerana risau ia akan menyebarkan virus. Buang tisu ke tempat sepatutnya.
  • Gunakan gel mulut untuk sembuhkan ulser dalam mulut selain mengurangkan rasa sakit.
  • Jika demam, berikan ubat demam mengikut preskripsi yang telah diberikan/disyorkan oleh doktor.
  • Gunakan bedak sejuk untuk kurangkan kesan ruam yang muncul, biasanya ruam ini menyebabkan rasa gatal dan tidak selesa.
  • Mandikan anak dengan sabun antiseptik.
  • Gunakan losyen calamine yang diberikan doktor untuk disapu pada bahagian ruam di kaki serta tangan.
  • Pastikan tangan anak anda sentiasa dibasuh dan dikeringkan dengan betul. Gunakan sabun antiseptik semasa membasuh tangan.
  • Jangan bawa anak anda keluar dari rumah. Anak anda tidak boleh terdedah kepada orang ramai terutama sekali kanak-kanak.
  • Buang kuku anak untuk elakkan anak menggaru dan melukakan bahagian ruam. 


Rawatan Tradisional

Selain daripada rawatan yang disyorkan oleh doktor, boleh juga mencuba cara tradisional di bawah ini:

  • Mandikan anak dengan daun semambu. Rendamkan daun semambu dalam air suam, biarkan seketika sebelum mandikan anak.
  • Gunakan gel aloevera - pastikan bukan jenis untuk kosmetik/kecantikan tetapi untuk rawatan. Sapu pada bahagian kaki dan tangan yang ada ruam dan tanda melepuh.
  • Bagi anak makan aiskrim vanilla untuk legakan demam selain membolehkan anak terasa lega pada bahagian ulser dalam mulut. Ia juga membantu anak untuk makan.
  • Berikan anak minum air atau jus buah-buahan untuk meningkatkan vitamin serta fungsi melawan penyakit dalam badan.
  • Gunakan minyak zaitun atau minyak kelapa dara untuk rawat bahagian melepuh termasuklah ulser dalam mulut anak.
  • Berikan makan sup atau bubur nasi semasa anak terkena HFMD. Anak-anak sukar nak makan kerana adanya ulser, jadi cara ini adalah cara alternatif supaya anak tidak rasa kelaparan dan ada tenaga.
  • Berikan susu ibu sekerap yang mungkin (jika masih menyusu badan)

Tanda Awal Anak Bebas HFMD

Anak akan semakin sihat apabila bahagian ruam dan kawasan melepuh tu jadi kering. Lama-kelamaan ia akan tinggalkan parut seperti kudis - tetapi tidak bernanah. Kudis kering. Waktu ni, kena pastikan anak tidak menggaru kawasan kudis ni.

Demam juga sudah tiada, dan ulser dalam mulut juga sudah hilang. Selera makan anak turut meningkat.

Apabila semakin sembuh, anda akan lihat proses penyalinan kulit di mana kulit mati akan menggelupas. Jangan risau ... ini tanda anak anda semakin sembuh dari HFMD.

Alhamdulillah, setelah 10 hari, Najmi sudah semakin sihat dan tiada tanda baru melepuh atau ruam yang muncul.

[Dah Baca?] Katil Istimewa Untuk Pesakit Chicken Pox atau Demam Campak

Semoga perkongsian ini bermanfaat bagi bantu ibubapa yang anaknya terkena HFMD. Penting, jangan panik dan dapatkan rawatan di hospital serta klinik berdekatan.

Pastikan kebersihan diutamakan. In Sya Allah, penyakit seperti HFMD dapat dielakkan.

4 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. Kesiannyaa, agak teruk anak HH kena tu..
    Pengalaman anak saudara kena tidak seteruk ni, tapi adik Sis bagi minum minyak kelapa dara dan juga sapu pada bahagian yang kudis tu, alhamdulilah cepat baik..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tula, nasib baiklah Najmi ni agak kuat juga orangnya. Paling sedih bila nak sapu ubat dalam mulut tu. Nangis.

      Padam
  2. Walau tak bahay tapu still merisaukan. Alhamdulillah Najmi dah sembuh.

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement