Secara amnya, Carput menyediakan servis on-demand roadside assistance. Ada masalah kenderaan semasa dalam perjalanan atau tersadai di tepi jalan, boleh hubungi pihak Carput untuk bantuan segera. Dengan kata lain, setiap kali anda berada di jalanraya, anda tidak perlu bimbang kerana Carput sentiasa bersedia 24 jam untuk bantuan.
Masalah Bateri Kereta? Kenderaan Rosak Tepi Jalan? Hubungi Carput Untuk Bantuan Segera!
Mungkin ada di antara anda yang pernah mengalami masalah kereta secara tiba-tiba rosak di jalanraya. Paling haru apabila kereta bermasalah di simpang traffic light yang sibuk, di tengah bandar pula tu. Tambah tension bila kena hon oleh pemandu lain.Tu satu hal, ada mungkin yang pernah mengalami situasi bila kenderaan rosak di tepi jalan yang jauh dari kediaman atau bengkel kenderaan. Lepas tu, jalan tersebut pula jarang dilalui kenderaan lain. Ditambah pula waktu malam dan dalam keadaan hujan.
Panik. Risau. Keliru. Segala macam perasaan mula datang.
Nak repair sendiri memang tak tahu. Nak cari punca kerosakan, memang tak pernah pun ada pengalaman atau pengetahuan. Cuma tahu start enjin kereta dan tekan minyak. Ramai yang begini .. betul tak?
Normal. Ramai yang macam ni... lebih-lebih kaum wanita. Erkk bukan nak pandang rendah keupayaan wanita ni, tetapi saya fikir .. lebih 80 peratus wanita tak tahu punca kereta tetiba rosak atau tidak boleh lagi bergerak.
Adus. Teruk macam ni.
Kereta Banyak Breakdown Disebabkan Bateri
Kebanyakkan pemandu akan rasa panik dan tak tahu nak buat apa apabila kereta mereka rosak di tepi jalan. Buka bonet kereta, belek-belek .. tapi blurrr ... huhu. Walhal, masalah kenderaan adalah cuma bateri kereta yang sudah lemah atau tidak lagi boleh digunakan.Carput adalah penyelesaiannya. Mereka memberikan servis berkaitan:
- Pemeriksaan bateri kereta, penghantaran dan penggantian bateri.
- Bantuan penukaran tayar kenderaan yang pancit, bocor.
- Servis penghantaran minyak petrol kenderaan
- Melakukan jumpstart bateri
- Servis menunda kenderaan
Carput memberikan servis pantas sebaik sahaja dihubungi, malah masa purata untuk memberikan respon sepantas 35 minit sahaja. Jadi, anda tidak perlu termanggu-manggu dan menanti terlalu lama ketika berhadapan dengan masalah kereta rosak di tepi jalan.
Carput Sedia Hantar dan Buat Penggantian Bateri Secara Percuma, Hanya Bayar Harga Bateri Sahaja
Servis utama Carput adalah memberikan bantuan pemeriksaan dan penggantian bateri kenderaan atau kereta di tepi jalan .. atau on-call termasuk servis bateri terus ke rumah anda. Harga bateri ditawarkan untuk penggantian pula adalah secara relatifnya lebih murah daripada yang disediakan di bengkel atau pusat servis.Menariknya ialah, anda hanya perlu membayar harga bateri (termasuk trade-in bateri lama). Anda tidak akan dikenakan sebarang caj untuk penghantaran mahupun servis penggantian (installation).
Ya, percuma sahaja. Anda hanya bayar harga bateri kenderaan atau kereta yang ditawarkan.
Perkara paling menarik mengenai servis disediakan oleh Carput ialah cara untuk mendapatkan servis pantas mereka. Anda ada banyak pilihan untuk mendapatkan servis terbaik dari Carput ini.
Cara Mendapatkan Servis dari Carput
- Muat-turun percuma di Android Appstore - http://bit.ly/cptweb1
- Muat-turun percuma di Apple Playstore - https://itunes.apple.com/us/app/carput/id1162534346
- Menerusi website di www.carput.my
- Call Center - 1800-1800-10
Perkhidmatan ditawarkan oleh Carput meliputi kawasan berkepadatan tinggi iaitu:
- Lembah Klang
- Johor Bahru
- Pulau Pinang
- Ipoh
- Melaka
- Seremban
Manakala untuk proses pembayaran bagi servis penggantian dan pemasangan bateri serta lain-lain, Carput menyediakan pelbagai platform termasuklah pembayaran menerusi kad kredit serta ewallet seperti QRPay, Boost dan juga GrabPay selain pembayaran secara tunai.
Review Memuaskan dari Pengguna Carput
Sejak memulakan operasi, memberikan servis terbaik penggantian dan pemasangan bateri baharu secara on-site atau on-demand ini, ia telah menerima reaksi positif dari pelbagai pengguna jalanraya di Malaysia, antaranya ..Nak lihat lebih banyak testimoni, komen serta review ikhlas pengguna servis Carput ini, boleh layari link berikut - https://www.facebook.com/pg/carputapp/reviews/
Info Lanjut Carput
Jika anda mahu mengetahui lebih lanjut mengenai servis yang disediakan oleh Carput terutama perkhidmatan utama mereka iaitu pemeriksaan, penukaran dan penggantian bateri kenderaan, boleh rujuk laman sosial Carput di bawah ini.Facebook: https://www.facebook.com/pg/carputapp/
Twitter: https://twitter.com/carputapp
Instagram: https://www.instagram.com/carputapp/
The Battery Shop Sdn Bhd (893586-V)
A-12-LG1 Dataran 3 Dua
Jalan 19/1 Section 19
Petaling Jaya, 46300
Petaling Jaya, Selangor
sebelum ni pernah dengarn bateriku.com ini ada lagi, bagus, banyak pilihan
BalasPadamMudahnyaaa...lagi mudah dari bateri dot com ek....kat Johor ada kan?
BalasPadamPernah guna servis Bateriku.com je sebelum ni. Nanti boleh try servis Carput pulak.
BalasPadamCatat Ulasan
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.