Post kali ini, saya nak kongsikan beberapa fakta hangat sebagai panduan dan juga penambah pengetahuan berkaitan Madu Kelulut ini. In Sha Allah, lepas ni anda bolehlah bercerita serba sedikit mengenai Madu Kelulut dan membezakannya dengan Madu Lebah.
Fakta-Fakta Menarik Mengenai Lebah dan Madu Kelulut
Untuk yang mungkin baru mengenali Kelulut (Stingless Bee), ianya merupakan serangga menyerupai Lebah. Bezanya ialah ia tidak menyengat seperti Lebah. Oleh sebab itu, ramai yang menternak Lebah Kelulut ini hanya di belakang rumah sahaja.Lebah kelulut atau nama saintifiknya Trigona spp dikategorikan sebagai lebah tidak bersengat yang menghasilkan madu sama seperti lebah madu (Aps sp). Dan madu kelulut mempunyai rasa yang berbeza mengikut spesies dan sumber makanannya. Ia kadangkala manis, kadangkala masam, dan biasanya masam-manis.
Kenali Koloni Lebah Kelulut
Ok, jom kenali lebih rapat mengenai serangga ini yang membawa manfaat madu kepada manusia.Perkara paling asas untuk beza antara Kelulut dengan Lebah biasa yang lain ialah dari segi saiz. Saiz Lebah Kelulut adalah lebih kecil, dan ia tidak menyengat.
Fungsi Ratu dan Lebah Kelulut
Seperti masa spesies serangga berkoloni yang lain, kelulut juga ada seekor Ratu.Ratu lebah kelulut mengawan hanya sekali seumur hidup tetapi akan terus bertelur antara 50 hingga 350 biji sehari dalam tempoh dua hingga tujuh tahun hayatnya. Wow ... kerja bertelur je si ratu ni ehhh ... lama pulak tu!
Selepas mengawan dan menyimpan telur di dalam kantungnya, ratu tidak boleh terbang lagi kerana sayapnya tidak dapat menampung perutnya membesar tiga kali ganda daripada saiz lebah biasa dan hanya mampu berjalan melihat lebah pekerja melaksanakan tugas.
[Dah Baca?] Sejarah Penggunaan Madu di Malaysia
Sepanjang tempoh itu, ratu kelulut akan 'dilayan' bagai menatang minyak yang penuh apabila semua keperluannya seperti makan minum, persekitaran dan takhtanya akan dijaga sepenuhnya oleh 'pekerja dan tenteranya'.
Ratu juga paling berkuasa di dalam log kelulut. Bagaimanapun, selepas tidak lagi produktif, ia dengan sendirinya terpaksa turun takhta atau mati dan diganti dengan ratu baru.
Uniknya, semua pekerja adalah kelulut betina manakala yang jantan hanya ditugaskan mengawan bersama ratu sahaja! Erkk apakah? Memang satu perkara yang ramai tak tahu ni .. kan kan?
Jika bukan musim mengawan, kelulut jantan hanya berterbangan mencari makanan.
Malang Menjadi Kelulut Jantan & Kelulut Pekerja
Bagaimanapun, malang bagi kelulut jantan kerana hayatnya berakhir dalam tempoh sehari selepas mengawan. Lebih tragis, si jantan akan meninggalkan alat kelaminnya pada ratu! Mungkin itu yang menyebabkan ia mati.... hahaha .. macam kelakar je kan?Tidak seperti telur haiwan lain yang menetas secara secara semula jadi, telur kelulut akan ditetaskan pekerja dalam tempoh pengeraman antara 16 hingga 20 hari.
Telur yang mengandungi ratu tiga kali ganda lebih besar berbanding telur yang mengandungi pekerja.
Kelulut Pekerja mempunyai jangka hayat hidup lebih singkat iaitu antara 75 hingga 100 hari kerana kekurangan sumber makanan atau terlalu kuat bekerja. Uhh memang kesian .... hidup semata-mata demi si Ratu Kelulut. Sebaik sahaja menetas, selepas beberapa hari ... Kelulut Pekerja akan mula bekerja.
Tugas lebah kelulut yang lain berfungsi sebagai pembuat sarang telur, penjaga makanan dan memberi makan ratu, pengawal mutu yang bekerja untuk menapis dan menilai madu yang diasingkan untuk makanan ratu, disimpan atau terus diminum, pengawal menjaga koloni, pencari dan pengumpul madu dan ratu. Semua ‘jawatan’ itu ditetapkan oleh ratu.
Memang unik betul kitaran hidup kelulut ni ... tak pernah pun terfikir sebelum ini.
Okeh.
Keunikan Madu Kelulut
Kelulut seperti spesies Lebah lain ada pelbagai jenis juga. Contohnya Itama Mega. Spesies kelulut ini perlukan persekitaran yang redup dan terbaik berada di kawasan pokok buah-buahan seperti mangga, rambutan, durian serta bunga hutan.Kalau nak tahu, penghasilan madu kelulut banyak berlaku antara Februari hingga September manakala pada Mac hingga April, Kelulut lebih giat menghasilkan koloni baru.
Pengeluaran madu akan berkurangan pada musim tengkujuh kerana lebah tidak dapat keluar disebabkan hujan selain madu dihasilkan menjadi sumber makanan kepada anak kelulut untuk memperkuatkan koloni.
Oh ya, dianggarkan antara lima hingga 25 peratus air terkandung dalam madu kelulut menyebabkan rasa dan kepekatannya berbeza-beza, selain faktor persekitaan.
Satu lagi beza yang ada pada penghasilan madu kelulut ialah sarang kelulut bentuk honeypots .. seperti tempayan kecil, jika lebah biasa ia berbentuk hexagon. Tempayan ini dibuat dari resin-resin pokok yang mengandungi propolis.
Khasiat Madu Kelulut
Samada daripada kajian mahupun cakap-cakap serta testimonial pengguna, tidak dinafikan madu lebah kelulut ini ada banyak khasiat. Ia ada kadar antioksida yang tinggi dipercayai dapat membantu merawat dan mencegah beberapa penyakit termasuk barah, menguatkan tulang belakang, ulser, menstabilkan tekanan darah serta glukos dalam darah dan memperkuatkan fungsi hati.Salah satu keistimewaan lain yang ada pada madu kelulut ialah ia mempunyai jangka hayat panjang dan boleh dijual mentah selepas dituai tanpa melalui sebarang proses!
Menarik tak?
Saya fikir, dah banyak anda tahu berkaitan dengan Kelulut dan Madu Kelulut. Moga ia dapat dimanfaatkan di masa akan datang. Mana tahu, anda teringin nak mengusahakan ternakan Kelulut dan menikmati segala khasiat yang ada pada Madu Kelulut ini, in Sha Allah.
Info yang menarik. Sebab tu lebih ramai pengedar madu pilih kelulut sebab tak menyengat.
BalasPadamCatat Ulasan
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.