Pasangan yang selama ini saya lihat sebagai pasangan secocok yang bahagia telah dikurniakan seorang anak perempuan bernama Wan Maryam yang kini berusia 2 tahun. Fizo Omar, pelakon kacak yang turut mempunyai bisnes sendiri merupakan cinta pertama Mawar Karim.
Gambar Kebahagiaan Fizo Omar bersama Mawar Karim dan Wan Maryam
Pasangan ini memang nampak secocok dan sama padan. Fizo berasal dari Kelantan, dan Mawar berasal dari Pulau Pinang. Kehidupan pasangan ini nampak semakin berseri dengan kehadiran Wan Maryam yang comel berhidung mancung. :)Sejak awal perkahwinan, pasangan ini sering mendapat perhatian media dan masyarakat, apatah lagi apabila pasangan ini ada sebuah restoran makanan yang pernah viral di media sosial, selain penglibatan Fizo Omar dalam kerja kebajikan selain keusahawanan.
Restoran pasangan ini yang diberi nama FizoMawar Kitchen sudah mempunyai cawangannya di Kelantan, selain di Bangi, Selangor. Ia menyajikan hidangan ala thai dan mendapat tempat di kalangan peminat dan pengikut dua nama besar dalam dunia media sosial Malaysia.
Inikan lidah lagi tergigit.
Bila Kisah Rumahtangga Jadi Bualan ...
Cerita pasangan ini semakin diperkatakan sejak Aidilfitri baru-baru ini. Apa masalah rumahtangga yang sedang dihadapi oleh pasangan ini, hanya mereka sahaja yang tahu. Sebagai orang luar, kita mampu mendoakan kebaikan kepada keluarga ini.Tak seronoklah nampak pasangan bercerai-berai apatah lagi dua nama ini, Fizo Omar dan Mawar Karim sudah menjadi idola dan ikon buat mereka yang bercita besar mahu berjaya dalam perniagaan.
12 Foto Kebahagiaan Fizo Omar dan Mawar Karim
Untuk itu, saya kongsikan beberapa gambar atau foto kebahagiaan pasangan Fizo Omar dan Mawar Karim bersama anak mereka, Wan Maryam. Semoga kebahagiaan yang dah lama terbina akan bertaut lebih kukuh lagi, dan semoga pasangan ini belajar sesuatu atas ujian Allah S.W.T ini.Foto Mawar Karim Bersama Wan Maryam
Foto Fizo Omar Bersama Wan Maryam
Foto Kacak Fizo Omar
Foto Cantik Mawar Karim
Sama-sama doakan kebaikan, dan elakkan keruntuhan rumahtangga. In Sha Allah.
Oh ya, kalau anda perasan .. banyak gambar Mawar yang dipaparkan .. mana tidaknya, sungguh susah nak dapatkan gambar Fizo Omar ini, apatah lagi bersama anaknya Wan Maryam.
Semua sumber diperoleh dari instagram peribadi masing-masing ..
Kredit: Instagram Fizo Omar, Instagram Mawar Karim
Sedih lah pulak bila diorang kata dah nak bercerai huhuhuhu
ReplyDeleteApa akan jadi pada bisnes mereka berdua tu gamaknya ya
DeleteTerkejut saya tadi bukak IG membacanya dah bercerai, sebab takde dengar kesah mereka ada konflik..cuma satu je mungkin bak kata Tuan..sedangkan lidah lagi tergigit...hanya yang sabar dan sebab yang kuat aje yang tidak dapat di selamatkan lagi..
ReplyDeleteTu la... Tiba tiba semua Terkejut. Apa pun doakan keduanya baik baik sahaja demi anak mereka
ReplyDeletePost a Comment
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.