Hendak Seribu Daya, Tak Hendak Seribu Dalih. Bersakit-Sakit Dahulu, Bersenang-Senang Kemudian. Pepatah-pepatah lama ini biasa disebut, tetapi tak ramai yang amal. Jika yang bertekad nak mencapai sesuatu, in Sha Allah .. pepatah lama ini boleh menjadi azimat yang cukup hebat.

Begitulah halnya yang berlaku kepada seorang pemuda yang bertekad mahu berkahwin dengan gadis pilihannya. Beliau berjaya mengumpul wang untuk berkahwin sehingga mencecah RM18 ribu dalam tempoh setahun di sebalik kerja tidak tetap dengan purata pendapatan bulanan RM1,400.

Bagaimana Nak Kumpul Duit Kahwin Sehingga 18K Dalam Setahun Dengan Gaji Purata RM1.4K Sebulan?



Dari segi matematik, kalau anda tinggal dan hidup di kampung, andai boleh berjimat dan menyimpan RM1,000 sebulan selama 12 bulan .. anda dah boleh simpan sehingga RM12,000. Di kampung, kos sara hidup tidak terlalu tinggi. Jika bijak berbelanja, anda boleh sahaja menyimpan sebanyak RM1K sebulan dengan gaji bawah RM1,500.

Tetapi buat anda yang tinggal di kota besar seperti Kuala Lumpur, nak menyimpan RM1K sebulan seperti agak mustahil walaupun tinggal bersendirian. Kos sara hidup memang tinggi dan adakalanya membuatkan keadaan kewangan jadi kritikal sehingga perlu mengikat perut.

Sebenarnya perkara ini tidaklah mustahil dan boleh sahaja dilakukan. Cumanya, ia memerlukan pengorbanan terutama dari segi sudut gaya hidup seseorang itu.

Sama ada sedang mengumpul duit untuk membeli rumah, berkahwin, ataupun apa sahaja sebab, yang penting, seseorang itu perlulah sentiasa bijak dan berdisplin dalam menguruskan hal-hal kewangan. Kalau tidak ada displin, memang akan 'kelaut' jadinya.

Bukti dah ada. Bukan mitos dan bahan lawak. Memang boleh menyimpan jika tahu cara betul dan disiplin.
Tips Menyimpan Duit Kahwin Dalam Setahun


Baru-baru ini, seorang pengguna Twitter bernama Luqman Afifi telah berkongsikan tips dan cara dia berjaya mengumpul duit kahwin sebanyak RM18 ribu dalam masa setahun! Menariknya, gaji kasar pemuda itu dalam anggaran hanya berjumlah RM1,400 sahaja sebulan.

Luqman merupakan seorang penyunting video dan bergerak secara freelance. Pendapatan bulanannya adalah tidak tetap - adakala boleh lebih RM1,000 .. dan adakalanya kurang. Pun begitu, kelebihan menjadi freelance ialah .. nak dapat duit lebih, kena dan perlu kerja dengan lebih.

Luqman telah berkongsikan tips dan cara dia berjaya mengumpul RM18 ribu dalam masa setahun dalam bentuk thread Twitter. Ternyata kaedahnya menarik perhatian ramai orang sehingga mendapat hampir 13 ribu retweets dan 14 ribu likes!

Nak tahu bagaimana Luqman melakukannya? Baca tips yang telah dikongsikan mengikut 'kategori' yang telah beliau permudahkan. Anda boleh cuba jika mahu .... :)

1. Cari Peluang Tambah Pendapatan Menerusi Kerja


Tips Menyimpan Duit Kahwin Dalam Setahun
Untung bekerja sebagai freelance, anda boleh dapatkan pendapatan tambahan daripada biasa dengan megambil segala peluang. Jika banyak peluang/kerja yang anda boleh buat, maka pendapatan juga akan dapat ditambah.

Dalam kes Luqman, bekerja sebagai freelance editing membolehkan beliau mengambil kerja editing daripada pelbagai orang dan sumber. Jika anda lihat dari sorotan tweet beliau, kerja editing dengan harga RM50 pun disambar tanpa fikir panjang.


2. Cara Menabung dan Menyimpan Wang


Tips Menyimpan Duit Kahwin Dalam Setahun
Tips menyimpan yang sangat bagus oleh Luqman. Apa yang perlu anda lakukan ialah membuat dua akaun bank berbeza, satu untuk tujuan perbelanjaan, satu lagi dengan tujuan untuk menyimpan. Menerusi cara Luqman, salah satu akaun bank simpanannya, kad ATM bank ditinggalkan di kampung.

Ambil hanya 20% sahaja daripada wang pendapatan untuk perbelanjaan. Bakinya disimpan dalam bank untuk tujuan utama menyimpan.

Bagi membolehkan wang belanja 20% daripada pendapatan itu cukup untuk digunakan, elakkan melepak atau jauhkan daripada berbelanja untuk hiburan dan perkara tidak perlu.

3. Duit Makan dan Perbelanjaan

Tips Menyimpan Duit Kahwin Dalam Setahun
Jimat perbelanjaan untuk makan dengan memasak dan berkongsi dengan teman serumah sewa. Luqman pakat dengan kawan serumah sewa kongsi duit barang dapur sebanyak RM10. Nak makan, masak sendiri dengan menu paling jimat.

Makan untuk hidup. Kena buang nafsu makan jauh-jauh kalau nak menyimpan sehingga RM18 ribu dalam tempoh setahun. Jangan merokok dan gunakan kenderaan yang boleh menjimatkan belanja bulanan.

4. Tempoh Kumpul Duit

Tips Menyimpan Duit Kahwin Dalam Setahun
Kena tetapkan berapa jumlah dan tempoh masa untuk kumpul duit. Kalau nak kumpul duit kahwin lebih banyak, maka kena bermula lebih awal atau lanjutkan tempoh sehingga lebih setahun. Dengan syarat, mesti disiplin dalam menyimpan.


Jika dalam setahun dengan gaji purata RM1,400 sebulan .... Luqman boleh menyimpan sehingga RM18K ... bayangkan kalau berjaya menyimpan dalam tempoh yang lebih panjang.

Bersusah Dahulu, Bersenang Kemudian. Dengan niat untuk mendirikan rumahtangga, in Sha Allah, Allah S.W.T akan permudahkan segala urusan.

5. Hantaran Perkahwinan dan Belanja Kenduri

Tips Menyimpan Duit Kahwin Dalam Setahun
Bab penting dalam langkah untuk mendirikan rumahtangga ialah berbincang dengan bakal isteri serta keluarganya dalam bab wang hantaran dan belanja kenduri. Jangan pinggirkan keluarga dan hormati mereka sebagai insan yang lebih tua.

Niat anda adalah baik, jadi teruskan dan pastikan niat anda adalah murni. Tidak boleh merungut kalau telah ditetapkan (setelah berbincang rapi) wang hantaran dan belanja kahwin sekian .... sekian. Orang tua ni .. kalau kita cakap lembut-lembut, berbincang elok-elok .. in Sha Allah .. semuanya akan dipermudahkan.

Jangan buat keputusan sendiri. Tunjukkan kematangan.


Tips Tambahan Kumpul Duit Kahwin

Menerusi Twitter yang sama juga, Luqman turut menjelaskan beberapa persoalan yang ditanya oleh orang ramai yang nampak mushkil dalam beberapa perkara, terutama logik menyimpan sehingga RM18K dalam tempoh setahun dengan gaji kecil di ibukota.

Seperti yang saya katakan, andai niat kita dah betul dan sentiasa memohon kepada Allah S.W.T ... segala urusan akan dipermudahkan. Anggap proses mengumpul duit kahwin itu sebagai ujian daripadaNYA.

Allah S.W.T takkan uji hambaNYA jika tidak mampu dilaksanakan. Tunjukkan kemampuan itu dan sentiasa berusaha. Bila dah berusaha, last-last nanti .. Allah akan berikan sesuatu yang tidak diduga seperti mana dinyatakan oleh Luqman dalam tweet.
Tips Menyimpan Duit Kahwin Dalam Setahun

Tips Menyimpan Duit Kahwin Dalam Setahun

Tips Menyimpan Duit Kahwin Dalam Setahun
Tak mustahil. Ramai antara kita lebih suka merungut dan meluahkan rasa tidak puas hati, walhal semua cabaran itu boleh dilaksana dan diselesaikan jika kita bijak menggunakan akal serta berdisiplin bertekad dengan betul.

Jom berjimat jika mahu duit lebih. Semoga bermanfaat.

Sumber: Twitter EhAfifi

4 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. Balasan
    1. Betul .. tak semua orang boleh buat apa yang pemuda ni lakukan. Stgh orang rasa macam mustahil sahaja.

      Padam
  2. mahal giler hantaran kahwin sampai RM18k!, miss universe ke bini dia, aku kahwin pun belanja habis RM3,600 je.

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement